Friday, May 8, 2009

Isu KFC

Alhamdulillah,selepas berkampung di MSAM09,ternyata membuahkan hasil pengetahuan yang tidak dapat dinilai dengan wang walaupun,saya sekadar mencari sedikit rezeki yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya.Banyak pengalaman yang ku dapat sebagai seorang usahawan starting dari marketing hinggalah terjual sesuatu produk.Dapat mengenali pelbagai karenah customer dan kaedah dan produk yang sesuai untuk client kita.Sememangnya tahapan ukhwah iaitu taaruf,tafahum,taawun,dan takaful ,ku gunakan semaksimum yang mungkin untuk memperkenalkan produk ku.

Dalam keadaan ku berjuang memperkenalkan produk islam dan disamping berjihad untuk menyedarkan akan customer ku khasnya orang melayu dan islam akan pentingnya membeli produk yang jauh dari unsur riba dan judi,ku bertanyalah pada sahabat semata pencarianku akan status KFC nih,sebab masa tue tergugat gak ku melihat harga runtuh produk-produk KFC nih...sahabat ku terus mencelah:eh..itu barangan Amerika,kena boikot..lepas itu dia keluarlah bukti-bukti yang biasa ku dengar...aku pun beritau la pasal kata-kata pengerusi JCorp tentang pembahagian keuntungannya dan kebaikan Jcorp dalam membantu Umat Islam...Dia terus menyatakan,itu sebagai cara untuk mengaburi mata umat islam...(Discussion ini x lama kerna ramai customer datang)...dalam keadaan itu,aku sekarang diambang kekonfiusan…dan segala tindak tanduk ku untuk memberitahu rakan-rakanku yang lain tentang status KFC ini memerlukan bukti yang mana kukuh dan neutral.Lalu ku mulakan penyiasatanku terhadap status KFC…

Title:Penyiasatan status KFC mengenai sumber keewangan yang menyumbang kepada Israel
Objectif:untuk mengetahui adakah KFC menyalurkan sumber keewangan ke Israel
Kaedah:Temuramah,dan internet
Penyiasatan bermula…

Aku terjumpa seorang excecutive bank,lalu aku bertanya padanya tentang perkara ini,dia berkata iya,KFc perlu diboikot kerana ia ada menyumbang kepada Israel.Lalu ku tanya akan buktinya,dia kata dunia kita dipegang oleh Yahudi dimana dua bank yang berkuasa besar adalah city Bank dan AIG (american international Group),dan kita boleh lihat syarikat-syarikat dibawah dua bank ini.Katanya lagi,sememangnya duit kita akan mengalir ke sana yang bezanya berapa banyak peratusannya ...Dia keluarkan satu perumpamaan yang biasa kita dengar iaitu:

"Bagi Yahudi,dunia ini ibarat ladang ternakan yang mana dia boleh sembelih ternakan bila-bila masa je dengan kaedah penyembelihan yang dia boleh pilih sama ada secara halus atau kejam.

Orang islam pulak mengangap dunia ini ibarat tempat bertani,yang mana hasilnya akan dituai diakhirat"

Aku pun beritahu yang Pengerusi Jcorp iaitu syarikat bumiputera berjaya 'menakluki' KFC Malaysia,Singapore,Brunei dan Cambodia..Aimnya untuk menakluki KFC US..kerna Jepun telah berjaya menakluki 7ELEVEN yang dahulunya milik US ..

Executive bank itu membalas:even Jepun menaklukinya,'Datuk atau moyang' still lagi 'menakluki secara tak langsung..

Hangpa sume nih faham x statement 'datuk n moyang nih'?

Macam ini lah,ada seorang bayi yang dilahirkan oleh maknya dan diberikan nama oleh bapaknya, minah binti abu.Tak lama kemudian,kedua ibubapanya meninggal,maka minah ini 'diambilalih' oleh satu pasangan suami isteri yang x ada anak..?So nama bapak bayi ini tukar x?...Anak ini 'dipimpin dengan maju' mengikut acuan pasangan ini.Maka pahala dan dosa yang anak ini buat akan mengalir juga ke ibubapa kandung dia walaupun ibubapa kandung dia x membela anak ini cuma peratusannya hanya Allah yang mengetahui.


Hasil dari pertemuanku,dia menyuruh aku membuka web AIG dan Citi Bank kerna dia kata kita akan lihat syarikat –syarikat dibawah nya dan katanya syarikat KFC ada.Selepas aku membeleknya beberapa kali sehingga sekarang=negative..
Aku masih tidak puas hati,lalu beberapa hari selepas aku berjumpa dengan Executive bank, ku bertanya pada seorang perancang keewangan yang mana aku terjumpa secara x sengaja di pustaka Indon.Aku call beliau bagi mendapatkan jawapan yang pasti pasal status KFC ini lalu aku diberi tahu,buktinya TIADA..Ya Allah ,apa sebenarnya yang Engkau mahu tunjukkan padaku…apa sebenarnya hikmah dari rentetan isu ini pada ku….

Habis pakcik,boleh ke kita makan KFC ni…Beliau mengeluarkan satu analogy:
"Kita makan nasi,tengah-tengah sedap makan,tetiba taik cicak jatuh dalam nasi kita,apa pedagang akan buat"

dengan selambernyer aku kata:pedagang buang lah nasik disekitar taik cicak itu dalam diameter dua inci dari taik cicak itu.

Beliau:kalu cam itu,nanti pedagang buat practical depan pakcik ye...pakcik nak tengok betui ke pedagang leh buat cam itu..

hehehe...sebenarnya pakcik,tengok keadaan kalau tetiba rasa x lalu,saya terus berhenti makan.

Macam itu lah produk-produk israel,even ia nampak kecil sahaja sumbangannya,tapi effectnya buat kita x lalu makan.

Sememangnya bukti yang KFC menyalurkan keuntungannya ke Israel memang tiada.Tapi,terpulang pada diri dan kefahaman kita mengenai sesuatu isu tersebut.Islam itu Mudah,ambil yang halal,buang yang haram,tinggalkan yang syubhah..(hadis 6:menjaga Agama)

Aku meluangkan sedikit masaku untuk melayari internet dan mencari bukti yang boleh mengukuhkan mana-mana temubual .
Hasilnya….
Baru-baru ini ku telah menjumpai satu laman web yang boikot KFC tapi bukan sebab ia menyumbangkan kepada Israel tapi lebih kepada isu pembelaan nasib ayam KFC…masa bukak laman web ini,mau ‘lompat’ aku apabila tengok web ini kerna ada skit ‘horror’ …ni aku bagi pautannya…http://www.kentuckyfriedcruelty.com/KFC_Fried_chicken.asp
Aku cite la skit pasal laman web ini,ia lebih menceritakan tentang isu pembelaan nasib ayam KFC kerana ayam KFC seperti mana kita tahu ia mempunyai saiz yang ‘agak besar’ tapi tulangnya still lagi berupa macam ayam biasa.Maka kalu kita bayangkan ,bagaimana ayam ini menanggung beban berat badannya yang luar biasa.Di cerita juga dalam web ini,kebanyakkan ayam KFC mempunyai masalah kaki patah kerana x mampu menanggung berat badannya…kata mereka ini satu penganiayaan terhadap ayam…aku malas nak komen pasal ini…kerna ia langsung x da kena mengena dengan objectif penyiasatan aku iaitu adakah KFC menyumbang kepada Israel .
Aku meneruskan penyiasatan ku,hasilnya negative,KFC tidak meyumbang kepada Israel…kerna aku terjumpa laman web http://www.zaharuddin.net/content/view/572/#comment81402
Kesimpulannya
KFC tidak menyumbangkan sumber keewangan kepada Israel ,akan tetapi menyumbang kepada Amerika.
p/s: aku mahu minta maaf pada sume pedagang jika semasa penyiasatan ku berjalan,ku mengeluarkan statement tertentu,dan ku hanya bercakap pada bukti yang ku dengar bukan bukti secara hitam dan putih .Namun tujuan penyiasatan aku ini hanya untuk menbuka hijab yang sebelum ini terhijab dari pandangan kita dan agar hadis 6:menjaga agama dapat kita amalkan.Maybe sedikit pencerahan buat diriku dan yang lain,bila sesuatu kekeliruan berlaku,maybe Allah mahu menguji kita,sama ada kita berusaha memecahkan kekeliruan itu atau tidak.Betul lah kata –kata dalam hadis 6,hanya sedikit sahaja yang mengetahui perkara syubhah..dan kita mungkin bukan golongan itu..Walaubagaimana pun,aku masih lagi boikot KFC walaupun ia tidak menyumbang kepada Israel,tapi kerana aku mahu menyokong pembelaan nasib ayam KFC ini…kwa..kwa..kwa..;-p

Fastabiqul Khairat (berlumba-lumba membuat kebaikan)


Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Al baqarah :148

Ku membelek buku Bisnes :Satu Cabang Jihad karangan Muhammad Ali Haji Hashim sambil mendengar celoteh kakak liza dan bos aku di sebuah pejabat berdekatan Komtar di sebuah Bandar di hujung Malaysia.Ku akui aku enjoy bila berkerja sebagai kerani sambilan di sini,kerana di sekeliling ku,masing-masing ingin memperjuangkan dan mempunyai misi yang sama iaitu jihad bisnes dan mencari keredhaan Allah ,cuma kaedah nya berbeza…Iya…masing-masing saling berlumba-lumba membuat kebaikan dan menyedarkan masyarakat atau dalam erti kata yang best iaitu berdakwah kepada masyarakat akan pentingnya mengelakkan diri dari perkara haram seperti riba dan judi.Menurut kata bos aku,perjuangan ini penting kerana apa yang kita beli akan menjadi darah daging kita serta keluarga kita.Contoh kalau kita mengambil satu pelaburan yang mengandungi riba atau judi,hasil keuntungan itu akan kita gunakan untuk keperluan keluarga…So jangan membebel atau marah atau kecil hati jika suami,isteri,anak-anak x dengar cakap,degil untuk dengar nasihat,atau kecenderungan untuk membuat keburukan lebih banyak dari keinginan untuk membuat kebaikan.

Serta merta aku teringat satu hadis dalam buku 40 hadis arbain An-Nawawiyah

Dari Abu Abdillah An –Numan bin Basyir ra. Berkata:Aku mendengar Rasullulah saw bersabda,”sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan haram itu jelas,antara keduanya terdapat yang samar yang tidak diketahui oleh banyak umat manusia.Barangsiapa menjaga diri dari hal-hal yang samar itu,maka ia telah menjaga agama dan harga dirinya,dan barangsiapa jatuh dalam wilayah haram,seperti seorang pengembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang,sedikit lagi ia akan mauk kedalamnya.Ketahuilah setiap raja itu mempunyai daerah terlarang.Ketahuilah sesungguhnya daerah terlarang Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya.Ketahuilah bahawa didalam jasad itu terdapat segumpal daging,bila ia baik,baiklah seluruh jasad itu,dan bila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad,ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati.” Hadis Bukhari dan Muslim.

Lalu aku berfikir,

kenapa kita kadang-kadang susah nak terima ilmu,nasihat ibu-bapa kita atau apa sahaja perkara yang menjurus kepada kebaikan?

Kenapa kebanyakkan belia atau pemuda –pemudi lebih cenderung ke perkara yang menjanjikan keseronokan dunia dan kebebasan diluar batasan syarak seperti konsert,carnival yang lagha(x ber faedah) atau clubbing?

Kenapa ramai umat islam yang atas namanya islam tetapi kelakuan seperti bukan islam ?

Kenapa banyak ceramah atau usrah atau program-program keagamaan dijalankan tapi ‘kurang’ berkesan pada pengunjungnya?

Dan banyaknya persoalan yang lain…

Bila aku berjinak-jinak dengan bidang ekonomi atau bisnes..sedikit demi sedikit punca atas setiap apa yang menjadi persoalan diatas mula terjawab…

Aku mula teringat bila bos ku cerita pasal Nabi Muhammad sanggup ‘korek’ kurma dari mulut cucunya .Ini kerana kurma itu adalah hasil sedekah yang diamanah kepadanya untuk menjaga.

Jika dimakan,kurma tersebut akan di pecahkan ke beberapa bahagian kecil oleh gigi kemudian memasuki perut melalui esophagus .Di perut,ezyme akan memangkinkan proses pencernaan kurma ke bentuk yang ringkas dan hasilnya diserap melalui dinding perut ,lalu mengalirlah ke seluruh sel di badan yang mana sel-sel kan mengunakan hasil pencernaan itu untuk melakukan aktiviti selnya.(untuk keterangan yang lebih detail ,buka lah buku Campbell).Dalam bahasa mudah hasil kurma itu akan jadi darah daging kita…dan daging yang disebut dalam hadis diatas juga tidak terkecuali…oh…hangpa dan aku fikirlah sendiri akibatnya….

Alhamdulillah ,di dunia yang makin moden dan juga makin jahil ini,masih ada lagi segolongan manusia saling berlumba-lumba mengajak manusia berbuat yang maaruf dan mencegah yang mungkar.Namun x sedikit juga yang ‘lelah ditengah jalan’..ada yang konfius dengan ‘jalan’ yang dipilih dan ada yang terus x mau mengikuti jalan ini..

Dalam buku Bisnes:Satu Cabang Jihad ,Muhammad Ali menyatakan pedagang yang paling berjaya dalam bisnes adalah mereka yang tinggi keupayaan dan sanggup bersaing dalam membawa manfaat bisnes kepada masyarakat,walaupun tanpa sokongan daripada pihak kerajaan sekalipun.

So untuk pedagang seperti aku dan hangpa sume,sememangnya kita sekarang berlumba-lumba menyedarkan masyarakat akan pentingnya ‘produk’ kita…Demikian juga hidup dan matinya bisnes ini,sangat berkait rapat dengan pedagang macam aku dan hangpa sume dalam mengatasi dan menangani segala cabaran dan ujian seperti:

-customer x mau beli

-customer x mau beli tapi bila pedagang lain yang approach ,customer beli plak

-customer x mau beli disamping mengutuk produk serta pedagang nya sekali

-cutomer beli tapi reject ditengah jalan

-customer beli tapi x guna lalu x beri manfaat pada diri dia dan sekeliling dia lalu produk itu jadi boneka

-dan lain-lain yang korang rasa nak tambah

Itu baru feedback dari customer,ujian antara pedagang-pedagang plak seperti:

-pedagang A jeles bila pedagang B dapat jual produknya dan mempunyai cutomer yang ramai.

-pedagang B plak bangga kerna mempunyai cutomer yang ramai lalu assume diri dah jadi superpedagang.

-pedagang Z rasa tertekan bila ditegur dan diberi kemasukan oleh pedagang yang lebih muda tentang cara kerja marketing pedagang Z .

-pedagang J x bertegur sapa dengan pedagang K kerna berkecil hati lalu menyendiri di tempat yang sunyi…hua..hua..hua.

Ini lah lumrah ,wahai pedagang-pedagang sekalian ,dalam berlumba-lumba menyeru masyarakat untuk beli produk kita,ujian datang bertimpa-timpa ,Ini mungkin sebagai kifarah dosa yang mana untuk treatment penampilan kita supaya lebih ‘bersih,segar dan suci’ ketika berhadapan dengan customer kita maupun BOS kita kelak.

“i believe that one of life's greatest risks is never daring to risk.”

Oprah Winfrey (1954 - ), O Magazine, September 2003

Konsep Zuhud : Tanda Islam Benci Harta & Kekayaan?


Benar, zuhud adalah satu sifat yang amat baik dan terpuji di dalam Islam, bagaimanapun saya mendapati terdapat salahfaham masyarakat Islam dalam memahami ertinya, sehingga ia ditakrifkan sebagai menjauhkan diri dari dunia dan membiarkan diri miskin. Ada juga yang mengganggap zuhud sebagai tidak menggunakan harta yang diperolehi untuk diri, dan keluarga.Selain itu, ia juga dikatakan zuhud jika berumah, berpakaian dan berkereta usang walaupun mempunyai harta.Membiarkan umat Islam tidak membina sebarang kilang, bangunan dan bisnes kerana ia dikira sebagai zuhud iaitu lari dari dunia sejauh-jauhnya. Dengan demikian dunia akan datang kepada kita. Adakah ini benar-benar yang diarahkan oleh Islam ?.



Zuhud : Tanda Islam Benci

Harta & Kekayaan?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net



Ada yang tertanya-tanya samada Islam menentang kekayaan dan perolehan harta. Ada pula yang memainkan perkataan ‘zuhud' bagi menyokong kempen dan kefahaman mereka.Benar, zuhud adalah satu sifat yang amat baik dan terpuji di dalam Islam, bagaimanapun saya mendapati terdapat salah

faham masyarakat Islam dalam memahami ertinya, sehingga ia ditakrifkan sebagai menjauhkan diri dari dunia dan membiarkan diri miskin. Ada juga yang mengganggap zuhud sebagai tidak menggunakan harta yang diperolehi untuk diri, dan keluarga. Selain itu, ia juga dikatakan zuhud jika berumah, berpakaian dan berkereta usang walaupun mempunyai harta.Membiarkan umat Islam tidak membina sebarang kilang, bangunan dan bisnes kerana ia dikira sebagai zuhud iaitu lari dari dunia sejauh-jauhnya. Dengan demikian dunia akan datang kepada kita. Adakah ini benar-benar yang diarahkan oleh Islam ?.


Tidak kurang juga yang membawakan dalil-dalil yang hebat seperti sabda Nabi SAW :-

Ertinya : Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau seperti orang yang melintas ( Riwayat Al-Bukhari, no 6053,5/2358 )


Diberi pula lagi dengan satu hadis Nabi SAW :

Ertinya : Demi Allah, tiadalah kehidupan di dunia kecuali seperti seseorang yang mencelupkan jarinya ini ( di dalam lautan sambil perawi menunjukkan jari telunjuknya) dan lihatlah apa yang mengikut (jari tadi dari air) " ( Muslim, no 858,17/192 )



Demikian juga firman Allah SWT :-

Ertinya : Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal ) a'la : 16 & 17 )



Apakah Zuhud Sebenar ?


Sebenarnya zuhud bukanlah :-

1) Menjauhkan diri dari dunia

2) Berpakaian lusuh

3) Berkereta dan berumah buruk dalam keadaan mampu

4) Membiarkan diri miskin



Zuhud yang sebenarnya adalah mengutamakan kehidupan akhirat dari dunia. Sebagaimana yang dinyatakan dalam surah ‘ala ayat 16 dan 17 tadi, yang mana Allah SWT menyifatkan orang bukan Islam mengutamakan dunia semata-mata, kemudian Allah menyebut kehidupan akhriat lebih baik dan kekal. Apabila Allah SWT menggunakan perkata "lebih baik" ini bermakna kehidupan dunia adalah "baik" , Cuma akhirat lebih baik' dan lebih kekal'. Justeru Islam tidak sesekali melarang umatnya mencari yang baik. Nabi juga pernah menyebut bahawa Allah itu maha baik dan suka yang baik-baik. Cuma yang salah dalam hal harta ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah dalam ayat berikut :-



Ertinya : Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia, dan meninggalkan (kehidupan) akhirat ( Al-Qiyamah : 20 & 21 ) Iaitu, mencari dunia sehingga melupakan akhirat. "apakah maksud melupakan akhirat" ?? Tanya seorang peserta kursus kewangan kepada saya.



"iaitulah mengenepikan, tidak endah serta malas mencari ilmu tentang halal haram dalam perolehan dan perbelanjaan hartanya. Orang sebegini tidak endah samada ia riba, rasuah, pecah amanah, curi dan lain-lain, yang penting baginya adalah poket semakin penuh"

"termasuklah juga, mengabaikan kewajiban Islam kerana terlalu mabuk dalam mencari harta, seperti tidak solat, tidak berzakat, abaikan tanggungjawab kepada rumahtangga dan lain-lain" terang saya.


Tiba-tiba seorang rakannya pula bersuara : "Jadi apa kaitannya dengan zuhud ustaz?"

Ini bermakna zuhud itu adalah mencari dan membelanjakan harta tanpa melupakan hukum dan keredhaan Allah SWT.Pandangan Allah akan sentiasa menjadi priority' dalam pengurusan dan pendapatan hartanya. Ia juga akan memastikan zakat dan sedeqah dikeluarkan. Itulah zuhud namanya dan bukannya menjadikan diri miskin dan menjauhi dunia.


"walaupun keretanya besar, rumahnya indah, jamnya berjemana" tambah saya lagi.

"Boleh ke ustaz gunakan benda-benda begitu ustaz" Tanya pemuda pertama tadi lagi.

Sudah tentu boleh,iaitu jika sudah ditunaikan seluruh kewajiban dalam perolehan harta itu dan hatinya sentiasa dijaga agar tidak bangga dan sombong dengan kejayaannya. Buktinya adalah dari sabda Nabi SAW :-


Ertinya : "Aku datang bertemu Nabi SAW dengan berbaju yang kurang elok lalu

Nabi SAW bertanya : "Adakah engkau mempunyai harta ?"

Aku menjawab : " Ya"

Baginda bertanya lagi : "Dari mana dan apa jenis hartamu itu?"

Aku menjawab : "Allah telah memberiku harta dari ternakan unta, kambing dan kuda"

Nabi terus membalas dengan katanya : "Jika seseorang kamu telah diberikan harta (yang halal) maka hendaklah atau haruslah ditunjukkan kesan-kesan nikmat dan kemuliaan Allah (yang diberikan) kepadanya" ( Riwayat Abu daud, no 4063, 4/51, tirimidzi, no 2006, 4/364 ; Tirmidizi & Albani : hasan sohih



Imam Ibn Hajar berkata maksud hadis ini menyebut hendaklah seseorang itu memakai pakaian bersih yang layak dengan kedudukannya agar jika terdapat orang yang ingin meminta bantuan, maka boleh dikenali siapa yang boleh memberikannya. Pada masa yang sama mestilah ia menjaga niatnya dan menjauhi pembaziran. Demikian juga yang disebutkan di dalam kitab Tuhfatul Ahwazi (Rujuk Fath Al-Bari, 10/260 ; Tuhfatul Ahwazi, 6/122)



Tafsiran zuhud yang saya berikan adalah bersandarkan firman Allah yang tidak menegah kita menjadi kaya dan berharta, tetapi yang dikehendaki adalah sentiasa peka dan berjaga dengan tipu daya harta agar tidak lalai dari halal haram dan keredhaaan Allah.

Firman Allah :-

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.(Al-Munafiqun:9)

Islam tidak melarang sama sekali kita untuk menjadi kaya dan menggunakan peralatan, kemudahan dan pakaian yang layak dengan pendapatan kita. Malah ia amat digalakkan untuk menjadi kaya dengan cara yang halal, kerana dengan itu zakat dapat dikeluarkan bagi membantu umat Islam yang tidak berkemampuan. Harta hanya akan menjadi tercela bila ia membawa kepada kelalaian dan pengabaian yang wajib di sisi Allah : Inilah yang disebutkan oleh salah seorang ulama tabien yang terhebat iaitu Said Ibn Jubair iaitu :-


Ertinya : Harta yang menipu adalah apa-apa yang melalaikanmu dari mencari akhirat, dan apa sahaja yang tidak melalaikanmu dari akhirat bukanlah dari jenis harta atau kerja yang melalaikan tetapi ia dianggap harta yang boleh menyampaikan kamu kepada apa yang lebih baik (akhirat)" ( Jami' al-Ulum wal Hikam, hlm 360)


Takrif Zuhud di sisi Ulama


Para ulama silam juga pernah membetulkan salah faham tentang pengertian zuhud ini. Lihatlah pengertian zuhud yang disebut oleh mereka :-

Imam Ibn Juzai berkata :-


Ertinya : Bukanlah zuhud itu dengan meninggalkan ( pendapatan dan harta) yang halal, bukan juga membuang harta,kemungkinan seorang yang kaya itu bersifat zuhud apabila hatinya kosong dari dunia (tidak mengharapkan sesuatu dari dunia dan kekayaannya untuk dunia), dan berkemungkinan orang faqir itu adalah orang yang bersifat duniawi apabila hatinya amat berkehendakan dunia, tatkala itu hatinya segar dengan ikatan kepada dunia ( Al-Qawanin Al-Fiqhiyyah,hlm 471 )

Imam Sufyan binUyainah ditanya berkenaan zuhud lalu beliau menjawabnya :-

Ertinya : Sekiranya sesuatu harta itu hilang atau kurang sesorang itu tidak terlalu bersedih dan tatkala ia bertambah ia tidak pula gembira, dan ia tidaklah merasa bencikan mati kerana tidak mahu berpisah dengan hartanya " ( Jami' Al-ulum wal Hikam, hlm 256 )



Imam Al-Qarafi pula berkata :-

Ertinya : Bukanlah zuhud itu tidak mempunyai sesuatu di dalam tangan, tetapi ia adalah tidak bergembiranya hati dengan dunia ( perolehan dunia) walaupun ia jatuh ke dalam miliknya" ( Az-Zakhirah, Al-Qarafi )


Kesimpulannya

Diharuskan mencari harta sebanyak-banyaknya dengan syarat ia tidak melalaikan dari akhirat. Melalaikan akhirat adalah dengan tidak mengendahkan hukum Islam dan mengambil ringan tentangnya. Fokus utama mereka hanyalah memperolehi keuntungan dan menebalkan poket sahaja. Halal haram diletakkan sebagai hal kedua. Justeru, fahamilah konsep sebenar dalam pencarian harta, fahamilah pandangan Islam dalam semua instrumen mendapatkan harta, tidak dinafikan terlalu banyak cara dan instrumen baru serta canggih diperkenalkan tapi awas, tidak semuanya membawa kebahagiaan di akhirat kelak. Bersifat zuhud bukanlah bermaksud membiarkan diri miskin, tidak berusaha, berpakaian dan berkenderaan lusuh dalam keadaan berharta dan mampu. Justeru, amat diharapkan umat Islam tidak menjadikan zuhud sebagai alasan ketidakmajuan mereka dan tidak pula tersilap memahami konsep harta dalam Islam hanya kerana tidak faham erti sebenar zuhud.


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

19 Ogos 2007

Saturday, May 2, 2009

Kisah aku di Banglo Mewah

Pada suatu petang yang hening,ku bersama leader ku mengunjungi sebuah rumah mewah berdekatan dengan Universitiku.Huh...masuk pun kena pakai ic.Kawasan ini mempunyai populasi bangsa melayu yang boleh dikira dengan jari je.Sememangnya aku terasa kagum akan bentuk-bentuk rumah mewah yang beraneka designnya tapi ku merasa satu keganjilan disini.Ku merasakan kawasan perumahan ini terlalu sunyi walaupun hampir semua rumah ini berpenduduk,susah untuk ku mencari atau mendengar keriuhan kanak-kanak bermain yang mana kalau di kawasan perumahan ku dan di kampung ku,kalau budak-budak x hinggaq(bising) memang x sah..

Leader ku terus membawaku kesebuah rumah mewah,kerna ada meeting pasal bisnes.Dia mengajak ku.Aku x menolak kerana x rugi untuk ku menimba sedikit ilmu disamping memperhatikan cara hidup masyarakat.Sememangnya ku nampak ganjil diantara mereka,kerna penampilanku yang sedikit x megikut trend mereka..ahh persetan itu semua...aku x perlu nak mengikut trend mereka,tetapi aku just mahu ilmu yang boleh ku dapati disana..

Ku diperkenalkan dengan seorang perempuan yang umurnya kira-kira 39 thun,bertudung macam ibu arini dan bertshirt lengan pendek.Kemudian diperkenalkan dengan suaminya yang baru ku tahu,seorang Agensi Manager...(kira pangkat tertinggi juga) dalam sebuah bank yang agak terkemuka..

Pasangan suami isteri ini memang ramah dan gandingan yang ideal kerana kedua-duanya memang expert dalam sistem pelaburan,kira berita bisnes atau bursa saham kat tv yang selalu kita tukar channel lain bila ditayangkan,hah..bagi mereka berita itu yang mereka nantikan berbanding isu-isu semasa yang lain.

Banglo yang mereka duduki ini dan juga kemewahan yang ada ini hasil 100% dari institusi keewangan R.huh..memang mengagumkan dan mengiurkan jika iman tiada di hati yang fungsinya untuk diri sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..Dan ditunjukkan kepada ku income mereka tiap-tiap bulan..lebih rm100k..Ya Allah,engkau sedang mengujiku…

Mereka banyak menceritakan tentang keuntungan pelaburan,tadi naik sesen,malam karang naik 2 sen,kemudian esok plak..Kemudian diceritakan tentang client mereka membuat pelaburan sehingga 1 million,untung Rm100k,then ada yang untung banyak dan ada yang untung sedikit..aku sekadar mendengar dan buat-buat faham...ilmu-ilmu(ujar ku dalam hati)...maybe ini just satu view pada ku tentang keewangan dan pelaburan disamping macam mana manusia menghandlenya sama ada guna akal,nafsu atau iman..

Sebelum ini,leader ku menawarkan ku satu lesen yang mana bila ada lesen itu,kita dah layak untuk menjual unit-unit saham dan bisa membawa pulangan yang agak lumayan.. Tapi aku kata lah padanya,aku just nak ambil ilmu,itu sudah cukup untukku mendapat 'intro' tentang dunia keewangan malaysia dan dunia.Maybe aku akan mempertimbangkan tawaran itu...rezeki itu Allah dah tetapkan,cuma Dia nak tengok usaha kita..
Aku terus mendapatkan nasihat dari seorang perancang keewangan yang ku kenal ketika shopping di pustaka Indon di Kuala Lumpur,beliau menasihatiku agar aku menangguhkan dulu tawaran tersebut..aku menerimanya nasihat beliau kerna ku tahu,beliau lebih banyak makan garam tentang dunia pelaburan ini..

Berbalik di rumah mewah yang harganya setengah million itu,aku just mendengar apa yang mereka bincangkan,sampai satu masa ku rasa kepala ku tepu,lalu ku minta untuk keluar sambil ambil angin jap.Diluar rumahnya,ku melihat matahari yang akan terbenam...serta merta ku ucapkan syukur kerna Allah masih lagi beri nikmat iman,hidayah dan kekuatan untuk ku menghadapi dunia dan masyarakat yang kini menderita membuang masa..Ku buka buku yang bertajuk "Bisnes adalah satu Cabang Jihad',ku baca dan ku hayati setiap katanya...

Ku tersentuh dengan satu perenggan ayat dalam buku ini,ia menyatakan kita harus mempunyai kesanggupan yang tinggi untuk menambahkan pengetahuan disamping banyak pengalaman yang perlu ditimba.Dalam peringkat awal,jauhilah sikap negatif terhadap ilmu pengetahuan.

Pada masa yang sama,aku memandang kembali akan matahari di ufuk barat,kemudian ku memandang disekelilingku ,dan ku mengingat kembali bagaimana aku boleh berkenalan dengan leaderku sehingga sekarang,Oh...manusia telah menjadikan duit sebagai berhalanya...tanpa menghiraukan halal maupun haram..teringat ku pada waktu pagi tadi,kepala ku runsing tentang apa yang perlu ku pilih samaada menerima tawaran ini atau tidak,selama ini aku memperjuangkan sistem keewangan Islam tapi tawaran dihadapan ku ini adalah lebih kepada keuntungan semata-mata,halal atau haram,riba atau tidak,judi atau bukan..Kalu nafsu di utamakan,tawaran ini x kan dilepaskan...semua nya bermain dikepala ku pagi tadi...sejak malam tadi sehingga pagi ,aku x puas meminta petunjuk dari Allah ...Roomate ku pelik melihatku senyap dari semalam...maaf ya ,aku tengah runsing...kemudian ku baca Alquran dan tadabbur hampir semua ayat,kerna ku mencari akan petunjuknya....akhirnya ku menjumpai satu ayat...yang aku lupa akan surahnya kerana terlalu terharu lalu menyebabkan Alquranku tertutup secara x sengaja.Dari ayat itu,aku faham yang Allah nak beritahu kita jangan mempermainkan hukum-hukum yang telah ditetapkan-Nya,jika tidak akan diazab dengan keras.Lantas ku sematkan jiwa,aku akan menolak tawaran emas itu..Ini adalah jihadku atas perkara riba , judi dalam bisnes,dan system keewangan yang bukan syariah..walaupun kekayaan segunung emas yang datang..

Tiba-tiba,leader ku datang dan memecahkan lamunan ku,

“pedagang,macam mana nak terima x tawaran akak ni?’’ujarnya lembut…

“maaf kak,saya rasa saya x dapat terima tawaran ini,lagipun saya dah pilih institusi keewangan Islam Z..saya takut saya x boleh focus,nanti x capai target institusi keewangan R,akak pulak yang susah.Saya rasa akak pilih la orang lain,saya x layak kak..….”ujar ku berkias…

“Pedagang,tawaran ini senang je..mula-mula dapatkan lessen,kemudian kita sama-sama berusaha capai target,lagipun bukan banyak,RM50k-RM100 k je sebulan…nanti pedagang akan dapat banyak komisen”katanya bersungguh-sungguh.

“Begini la kak,target ini perlu dicapai setiap bulan selama 1 thun setengah,sedangkan saya nak komitment dengan industry ini just 2 bulan ini,bila dah masuk sem nanti,saya ada komitment lain kak,lagipun saya dah final year student,saya perlu buat final project saya kak…harap kak fahami saya…”ujar ku sambil merenung matanya…ku tahu dia akan kecewa..maafkan saya kak..

“Kalau macam itu,terpulang lah,akak just bagi peluang pada pedagang,tapi you memang rugi kalau x ambil peluang ini,akak kalau dah umur macam pedagang,dah lama akak ambil..akak dah terlambat…”

Aku dan leader ku menuju ke bangle mewah,kulihat,leader berjantina lelaki sedang berjemaah untuk solat maghrib..aku dibawa ke first floor untuk solat…Ku masuk dalam bilik air,lalu ku pandang ke cermin,tidak semena-mena ku menangis,memikirkan apa yang terjadi…Kali ini aku menang dalam memperjuangkan system keewangan islam,tapi akan datang?..Ya Allah bukalah hati mereka ini untuk sentiasa memperjuangkan islam tidak kira dari segi dakwah manusia maupun ekonomi dan keewangan nya..Moga mereka terus meletakkan hukum yang Engkau tetapkan di hadapan bukan harta atau wang ringgit..Ya Allah ,jadikan hamba mu ini sentiasa meletakkan DiriMu pada tingkat yang pertama.Sesungguhnya Jihadku bukan sekadar kemungkaran dan kemaksiatan tapi jua harta dan wang euro.Dan aku hanya merancang tetapi Engkau yang menentukan..Engkau lindungi lah ku ,Ya Allah..

Selesai ku solat maghrib,salah seorang anak perempuannya datang pada ku,”kak,nak ambil sejadah”

Aku mengangguk lalu ku berikan kepadanya…dia terus masuk bilik dan menutup pintu biliknya…ingin ku bersembang dengannya ,tapi kerana sakit tekak ku yang makin parah,yang mana suara ku dh jadi serak dan dalam..aku mematahkan niat ku..Selesai membaca Al-Quran,ku terus keruang tamu…

Meeting terus berjalan,aku masuk jugak dalam meeting itu,ku sematkan dalam hatiku,aku just untuk dapatkan ilmu…itu je..Masa terus berlalu…meeting tamat dalam pkui 9.45mlm,aku terus ke ruang tamu,dan duduk bersama leader-leader disitu..rupa-rupanya perjuangan ku masih belum selesai,ku diasak dengan kelimpahan nikmat komisen yang mungkin akan meliurkan bagi sesiapa yang mendengar,di Tanya kenapa aku menolak tawaran emas….Akhirnya aku beritahu,mereka,pendirianku…sekali lagi..mereka terdiam..dan kemudian membedakan antara institusi keewangan islam Z dan institusi Keewangan R..ahh..masuk telinga kanan,keluar telinga kiri…Aku percaya dengan pendirian ku ini…walaupun Institusi keewangan islam Z masih baru tapi ia adalah satu alternative untuk orang Islam..dan aku mahu memperjuangkan nya…

Mungkin dengan kesihatan ku yang x mengizinkan,dan juga aku dah mula bosan dengan word index,bursa,unit saham yang selalu sangat disebut…x da pun atleast one ayat yang boleh menyebabkan kita ingat akan Tuhan atau kesyukuran…Oh..duit yang mencontrol kita,bukan kita yang mengkontrol nya..

Aku teringat satu kata ke,hadis ke,aku kurang pasti ,tapi ini lah ayatnya

“Jadikan dunia ini ditangan kita,yang mana kita bisa ambil atau buang(control),Jangan jadikan dunia itu hati kita yang mana boleh mengendali kita mengikutnya”

Ku lihat anak pasangan ideal ini,leader dan ayahnya tengah solat ,sedangkan anak lelaki nya masih duk layan internet..Maknya tegur untuk solat,lalu anak lelaki mengia dan masuk bilik.Masa aku nak masuk bilik air di bilik anak permpuannya,kedua-dua anak perempuan nya masih juga melayari internet…dengan pakaian mereka,Ya Allah,..aku hanya beristiqfar,lalu ku minta kebenaran untuk menggunakan bilik air untuk ambil wudhu walaupun aku dah mintak kebenaran mak mereka.Sememangnya harta tidak menjamin kebahagian dan juga keharmonian sebuah keluarga yang mana sebuah keluarga yang terbaik adalah anggotanya yang sentiasa saling memperingat Allah dan ,mengikut perintah dan meninggal larangannya…Aku bukan nak memburukkan keluarga ini,sebab itu aku x menyiarkan siapa,tempat dan juga pekerjaannya.Just untuk diambil pengajaran..Sesungguhnya Keluarga Tarbiyah yang kudambakan…moga terbuka hati mereka untuk kembali ke fitrah asal kita.Dan aku,moga terus istiqomah…

Bila pasangan ini memanggil anak mereka membantu mereka,anak mereka x membalasnya..mungkin x dengar kot(ujar aku dalam hati)…lalu pasangan ini beritahu..ini mungkin mereka terlalu khusyuk dengan internet..Oh media..media..kalau disalah guna,maka ia akan memudaratkan..

Kepada diri ini dan yang lain,suka untuk ku ingatkan bahawa,rezeki kita Allah sudah tetapkan,seperti mana catatan kita di sana dh tertulis,pena dah pun diangkat,dakwat dah pun kering..Allah hanya melihat usaha kita je sama ada memilih jalan yang halal atau haram,baik atau buruk...sebab hasilnya Dia sendiri dah tetapkan…Letakkan kepercayaan kita iaitu rukun iman yang pertama (percaya pada Allah) di tingkat atas sekali dalam hati kita..percayalah akan ketetapannya…kita hanya merancang,tapi dia yang menentukan..

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman,dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah,mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah.Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang”

Surah Al Baqarah:218

P/s:kisah ini just untuk diambil pengajaran dan juga meluaskan skop kita akan kondisi dan cara hidup masyarakat diluar sana.Sebarang maklum balas boleh la post disini..penulis hanya manusia biasa yang selalu membuat kesilapan..tanpa tarbiyah mungkin penulis bisa jadi lebih “dasyat’ lagi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...