Thursday, April 30, 2009

Mai kenal kampong halaman ku...


Assalamualaikum,apa khabaq para pedagang sume...sihat dok?Mesti hangpa sume pikiq noh..awat cek(bahasa utara maksudnya saya) yang biasa nyer sembang bab bisnes ,dakwah dan jihad tetiba plak kali ni keluar satu post yang lebih bersifat personal...hehehe..

Dalam kesibukan cek belajaq dan berbisnes,jauh di lubuk hati cek,terkenang kaum keluarga dinun utara...yela dah banyak bulan x balik rumah...ish..ish..ish..

Disebabkan adanya teknologi internet ni,cek pun cari lah gambar-gambar kampung halaman cek di utara ..alhamdulillah banyak plak yang ditemui dan menambahkan rindu cek pada abah dan mak kat sana...Gambar di atas adalah bandar alor setar...kedudukan bandar ini memang pun ditengah-tengah sawah yang terbentang luas...
Ni plak gunung Jerai,satu-satunya gunung yang tertinggi di Kedah,dari rumah cek,dah leh nampok jelas akan gunung ni...tapi gambar ni cek ambil dari blog beruangmadu.com,nanti kalau cek dah sampai rumah,cek akan ambil plak gambar gunung jerai dari posisi rumah cek noh..

Gunung yang tersergam indah ini plak dinamakan Gunung Keriang.Nama gunung ini diambil dari satu pokok yang bernama pokok keriang dot...pelik ek...hehehe...nama-nama jalan dan kampung di Johor lagi pelik..maybe,untuk cek yang biasa dengar,ok je kot..tapi untuk hangpa sume..waallahualam...

Gunung ini terletak disempadan Kedah-Perlis.Gunung ni x lah tinggi sangat.Dari kampung tok cek pun x leh nampak...

Bangunan yang macam UFO ini adalah Muzium padi,cek dah penoh pi dah...nak kata best,x gak,nak kata x best pun x leh...sebab maybe perkara seperti padi dan proses pembuatanya menjadi perkara yang biasa didengar dan dilihat...tapi ada gak yang cek pun x sangka dari pokok padi starting dari buah hingga ke batang pun leh buat macam-macam...orang tua dulu-dulu ni kreatif tau..jangan main-main...teringat masa tok suruh cek menyulam padi...

p/s:menyulam padi adalah satu proses meletakkan anak pokok padi yang baru tumbuh di sawah mengikut jarak yang telah ditetapkan.Macam dalam gambar dibawah.
Nampak cam senang ek..sebenarnya,kerja ini antara yang paling memenatkan.Ini berdasarkan pada pengalaman cek..Mula-mula masuk bendang,cek perlu imbangkan diri kerana selut yang berada dibawah air dalam keadaan separa pepejal yang mana boleh menyebabkan hilang imbangan badan sekaligus menyebabkan diri terjatuh tanpa sempat berpaut pada tiang atau tok kita sendiri...hehehe..Itu baru masuk bendang ,belum lagi menyulam..hehehe...Tok dan kawan seangkatan nya hanya berlemuih(bersalut) hanya di kaki dan tangan,tapi cek ni,satu badan ...hehehe.....

Menyulam plak,kena guna satu alatan yang dinamakan kuku kambing...nama je..tapi bentuknya ada 2 cabang tajam yang dikatakan berupa macam kuku kambing...Apabila dah berjaya imbangkan diri,maka tok cek pun bagilah kuku kambing...huh..rasa komfiden sebab dah berjaya lepasi ujian imbangan diri tadi...(itu pu selepas beberapa kali terbenam dalam selut)..bila nak angkat anak pokok padi..huh ..berat gak...dan kemudian letak di tempat sepatutnya...

Selepas beberapa kali meletakkan anak pokok,cek dah surender,sebab x larat...sambil letak anak pokok,mase tue gak kena pandai imbangkan badan...jatuh?tok sah nak cakapla...jadi riuh geng-geng tok aku ,habis dicanangnya bahawa 'cucu tok ku aisyah' belajar menyulam sampai penuh selut di badan...Ape jadi dengan diriku?mesti la aku balik mandi sambil tersenyum puas..yela dapat belajar perkara baru yang jarang orang lain dapat...walaupun banyak kali jatuh dan bermandikan selut...

Pengajaranya:setiap butir nasi,setitis peluh petani...hargailah nasi yang kita makan...kerna nak membentuk satu biji nasi itu,memerlukan tenaga dan dorongan hati yang kuat kerana padi hanya masak 2 or 3 tahun sekali...itu pun tengok gak cuaca,kalau cuaca buruk..maybe 2 tahun sekali...Ape-ape pun rezeki Allah dah tetapkan,cuma Allah nak tengok usaha kita je...bukan hasilnya...





Dakwah itu umpama bisnes

Topik :: article
Kategori :: fikrah

Kunjungan :: 413 hits
Tarikh :: Ahad, 16 September, 2007 - 11:21 AM
Kiriman :: Dr yusof Abbas












Seorang penjual kereta mewah tentu sukar menjawab secara tepat kehebatan atau kekurangan kereta yang dijualnya itu kerana beliau sendiri jarang-jarang memandu kereta itu. Dia hanya tahu dari buku katalog yang ada atau sekadar mendapat respon dari pengguna lain yang sudah memiliki kereta tersebut sedangkan diri sendiri tidak berpengalaman memandunya pada setiap masa.

Sebaliknya penjual barangan makanan tambahan, dia boleh menyakinkan pengguna kerana beliau sendiri mengamalkan produk yang dijualnya dan kesan positif pada kesihatannya, walaupun terstimoni dari pengguna lain dapat membantu meyakinkan pengguna tetapi testimoni sendiri lebih bermakna dan tentu lebih meyakinkan jika dia sekeluarga dan orang terdekat boleh memberi testimoni.

Mesej dari dua penjual ini ialah:

1. Penjual mesti mahir tentang produk yang dijualnya
2. Produk yang dijual sepatutnya ’presentable’
3. Pengalaman sendiri penjual menggunkan produk yang dijualnya sangat membantu jualan.
4. Penjual mesti memiliki ciri-ciri seorang penjual ( imej diri),beliau tidak boleh kelihatan seperti seorang budak pejabat dan tidak juga lagak seperti seorang CEO syarikatnya.
5. Penjual MESTI melalui sistem latihan jualan berkala dan berstrategi.
6. Penjual MESTI menjual produknya, jika tidak dia tiada pendapatan, mungkin sekadar gaji pokok.
7. Pengguna mengharapakan servis selepas jualan yang baik
8. Penjual MESTI mahir mengenali potensi pelanggannya.

PENDAKWAH itu umpama PENJUAL tadi. Produk yang dijualnya ialah addeen Islam yang syumul. Pendakwah mesti mahir tentang produk Islam ini sehingga pelanggannya yang tidak mengambil Islam sebagai deenulhayah atau pelanggannya yang mengatur sistem hidupnya secara Islam holistik, akan teruja untuk kembali menghayati Islam ini. Islam selalu ’presentable’ pada setiap masa, pada setiap zaman, dan pada setiap manusia.

Seperti penjual tadi yang hanya tahu teori tentang produk yang dijualnya, tentu pengguna dapat tahu dan dapat mengesan ‘kelentongnya’ itu. Samalah seperti pendakwah sendiri tidak mengamalkan cara hidup Islam ini, jika dia berhujah pun sekadar mainan bibir dan mainan mindanya sahaja. Bukan sahaja pengguna akan keliru malah beliau akan diperlekehkan!.

Seperti penjual tadi, pendakwah mesti memiliki imej seorang daie. Ciri utama seorang pendakwah ialah keperibadian rabbani. Kembali kepada Islam, bermaksud mengajak orang lain kepada mendekati Allah. Sekiranya ciri rabbani yang bermula dengan aqidah dan ibadah yang sahih tidak dimiliki oleh daie ini, adakah orang ramai mengambil qudwah dari perilaku pendakwah. Begitu juga qudwah dari keluarga sendiri. Dengan kata lain diri sendiri dan keluarga penjual tadi tidak mengalamkan dan menikmati sendiri produk yang baik tadi, begitu juga diri daie dan keluarganya tidak menikmati hidup Islam itu sendiri.

Orang ramai tidak teruja dengan dakwah anda, sebagai contoh mudah, sekiranya pendakwah sendiri jarang-jarang nampak muka di mesjid-surau atau ada pada waktu maghrib-isya’, subuh lagilah tiada batang hidung. Pendakwah yang lebih kerap membaca akhbar, membaca internet dari membaca Al Qur’an atau buku-buku fikrah Islamiah. Segelintir pendakwah yang jarang melatih fizikal dan rohi berpuasa mingguan. Ada pendakwah yang hebat merancang dan sibuk berorganisai dan merancang program dakwah tetapi orang ramai TIDAK SIBUK DAN TIDAK TERSENTUH dengan dakwahnya.
Atau ada segelintir duat yang berjemaah tetapi jarang bermesra atau menghadiri kenduri disekitar kariahnya, apalah salahnya dan berlapang dada dalam berkreatif bermasyarakat. Usah dipertikai tentang tahlil tau bacaan yasin. Banyak lagi persoalan besar dihadapan para pendakwah. Jangan sampai daie ini ada atau tidak dalam barisan jemaah solat tidak dirasai oleh jemaah yang lain.

Tetapi lebih malang lagi bila pendakwah ini TIDAK MENJUAL PRODUK ISLAM ini kepada penggunannya. Malah dia tidak tahu cara-cara menjualnya! Dia merasakan pertemuan mingguan sesama pendakwah lain, itulah dakwah!. Atau dia ada tugasan dalam organisasi, ini dakwah juga! Sebenarnya itu masih dalam kursus latihan seperti latihan yang kerap dilalui oleh penjual-jual barang tadi. Jika masih duduk dibulatan atau meja , anda belum menjual barang lagi, atau dengan berjawatan tadi, itu juga masih dalam ofis. Maka lebih baik tukar jawatan sebagai bahagian pentadbiran dari menjadi penjual TETAPI ADA YANG TIDAK MALU-MALU masih mengaku menjadi penjual.

TIADA CIRI PENJUAL ber makna TIADA CIRI PENDAKWAH DAN BELUM LAGI MENJUAL bermakna BELUM LAGI BERDAKWAH. Maka tidak hairan ramai pengguna yang tidak teruja dan tidak ‘membeli’ Islam syumul ini.

Dan bermakna di dalam kehidupan masyarakat TIDAK DISIBUKAN DENGAN ’JUAL-BELI’ ISLAM YANG SYUMUL INI.

Bila pendakwah tidak sibuk ’menjual’ Islam, masyakat selesa dengan kefahaman Islam yang ada.

Sebaliknya jika individu ini 'membeli’ Islam ini dari orang yang tidak berkelayakan 'menjual’ Islam yang sebenarnya maka akan tertegakkah Sistem Islam dalam diri, dalam keluarga, dalam masyarakat dan dalam negara?

Sekiranya berlaku 'jual-beli’ ini, maka servis kepada pelanggan menjadi agenda yang sangat penting kepada pendakwah. Pendakwah sudah dilatih sebelum ini tentu anda berstrategi kerana fiqh dakwah ini bukanlah ilmu yang ada di Universiti atau ada sijil diberikan tetapi himpunan pengalaman para daie sejak berzaman termasuk pengalaman daie sendiri.

Namun begitu antara agenda utama dimana ada penjual tidak kenal siapakah senarai utama pembelinya, dia main 'redah’ menjual, maka dia akan buang masa dan tenaga. Sedangkan ramai lagi pelanggan-pelanggan yang berpotensi atau senarai mereka sekadar tertulis diatas kertas.

Begitu juga ada daie yang tiada senarai utama mad’unya, sehingga senarai yang terbawah menjadi sasaran. Tentunya orang-orang tua, orang-orang kampung bukan dalam senarai keutamaannya.

Begitu juga penjual barangan perlu ada sesi iklan, promosi dan kebajikan, pendakwah juga perlu mengiklankan dakwah dan organisainya, mengsyiarkan imej organisasinya serta perlu ada promosi seperti melalui kebajikan, sebaran artikel, website, tulisan blog dan sebagainya.

Tetapi harus ingat, kebajikan itu bukanlah medan berdakwah sebenar. Kebajikan seperti membantu mereka yang ditimpa bencana, gempa bumi, kebakaran, mangsa banjir dan lain-lain musibah

Begitu juga akan lebih terdorong melakukan kebajikan dalam bulan Puasa yang akan datang, iklankan diri kepada khalayak tapi harus ingat, anda belum ditahap berdakwah pada hakikat sebenarnya, mangsa bencana itu bukan mad’u anda.

Walaupun pelajar sekolah, pelajar kolej, pelajar latihan vokasional dan pelajar universiti antara senarai utama para daie, dan pendakwah sudah merancang dakwahnya tetapi SISTEM SERVIS mesti terancang supaya dakwah BUKAN ”TOUCH N GO”.

Indek prestasi bukanya melalui berapa banyak penjual barang tadi berjumpa pelanggannya etapi berapa banyak sudah terjual dan plan sistem servis kepada pengguna. Kalau sekadar banyak 'latihan’ promosi Islam, kemudian servis diteruskan oleh orang yang bukan ahlinya atau tiada program susulan, maka terjualkah barangan tadi? 'Terjualkah’ Islam kepada peserta remaja/pelajar tadi. Memanglah seronok mempromosi barangan tetapi itu bukan matlamat sebenar sekadar iklan. Kadang-kadang tersibuk dengan promosi dan tercanang pula pada orang lain, gah bunyinya mempromosi Islam , tetapi yang 'membeli’ atau yang mendekati Islam itu tidak seperti diharapkan.

Biar promosi tidak pada banyak tempat tetapi lebih terfokus dan pastikan program susulan ( servis) itu dengan perancangan yang kemas, jangan cuba menjala terlalu kerap sedangkan jaring itu banyak yang bocor... Penulis berpengalaman dengan remaja ini sekitar tahun 1992-96, penulis menulis mengikut pengalaman.

Ramai orang tertipu dengan kesibukan, penjual barang tadi sudah rasa sibuk menjual tetapi belum ada jualan, pendakwah juga rasa sibuk berdakwah tetapi Islam ini belum ’ dijual’ lagi. Orang ramai baru membelek-beleknya.

Sekiranya ciri-ciri produk Islam yang syumul / holistik ini ’dijual’ oleh daie yang TIDAK HOLISTIK, yang tidak holistik amal fardinya, tidak menjaga fizikal badan, ilmu fiqh dakwah yang tidak update, ilmu dunia yang cetek ( sekadar mendalami ilmu seperti tertulis pada sijil-ijazah), tidak mengikuti perkembangan globalisai, atau ada yang terlalu memnekan isu-isu semasa sedang isu dia dengan Allah renggang, maka lihatlah hasilnya. Bukan daie ini sendiri tidak bermotivasi berdakwah malah luntur semangat, letih fizikal, letih emosi dan yakinlah semangat dan motivasi akan muncul semula, bilamana hatinya semakin dekat dengan Allah, dekat berkomunikasi dengan Allah, dekat bermunajat DAN INILAH JAWAPAN DARI SATU SMS YANG PENULIS TERIMA, IAITU BAGAIMANA MENINGKATKAN MOTIVASI DAN PEMIKIRAN SETIAP DAIE KEARAH MEMARTABATKAN DAKWAH ISLAMIAH. Jangan sekadar menjaga batang, dahan dan ranting-ranting sedang akarnya tidak sentiasa dibajai.
Orang bisnes ada graf pretasi, pendakwah juga ada garf tetapi bentuk grafnya sahaja yang berbeza. Orang bisnes sentiasa memikirkan prestasi jualan, servis dan profit, bagaiman pula dengan para daie?

Suka diulangi lagi, menyeru kepada Islam bermakna menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah, maka yang menyeru itu 'wajiblah’ mendekatkan dirinya dengan kualiti dan kuantiti beribadah kepada Allah. Jika tidak tunggulah janji Allah anda akan ditukar dengan orang lain

Sunday, April 19, 2009

Minggu Amanah Saham 2009(MSAM09)

assalamualaikum wahai pedagang-pedagang yang sudi ada masa singgah di blog ni walaupun sekejap.Untuk pengetahuan semua,di angsana sekarang ,telah diadakan Minggu Amanah Saham 09 bermula 18-27 april,dan ana suggestkan antunna agar singgah sebentar sejam dua disana.Banyak ilmu yang boleh antum belajar..ana?of couse la..walaupun dah dua hari ana terlibat dengan salah satu agensi kewangan di sana,ana x lupa untuk menambah ilmu,cari-cari gak duit,tapi ilmu lagi mahal dari duit..nanti ana post kan apa yang ana dapat dari MSAM09 nanti..Rugi kalau x gi...Mungkin 14 thun lagi baru kita boleh jumpa MSAM di johor...Tahun depan maybe di utara..kalau sapa-sapa duk utara leh lar kot,atau maybe gak di Timur.Habis kita di selatan ni mcm mana.....hah duk tunggu apa lagi,g la kat angsana ,sementara dekat je nih...hehehe..nanti leh lar kongsi di kotak-kotak komen ana di bawah post ya....

Thursday, April 16, 2009

Focus..

Kak,macam mana dengan report ekonomi ana...ada apa-apa kemasukan oleh 'orang atasan'...

anti..akak rasa anti perlu fokus dalam sesuatu bisnes ...kalau anti fokus..insyaallah..bisnes yang anti buat sekarang akan maju..percayalah..

tapi kak,ana sekarang masih 'terumbang ambing' dalam menentu bisnes apa yang ana nak ceburi.dan ana sekarang tengah 'mencari'...dan ana nak cari pengalaman...

kak alwi hanya tersenyum dan kemudian mencicah pelam dengan rojak yang dibawa oleh roomate ku yang dari kedah lalu memasukan kedalam mulutnya..

perbualan kami berhenti setakat itu..tapi disambung dengan tajuk perbualan yang lain...

Walaupun perbualan itu sekejab,tapi 'berkesan' di hati ku...oh aku telah diuji dengan apa yang aku pernah katakan dulu pada 'seseorang'...dan aku still lagi ingat akan word tue...focus dan pilih apa yang hendak di niagakan...apa fokus perniagaan korang..oh..aku btui-btui insaf...Ya Allah,sesungguhnya aku hamba mu yang lemah...dan sering lupa..

.
Dalam kesibukan aku menelaah kertas-kertas nota dan slide-slide lecturer...aku luangkan sedikit masa untuk ku taip di search engine Google..KENAPA PELU FOKUS DALAM SESUATU BISNES'... huh..banyaknya article...(ni mesti perbualan hangat dikalangan newbie mcm aku ) ini antara new bie dan old bie..oldbie?(usahawan senior) yang kata..
  • kalu bisnes kecil-kecil leh ar ...if kita nak buat 2 or 3 bisnes
  • fokus dalam sesuatu bisnes contohnya ada seorang 'apek' tue dia fokus pada perniagaan sarung tangan,then sekarang perniagan dia hingga ke antarabangsa...
  • kukuhkan satu bisnes,bila dah kukuh baru bukak bisnes baru..
  • kita perlu diversity kan bisnes kita..seperti Tuan CEO Jcorp kata...kalu kita beniaga jual ayam goreng,kite leh bukak bisnes ternak ayam,buat kilang sos,buat makanan segera(mcm ayamas)..dan sewaktu dengannya..
aku mula konfius....huhu..Ya Allah bantu la hamba mu..hamba mu ingin menjadikan ekonomi pelincir buat kereta D kami...mahu capai matlamat beli kereta untuk kesenangan sahabat-sahabatku dalam melakukan 'kerja rasmi'...

suasana menjadi sunyi ..

'Uhti..uhti...(hatiku berbisik)..sabar la..Allah tengah menguji mu...beginilah..
  1. anti tulis apa matlamat anti dalam bisnes ni...
  2. then write down kan apa bisnes yang anti nak ceburi..
  3. buat time line bisnes..tentukan pada bile anti nak memulakan satu-satu bisnes
  4. tulis matlamat yang ingin dicapai dalam setiap bisnes yang anti ceburi dan jangka masa untuk mencapaikanya.
  5. write down kan apa yang anti nak lakukan untuk capai matlamat tue...
  6. in the end..letakan kepercayaan anti Pada Allah ketingkat nombor 1 dalam otak...
  7. ingat anti..letakan rukun iman yang pertama itu btui2...tanamnya...bajai dengan amalanmu
oh..terima kasih wahai hati...terima kasih kepada Allah kerna kurniakan 'hati yang selalu membantu ku'... "sesungguhnya di dalam badan manusia ada seketul daging,jika baik lah daging itu,baiklah seluruh jasad,jika buruk daging itu,buruklah seluruh jasad..daging itulah hati." hadis riwayat bukhari dan muslim.

Sememangnya manusia hanya menyatakan apa yang dia rasa berdasarkan pengalaman hidupnya..dan x semestinya apa yang dia katakan itu sesuai untuk semua keadaan dan x semestinya x sesuai.. .Dalam konteks hidup pedagang-pedagang macam aku dan hampa semua,ada kalanya kita terpaksa memegang banyak komitmen termasuklah komitmen pelbagai bisnes...even kita kata kita dah fokus pada sesuatu bidang tapi pergerakan minda,tingkah laku cuba mencari mana lobang-lobang bisnes yang leh diceburi selagi mana kita mampu lakukan dengan terbaik..Yang menjadi masalahnya adalah kita x pandai nak manage masa kita...

contoh dalam kehidupan kita, cuba tengok mak kita,dia boleh buat masak,basuh baju,sidai baju dengan baik dalam satu masa...macam mana ek?hah cuba kita tengok dan pikir..mak kita mula-mula masak nasik dulu,sebab nasi lambat skit masak,then kemudian masukan baju dalam mesin basuh(mesin semi automatik)sebab ambil masa gak untuk mesin basuh nak putar baju..sementara nak tunggu nasi masak dan baju siap diputar,mak pi siang ikan,potong sayur, dan buat la apa yang patut...ting..ting bunyi mesin basuh berbunyi,tanda mesin dah berhenti putar ,mak berhenti masak
,gi keluarkan baju,then spin sambil bukak air..then sambung balik masak..agak-2 10 minit..tutup air dan biarkan spin berjalan untuk keringkan baju...Tada...mak dah habis masak,nasi pun dah masak,baju pun siap untuk disidai..dah habis..mak siapkan hidangan...sementara tunggu abah balik,mak kemas dapur bagi bersih dan bila abah pulang,dah leh makan...rumah pun jadi bersih...hati senang...then leh start pikir..sat g anak-anaknya akan pulang dari sekolah dan comfirn mase tue anak-anaknya dalam keadaan perut lapar dan baju baju kotor n rumah start bersepah..huhu...dasyatnyer mak-mak kite ek...itu baru skit tue...

Nak dijadikan pengajaran...manage masa itu penting...kita leh buat macam-macam komitmen kalu kita leh manage masa dengan baik..aku tabik pada mak aku dan tok aku sekali...tok aku..huh lagi dasyat ..siap pi bendang lagi...(bendang tue sawah ek)..ngajar orang ngaji..huh..petang-petang suruh aku cabut uban...mala
m ikut p surau..balik.. ngayam tikor sambil crita pasal keadaan dunia sekarang,kisah dulu-dulu..huhuhu rindunyer pada suasana macam tu.. stop..stop..stop...ini dah lari topic nih..hehehe...

Kita boleh buat bila ada kemahuan..kalau dok lagu tue dari dulu...means x ada perubahan nak ubah diri dari biasa jadi luar biasa...x leh nak nolong,terpulang la kepada hangpa dan aku sekali.. So,bila dah cuti sem nanti,rangcang hidup maupun bisnes elok-elok untuk pembukaan sem baru..aku terpaksa extend lagi setahun coz ada subjek yang aku tertinggal hanya ada pada sem ke dua je...tapi x pe..it mean aku leh grap banyak peluang lagi di U aku dan aku masih lagi belum terlambat...coz umurku masih muda..baru cukup 22 thn pada 22 april ini...So ayuh mulakan langkah yang baru dan langkah yang lama.teruskan agar tidak 'tergelincir' lagi.



p/s:aku suka tengok gambar ni..bagi ku gambar sampan ni bukan la semata-mata diletakan diatas darat..yang mana kita x nampak fungsinya tapi bagi ku,' sampan' ini cuba melakukan perkara yang 'mustahil' iaitu belayar di darat..bagaimana dan caranya,kita boleh 'penuhi' impian nya dengan ubah suai dirinya agar bisa melayari di lautan maupun didarat..dan teknologi sekarang dh menbuktikan dengan wujudnya kenderaan yang leh berlayar dilaut dan berjalan didarat.... dan dia mau jadi seperti itu...
(just motivasi untuk diri aku yang hanya seorang pedagang di bumi selatan)

Sunday, April 12, 2009

Umat islam perlu kaya


Bismillah..aku mulakan dengan nama Allah moga-moga niat pedagang macam aku dan hangpa sume tidak lari dari niat untuk mendapat keredhaan Allah.Even ape pun misi,visi maupun cita-cita aku iaitu nak jadi jutawan muslimah dan cita-cita yang hangpa impikan,sume nyer mestilah berlandaskan pada-Nya..ini penting tau...kenapa penting?..hangpa tanyalah 'mak' or 'bapak' hangpa...yela setiap minggu gi 'discussion' kan...x pun 'prgram hujug minggu'...x pun jumpa 'pedagang-pedagang' di kolej or 'rumah' msing...hehehe..

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku kata umat islam perlu kaya,ni aku bagi hadis ...

Hadis riwayat Saad bin Abi Waqqas: “Sesungguhnya Allah menyukai hamba-Nya yang bertaqwa dan yang kaya.” (Hadis riwayat Muslim dan Ibn Hibban).

Cuba hangpa sume dan aku pikiq jauh kedepan...i mean 5 hingga 40 tahun kedepan,...oooo...ni mesti kat otak hangpa dan aku pikiq dah ada zauj,anak,atau rangkaian perniagaan yang meluas di serata pelusuk negara....ish..ish..ish..bukan yang itu sebenarnya yang aku nak cite...

Bile aku dan hangpa sume dah tua...terdapat 6 kemungkinan yang akan terjadi pada kite sume iaitu

ni aku ambil dari saifulsham.com..

Pertama, hangpa dan aku akan hidup dengan dijaga oleh pembantu perubatan peribadi.

Kedua, hangpa dan aku hidup dijaga anak-anak ..

Ketiga, hangpa dan aku akan hidup di rumah kebajikan orang-orang tua.

Keempat, hangpa dan aku akan hidup sebatang kara.

Kelima, hangpa dan aku akan hidup terlantar dihospital.

Keenam, hangpa dan aku sudahpun tiada didunia!


Dalam banyak-banyak kemungkinan di atas...kita mesti tercari-cari yang mana agaknya pilihan hati ...aku?hehehe...sush gak nak jawab...tapi yang last tue..comfirm..sume akan laluinya...cuma bila dan asbabnya..aku pun x tahu...

Kalau la kita sume ditakdirkan hidup sampai tua...ape agak2 sumber kewangan kita? x kan nak harapkan mak bapak je ....ish..ish..

Korang ingat x kisah nabi yusuf yang mentafsir mimpi Sultan Mesir mase dulu...ala yang sultan mimpi melihat tujuh ekor sapi betina gemuk,tujuh ekor sapi betina kurus dan tujuh tangkai gandum hijau serta tujuh tangkai lain yang kering...kan mase tue ..Nabi g tau kat sultan yang 7 tahun 'ekonomi baik dan membangun' dan 7 tahun kemudian akan mengalami 'kegawatan ekonomi'.So..Nabi Yusuf pun cadangkan agar Sultan membuat perancangan bagaimana cara untuk menghadapi suasana kegawatan ekonomi yang akan berlaku selepas 7 tahun...

Nape x nabi dan sultan relax-relax minum kopi sambil nikmati bumi ciptaan Tuhan..yela lagi tujuh tahun,dah dekat-dekat nanti...baru la pikiq..yela macam aku dan korang skrg nih..oh..

Ini disebabkan Nabi dan Sultan x macm kita...yang la ni masih dok lena gih..ish..ish..ish..Nabi buat persediaan dari awal...mula dengan ubah mind setting rakyat yang selama ini just bertani cam biasa jadi petani yang berkerja luar biasa...yela dari dulu ...bertani untuk keperluan semasa jadi bertani untuk keperluan setiap masa...So memang al-Quran tidak akan menceritakan kisah ini hanya untuk bacaan semata-mata..tapi untuk diambil ibrahnya..(pengajaran)



Sekarang ni,harga barang keperluan,rumah,tanah,petrol sume dah naik...(walaupun kadg2 turun gak sekupang dua)...pedagang macam aku dan x lupa korang.. x leh ar nak guna cara lama iaitu berniaga cam biasa..kena ada perubahan untuk tingkatkan pendapatan...dari biasa ke luar biasa...dari 'kureng' kaya jadi kaya...(cewah) ...insyaalllah

Sebelum itu,kita tukaq skit persepsi kita terhadap kekayaan menurut Dr Fadhilah Kamsah..ni aku ambil dari blog irfankhairi.com

ini perbualan antara irfan khairi dan Dr Fadzilah Kamsah

Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang saya ingin kongsikan bersama:

IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?

DDFK :Ini adalah salah satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama’-ulama’ yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah ‘umattan wasata’ ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.

Pertengahan itu dikatakan seperti ”ala, kalau kita mati nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk kubur”. Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: “Allah amat kasih akan hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang terbaik “. Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.

Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?

Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama’-ulama’dan ulama’ mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu ‘balance’. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya seimbang.

Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi ‘jumud’ atau terikat dengan tekanan dengan kata-kata, ”Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya”. Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.

IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya juga akan jadi cemerlang juga.


So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan berkata-kata ”buat apa lah nak kaya-kaya… bukan boleh bawak masuk kubur pun…”, anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah Kamsah lagi :)



Marilah pedagang-pedagang sume (termasuk aku) ubah cara fikiran kita...kita perlu jadi kaya bagi membantu ummah pada yang sama membuat persediaan masa susah dan tua kita...

Hadith riwayat Bukhari
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".

Akhirnya sistem ekonomi islam jadi pilihan

Sejak akhir-akhir ini,aku mula berjinak-jinak membaca buku-buku,blog dan article mengenai isu-isu kegawatan ekonomi dan aku nampak yang akhirnya seluruh dunia mula mengagumi dan mengambil sistem ekonomi islam yang dahulunya di pinggirkan..tengok..Allah dah gitau dalam Al Quran dan ia merupakan buku manual sepanjang zaman..tapi hangpa tetap meminggirkannya...akhirnya..sapa yang susah..aku,hang,keluarga,masyarakat,negara dan dunia juga yang susah..




Ape sebenarnya Sistem Ekonomi Islam.

Mungkin hang dan aku hendak tau kan...hehehe..Aku bukan lah 'economi consultant' tapi cita-cita ku memang nak jadi pun..so aku terang la skit-skit ilmu yang aku baru tahu..


Secara asasnya, ekonomi Islam adalah = perniagaan + zakat - riba’. Ia disebut jelas dalam Quran:

“Allah menghalalkan perniagan dan mengharamkan riba’. (Al-Baqarah : 275)


Bila disebut riba’ maka ketahuilah oleh aku yang terdapat 2 jenis riba’.

  • Riba’ an-Nasi’ah / jahiliyyah
  • Riba’ al-fadl.

Ape kebendanya riba-riba tue...

Riba' an-Nasi'ah/jahilliah


Riba kaum jahiliyyah dimana seorang menjual sesuatu hingga tempoh waktu tertentu. Apabila tempoh waktu itu tamat sedangkan pembelinya belum mampu melunasi pembayarannya maka harganya dinaikkan dan tempohya dilanjutkan lagi.


Contohnya cam Along(bukan along ,anak pertama ek)...ada bunga,silap hari bulan buah pun tumbuh di kepala(benjol)...maybe perkara ini dah banyak di bahaskan di dalam surat khabar,internet dan tv...tv?hehehe


Tahukah aku dan hangpa sume bahawasanya institusi kewangan dan perbankan yang di dasari oleh pemodal-pemodal 'kaya' turut bersikap cam along...ish..ish..ish


Sedangkan asas ekonomi Islam tidak begitu.Cuba hangpa dan aku pikiq..nape ek bank-bank konvensional bergerak adalah bermula dengan modal RM 1 juta sebagai contoh,modal asal mereka itu ditambah pula dengan deposit orang ramai yang kita andaikan bernilai RM 500 ribu. Maka, dengan ini mereka boleh memberi hutang kepada orang ramai sehingga RM 1.4 juta.


Katakanlah bank konvesional tadi hanya mengambil 5% kadar faedah selama setahun, maka keuntungan yang bakal diperolehi adalah RM 70 000, hasil dari RM 1.4 juta itu tadi. Dan inilah yang dinamakan sebagai hasil riba’..


Untuk makluman awal, perbincangan mengenai Riba al-Fadl ini adalah lebih rumit sedikit.Nanti ku critakan pada next post...tunggu ya...


Konsep ekonomi Islam secara umumnya bergerak atas landasan al-Wadi’ah, al-Mudharabah, al-Musyarakah dan juga Qardhul Hassan. ...nanti aku critakan pada post akan datang...


Nak di jadikan crita ,akhirnya kita 'pulang ke fitrah' asal kita...iaitu Al-quran dan sunnah gak jadi sandaran utama..


alamak,boring la...otak dah jam la...ish..ish..oooo.. kalu cite bab duit ,gerai bunga ,mata hangpa mula 'celik' noh..hehe..k la..ini just pengetahuan..kalau hangpa x ambil 'port' pun,hangpa gak yang rugi...aku?lu pikiq la sendiri..(nabil versi kedah)..


"ekonomi,pelincir buat 'kereta D' ku"

-pedagang di bumi selatan-




Jihad Bisnes Makmurkan JCorp

Ini aku ambil dari portal usahawan.Seorang pedagang macam korang dan aku perlu gak belajar dari pengalaman orang lain..mereka dah try and error n kemudian success...kita dah tahu error..x perlu lah nak error lagi..teruslah success..hehe..insyallah


kemesetan ekonomi yang sedang melanda dunia telah menimbulkan pelbagai reaksi terutamanya di kalangan para usahawan. Pada saat ini, usahawan sebagai pemimpin organisasi harus bijak menerajui bahtera perniagaan dalam menangani taufan krisis ekonomi. Salah satu aspek yang boleh dihalusi pada saat ini adalah kemuafakatan di dalam organisasi. Sebagaimana peribahasa, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kemuafakatan boleh memberi kekuatan dalaman kepada usahawan menangani saat sukar.

Kemuafakatan inilah yang diamalkan oleh Kumpulan Johor Corporation (JCorp). Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Haji Hashim, Ketua Eksekutif, Kumpulan Johor Cor-
poration (JCorp) ketika ditemui USAHAWAN SUKSES, memberitahu, bagi menyemai jiwa organisasi, JCorp mengamalkan sistem sama rata dan keadilan untuk melahirkan kemuafakatan.

Di JCorp, misalnya kami bersenam bersama dan memakai pakaian seragam yang sama. Malah, setiap tahun, pengiktirafan diberikan kepada anggota pekerja yang berhak.

“Fokus kami ialah membina budaya positif. Mesej mesti jelas kerana ia mempengaruhi jiwa dan seterusnya amalan kerja,” tegasnya.

Tambah beliau, “Perkara-perkara yang orang lain anggap remeh sebenarnya adalah intipati kepada spirit atau ‘jiwa’ organisasi. Maka, di JCorp, kami tidak menggunakan istilah kakitangan. Perkataan kakitangan adalah hasil daripada ideologi penjajah. Kami ganti dengan perkataan anggota pekerja. Apabila ada ‘anggota’ untuk bekerja termasuklah ‘kepala’ barulah ada ‘jiwa’,” katanya.

Menurut beliau lagi kegoyahan di dalam organisasi berlaku apabila wujudnya ‘budaya sate’ hasil daripada rasa ketidakadilan anggota pekerja di dalam organisasi.

“Sepertimana ‘perniagaan sate’, ada yang jadi tukang cucuk, tukang kipas dan ada yang jadi tukang bakar di dalam organisasi. Ini budaya negatif dan boleh menyebabkan se-sebuah organisasi itu goyah,” katanya.

Hasil daripada jiwa organisasi yang utuh ini, JCorp berjaya membangunkan lebih 250 anak syarikat di mana sembilan daripadanya telah disenaraikan di Bursa Malaysia termasuklah sebuah di Bursa Saham Port Moresby dan London Stock Exchange. Nama-nama seperti Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim), KPJ Healthcare Bhd (KPJ), Sindora Berhad (Sindora) dan KFC Holdings (M) Bhd (KFC) adalah antara anak syarikat JCorp yang telah membina nama bukan sahaja di dalam negara malah merentasi sempadan antarabangsa. Kini, segmen bisnes JCorp juga terdapat di Papua New Guinea, Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Arab Saudi, Bangladesh, Hong Kong, Cambodia dan Kepulauan Solomon.

Sesuai dengan falsafah korporat iaitu JCorp Satu Rumpun Enterprais, kekuatan JCorp juga terletak pada kreativiti pemimpin-pemimpinnya dan model bisnes yang dinamik. Skim Intrapreneur dan Waqaf Korporat adalah antara inovasi perniagaan yang meletakkan JCorp sebagai sebuah organisasi korporat Islam dan antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara

Pada tahun 1999, JCorp memperkenalkan satu program pewujudan usahawan yang dinamakan Skim Intrapreneur. Skim yang pada mulanya merupakan satu strategi kreatif menangani krisis 1997 telah memberi peluang kepada anggota pekerja JCorp untuk berkongsi pemilikan ekuiti.

“Berniaga itu sendiri sangat kompleks kerana seseorang usahawan itu perlu tahu setiap aspek dalam perniagaannya. Di JCorp, kami sudah mempunyai sistem sedia ada yang membolehkan sebuah syarikat baru dalam Kumpulan bertapak dan seterusnya berdikari. Kelebihan Skim Intrapreneur ini juga adalah pada konsep perkongsian pulangan dan risiko antara JCorp dan syarikat yang dibangunkan,” katanya.

Menurut Tan Sri Dato’ Muhammad Ali lagi, skim ini bermula dengan hanya dua syarikat berpotensi. Kini, ia telah berkembang kepada 69 syarikat dalam pelbagai sektor dengan perolehan keseluruhan bahagian bisnes Intrapreneur pada akhir tahun 2008 bernilai lebih RM500 juta.

Malah, konsep Intrapreneur berbeza daripada perkataan entrepreneur yang sering digunakan. Ia merangkumi prinsip pembentukan dan pembangunan intrapreneur berdasarkan pengemblengan harta dan sumber kekayaan Johor Corporation.

“Perkataan entrepreneur hanya membayangkan usahawan berniaga untuk keuntungan semata-mata. Sebaliknya, huruf ‘i’ pada perkataan intrapreneur memberi makna yang lebih luas seperti iman, ikhlas, ikhtiar dan ihsan. Kita mahu intrapreneur mencatat kejayaan peribadi sebagai pengurus usahawan dan pada masa yang sama memakmurkan ekonomi negara.

“Konsep skim ini bukan sahaja mengubah mindset bekerja makan gaji ke mindset keusahawanan, malah ini membentuk keupayaan anggota pekerja untuk berdikari. Mereka juga perlu mempunyai jati diri seorang usahawan seperti mempunyai sikap daya saing, berani ambil risiko, yakin dan kerja kuat,” jelas Tan Sri Dato’ Muhammad Ali.

Menariknya, skim ini turut melahirkan rantaian sektor-sektor bisnes dari syarikat Intrapreneur yang berdaya maju. Misalnya, KPJ, anak syarikat JCorp yang menyediakan
khidmat rawatan dan perubatan pakar, kini turut memiliki dan menguruskan pusat latihan kejururawatan, PNC International College of Nursing and Health Science.

Malah, semenjak pengambilalihan KFC, JCorp bukan hanya terlibat dalam operasi restoran makanan segera. Mereka turut terlibat dalam operasi pemprosesan ternakan, peruncitan, khidmat kontrak perladangan dan bisnes sokongan yang lain.

“Senario ini bukan sahaja melahirkan kluster bisnes, malah memberi lebih banyak peluang pekerjaan. Di JCorp, kami mempunyai lebih daripada 54 000 anggota pekerja. Ini menunjukkan konsep Skim Intrapreneur viable dalam melahirkan usahawan dan sekaligus memakmurkan ekonomi negara,” katanya.

Namun, di sebalik kejayaan syarikat-syarikat di dalam Kumpulan JCorp, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali secara merendah diri melihat kekayaan sebagai milik Tuhan dan perlu dikongsi dengan masyarakat. Justeru, bagi membina organisasi korporat Islam multi nasional, JCorp memperkenalkan konsep Waqaf Korporat menerusi Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad (KWANB).

“Waqaf Korporat merupakan konsep wakaf pertama seumpamanya di dunia. Bagi saya, kekuatan negara terletak pada kekuatan ekonomi dan kemakmuran negara. Hari ini, berjihad bukan hanya di medan perang. Sesiapa sahaja dalam bidang usa-hanya perlu berjihad. Dalam Islam, harta kekayaan itu amanah dan hendaklah kita memberi wakaf kepada yang berhak. Oleh itu, jihad bisnes adalah jihad yang perlu dilaksanakan oleh setiap usahawan,” tegasnya.

Bermula pada tahun 2006, JCorp telah mewakafkan saham bernilai RM200 juta dalam tiga anak syarikat tersenarainya (Kulim, KPJ dan JLand) kepada KWANB. KWANB memperuntukkan 25 peratus untuk kerja-kerja fisabilillah meliputi rumah anak yatim, bantuan pelajaran, bantuan kewangan dan program-program tanggungjawab sosial korporat. Pada tahun 2007, seramai 21 peniaga kecil telah mendapat manfaat dari Waqaf Dana Niaga.

“Fasiliti yang dibina dari Waqaf Korporat ini adalah untuk segenap lapisan masyarakat. Setakat ini kita mempunyai sembilan rangkaian Klinik Waqaf An-Nur termasuk sebuah hospital yang sehingga kini telah memberi khidmat kepada 387 000 pesakit yang mana 21 000 daripadanya adalah daripada bukan Islam,” jelasnya.

Keprihatinan Kumpulan JCorp terhadap kebajikan masyarakat turut meliputi mangsa-mangsa yang ditimpa musibah. Melalui KWANB, JCorp telah menubuhkan sebuah pasukan yang dikenali sebagai Briged Amal Waqaf. Ia terdiri daripada lima kumpulan asas yang dianggotai oleh syarikat di dalam Kumpulan JCorp. Misalnya, Kulim mengawal selia logistik, KFC, makanan, KPJ, perubatan, Sindora Berhad, pembersihan dan pemeliharaan dan Johor Land Berhad, penyelamat dan sukarelawan.

Sementelah membina usahawan dari dalam organisasi, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali juga percaya pembudayaan keusahawanan seharusnya bermula dari peringkat awal lagi. Justeru, pada tahun 1992, Gerakan BISTARI ditubuhkan. Ia bermula di peringkat sekolah menengah yang dinamakan Tunas BISTARI dan diikuti oleh Siswa BISTARI di peringkat universiti.

“Kami telah bekerjasama dengan UiTM Segamat dan UiTM Shah Alam untuk program Siswa BISTARI ini. Pelajar-pelajar ini didedahkan dengan runding cara penubuhan syarikat dan setiap tahun akan diadakan Anugerah Kecemerlangan BISTARI. Pemenang anugerah ini seterusnya akan diserapkan ke Program Usahawan Muda di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD),” katanya.

Malah, bagi memastikan mesej keusahawanan ini jelas, beliau juga melihat potensi keberkesanan papan permainan. Namun, pemilihan jenis dan konsep permainan perlu sesuai dengan landasan Islam. Terbaru, JCorp telah memperkenalkan papan permainan yang dinamakan Catur BISTARI.

“Catur BISTARI mempunyai tiga konsep pembelajaran iaitu Laluan Makan Gaji, Laluan Tijarah dan Laluan Jihad Bisnes. Generasi muda harus dijelaskan mengenai aspek pelaburan, asas niaga yang betul dan cara berkongsi kekayaan dengan masyarakat,” katanya lagi.

Lebih menarik konsep Laluan Makan Gaji, Laluan Tijarah dan Laluan Jihad Ekonomi adalah sama dengan pelaksanaan konsep Skim Intrapreneur dan Waqaf Korporat yang diamalkan di dalam Kumpulan JCorp itu sendiri.

Memetik tulisan Tan Sri Dato’ Muhammad Ali di dalam bukunya yang bertajuk Bisnes Satu Cabang Jihad: Pembudayaan Bisnes Untuk Survival, beliau menyatakan:

“... usahawan yang berjaya tidak semestinya menjadi pencipta, pe-nemu teknologi atau pengasas sistem pengeluaran. Paling penting adalah bagaimana si usahawan melihat
peluang keemasan dan mengekploitasikan dengan kegigihan luar biasa. Mereka menyumbang sesuatu yang bermakna dan sangat besar impaknya terhadap pertumbuhan ekonomi...”

Justeru, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali yakin kekuatan jiwa organisasi hadir dari penerapan dan amalan nilai-nilai Islam itu sendiri.

“Nilai-nilai Islam itu mempunyai banyak kekuatan. Apatah lagi pada masa-masa mencabar. Pada waktu ini, keseperpaduan melalui jihad bisnes mampu membina kebulatan dan keberkatan. Saya harap musibah yang berlaku di Palestin memberi kita iktibar. Kekuatan pertahanan hadir dari kekuatan ekonomi sesebuah negara. Kebijaksanaan membina kekuatan di waktu sukar ini bakal meletakkan syarikat dan negara di garis hadapan apabila krisis ekonomi ini reda kelak. Justeru, saya menyeru para usahawan untuk melaksanakan jihad bisnes,” katanya.

Melalui Jihad Bisnes, JCorp yakin bahawa umat Islam dan Melayu yang terpinggir dan dikesampingkan akan dapat kembali bangkit untuk menguasai ekonomi.

- "Sumber diambil dari majalah Usahawan Sukses"

Saturday, April 11, 2009

Bisnes itu adalah satu jihad



Baru-baru ini,aku menyertai satu seminar keusahawanan sehari yang dianjurkan oleh universitiku.Itu pun aku mengetahui sehari sebelum seminarnya ini dari seorang pedagang macam aku juga...

sehari sebelum seminar...
"tok..tok..tok..assalamualaikum,oh anti,huh penatnya...ana cari celcom center tadi sampai ke kempas hari ni...hujan lebat plak..hbs basah.."sebelum sempat aku habiskan ayat-ayat aku...sahabatku yang lepak kat bilik ku sambil membuat assigment terus mencelah..."tadi haz cari anti,dia suruh ke 'kubu pertahanan' nya...ada perkara urgent.."

huh..nak tak nak..(bercampur malas n terpaksa)...dengan baju yang lenjun dengan air hujan..ku gagahi menuruni tangga yang licin dengan perlahan-lahan....akhirnya sampai la aku kubunya...

belum sempat aku tanya..."hah,anti.ana nak g tau ni..ada seminar keusahawanan esok.anti nak g tak?"ujarnya dengan penuh excited...oh ingat ape la tadi...
"nak,nak...kat ne ,bile..?nak dijadikan cite..maka sampai la aku kat tempat seminar tue...huh dasyat dewan ni..macam dewan parlimen...ujar ku dalam hati..

Mula-mula..ramai gak yang datang..tapi semakin lama,semakin kurang plak..(hish..boring ke sampai ramai yang 'syahid' dulu) ...namun..aku x putus asa..(chewah)..dengan semangat waja dan mahu maju kehadapan..ditambahkan pula cita-citaku mahu menjadi jutawan muslimah ...aku mahu buktikan aku boleh..

Dari seminar ini,sedikit sebanyak membuka mata akan halatuju aku yang bukan mudah....sememangnya 9/10 rezeki datang dari perniagaan tapi 9/10 juga cabarannya...(teori ini di petik dari seorang usahawan berjaya)...huh..adakah aku sanggup menghadapinya...teringat satu peristiwa masa mini konvokesyen...ya aku akui..banyak tenaga,air mata, perasaan,top up ...hehehe...dah aku korbankan...masa tue hanya pada Allah aku bertawakal dan berlindung... YA! SEMEMANGNYA BISNES INI ADALAH SATU JIHAD...

Wahai sahabat-sahabat ku,terima kasih ku ucapkan kerana support ku dari mula hingga sekarang...insyaallah..aku hargai sangat dan aku akan merealisasikan impian kita semua untuk membeli van untuk 'keperluan' kita semua...doakan ku..ya..moga-moga rezeki kita diberkahi Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...