Thursday, November 19, 2009

Pengurusan Kewangan Islam



PENGURUSAN dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan. Kegagalan mengurus dan merancang sebenarnya seseorang itu mengurus dan merancang untuk kegagalan. Kegagalan merancang harta atau kewangan dengan bijak dikenal pasti antara punca mudahnya seseorang itu terperangkap dengan pelbagai masalah dalam kehidupan.



Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya akan memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.



Islam sebagai agama yang sempurna mengajar umatnya agar sentiasa mempunyai perancangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan mereka. Hal ini dapat dilihat menerusi al Quran dan sunnah.

Antaranya firman Allah dalam surah Yusuf ayat 67.

"dan dia (ya'kub) berkata ,"wahai anak-anakku!Janganlah kamu masuk dari satu pintu gerbang,dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berbeza;namun demikian aku tidak dapat mempertahankan kamu sedikit pun dari (takdir) Allah.Keputusan itu hanyalah bagi Allah.Kepada-Nya aku bertawakal dan kepadanyan pula bertawakallah orang-orang yang bertawakal."

Pengajaran daripada ayat di atas antara lain ia menyentuh tentang persoalan perancangan di mana Allah menjelaskan bahawa dalam menguruskan kehidupan jangan bergantung kepada satu pendekatan semata-mata tetapi perlulah mempelbagaikan pendekatan dan strategi. Dan setelah segala persiapan dan perancangan dilakukan maka hendaklah bertawakal kepada Allah.

"Dia (Yusuf) berkata: Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit yang kamu makan. Kemudiansetelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (butir gandum) yang kamu simpan."



Ayat 47-48 di dalam surah yang sama Allah menegaskan pentingnya perancangan sebelum menghadapi atau melakukan sesuatu malah perlu bijak dalam menguruskan kehidupan agar tidak susah di kemudian hari.

"Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orangnya sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah dibelakang mereka yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) nya.Oleh sebab itu ,hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah ,dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar"



Di dalam ayat 9, surah al-Nisa' juga Allah tegaskan perkara yang sama bahawa perlunya mempunyai perancangan untuk masa depan keluarga dan hendaklah bijaksana dalam menguruskan harta/kewangan. Sebagaimana dalam surah al Hasyr ayat 18.

"Wahai orang-orang beriman!bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya hari esok(akhirat)dan bertaqwalah pada Allah.Sungguh Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."



Ayat ini cukup jelas menyentuh tentang kepentingan perancangan dalam kehidupan, kerana masa depan bergantung kepada perancangan kita hari ini selain daripada ketentuan Allah.



Harta dalam Islam



Dalam Islam mengurus dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah. Ia adalah satu keperluan yang bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan di akhirat menerusi hartanya.



Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam. Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana.



Dari kaca mata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa. Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalm surah al-Munafiqun ayat 9.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Di samping mengajar manusia agar mempunyai perspektif yang jelas terhadap harta, Islam juga mengajar manusia agar mempunyai pandangan yang betul terhadap kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kehidupan mereka bermatlamat dan arah tuju yang jelas.



Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni. Ini dijelaskan dalam surah Hud ayat 61.

"Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Salih. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan- bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".



Islam juga menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat".



Di dalam ajaran Islam, dunia adalah tempat sementara yang hanya sebagai jambatan untuk ke akhirat, dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat untuk menuainya. Walaupun dunia bersifat sementara, Islam dengan pelbagai kaedah dan pendekatan mengajar umat manusia supaya mempunyai status sosial dan ekonomi yang baik.

Oleh itu, Islam memerintahkan supaya harta dan kehidupan diuruskan dengan baik dan bijaksana. Jika sebaliknya ia akan menjadi faktor keruntuhan manusia dan kemurkaan Allah seperti dalam surah Saba' ayat 15 - 16 dan surah al-Nisaa' ayat 10 dan 161.



Konsep pengurusan harta



Secara umumnya ada lima aspek atau elemen utama pengurusan harta secara Islam. Pertama, Penghasilan Harta (Wealth Creation). Sebagai seorang Muslim yang sejati, Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan tidak hanya pasrah pada qada' dan qadar seperti di dalam surah al-Juma'ah ayat 10.



Kedua, Pengumpulan Harta (Wealth Accumulation) atau dengan erti yang lain bermaksud pengembangan harta. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Pengembangan harta boleh dilakukan melalui simpanan dan pelaburan di institusi kewangan.



Malah Islam menggalakkan umatnya untuk membuat simpanan serta melaburkannya sebagaimana dalam surah Yussuf ayat 47-48.



Ketiga, Perlindungan Harta (Wealth Protection). Setiap manusia harus mempunyai matlamat dalam kehidupan dan pasti salah satu daripadanya ialah untuk dapat kehidupan yang selesa dan terjamin dari segi kewangan sepanjang hidup. Sebagai jaminan hidup di dunia ini selain mempunyai simpanan dan harta yang mencukupi, diri kita dan harta kita juga harus dijaga daripada sebarang musibah dan perkara-perkara yang tidak diingini.



Keempat, Pengagihan Harta (Wealth Distribution). Islam memperuntukan beberapa cara atau kaedah untuk pengagihan harta sebelum atau selepas mati. Antara instrumen perancangan harta adalah wakaf, wasiat, hibah dan sebagainya.



Kelima, Penyucian Harta (Wealth Cleansing). Sebagai seorang Muslim kita tidak sewenang-wenang membelanjakan atau mempergunakan mengikut kehendak dan hawa nafsu. Ini kerana setiap harta ada hak-hak yang tertentu untuk dibahagikan seperti berzakat dan amal jariah kita seperti sedekah. Ini terbukti dalam surah al-Baqarah ayat 195.

"Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah ,dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) kedalam kebinasaan dengan tangan sendiri,dan berbuat baiklah .Sungguh Allah menyukai orang-orang berbuat baik"

Pengurusan kewangan Islam



Pengurusan kewangan yang bijak itu adalah yang dapat mengimbangi perbelanjaan dan pengurusan hutang, pelaburan yang mengikut syariah dan pendapatan yang mendapat keberkatan. Perlu diingatkan bahawa merancang dan mengurus ini merupakan sunnah.



Dari sudut semasa, industri perancangan kewangan telah lama wujud di Malaysia tetapi bukan dalam bentuk satu disiplin profesional seperti yang ada sekarang. Diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) sejak tahun 2004 apabila SC menjadikan perancangan kewangan sebagai satu aktiviti yang memerlukan lesen.



Perancangan kewangan adalah satu aktiviti yang dikawalselia oleh undang-undang. Individu yang ingin menjadi "Perancang Kewangan Bertauliah" perlu mendapat lesen daripada SC (Jadual 2, Capital Markets and Services Act 2007).



Secara lebih mendalam, perancangan kewangan itu merujuk kepada 'Perancang Kewangan' sebagai "seseorang yang membuat analisis kedudukan kewangan individu lain dan mencadangkan perancangan pelan kewangan agar individu berkenaan mencapai matlamat dan objektif kewangannya." (Suruhanjaya Sekuriti).



Secara ringkas, perancangan kewangan Islam itu ialah "satu proses di mana matlamat kewangan keseluruhan individu digunakan untuk membangun dan melaksanakan pelan yang holistik untuk mencapai matlamatnya yang mematuhi syariah dan akhirnya mendapat keberkatan daripada Allah" (Mahadzir Ahmad, majalah VISI, Bilangan 95)



Perancangan kewangan yang didasarkan kepada Islam matlamat akhirnya menjadikan aspek kewangan sebagai satu wasilah mencapai hasanah di dunia dan di akhirat. Justeru, untuk memastikan matlamat ini dapat dicapai maka pelan perancangan perlu mengambil kira perbelanjaan untuk kemaslahatan sendiri seperti keperluan jasmani dan rohani, perbelanjaan untuk kemaslahatan orang lain seperti nafkah, sedekah dan juga perbelanjaan untuk kemaslahatan umum seperti membina masjid, hospital dan sebagainya.



Secara yang lebih sistematik perancangan kewangan dari perspektif Islam perlu mengambil kira komponen-komponen berikut; pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan takaful, perancangan pelaburan Islam, perancangan zakat dan cukai , perancangan persaraan dan perancangan harta pusaka dan wakaf.



Secara umumnya, ada dua aspek utama yang dititikberatkan oleh Islam dalam hal-hal yang bersangkutan dengan pengurusan harta, iaitu bagaimana harta itu diperoleh. Ia mestilah menerusi kaedah pemilikan yang sah dan jual beli, pelaburan secara Islam, hadiah dan sebagainya.



Aspek kedua adalah bagaimana harta itu dibelanjakan, sama ada untuk kebaikan ataupun untuk perkara-perkara yang dilarang Allah. Perkara ini dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kedua-dua kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya pada apa ia dihabiskan, tentang usia mudanya pada apa digunakan dan tentang hartanya dari mana ia diperoleh dan bagaimana ia dibelanjakan dan tentang ilmunya pada apa ia diamalkan?"



Oleh itu, aspek utama yang perlu diambil kira di dalam perancangan kewangan Islam adalah memperoleh keberkatan. Harta yang melimpah ruah tidak membawa apa-apa erti jika tidak ada padanya keberkatan, malah harta boleh menjadi fitnah, boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak cukup sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.



Keberkatan

Sebaliknya, harta yang berkat walaupun sedikit akan membawa ketenangan dan memberikan kesan yang baik dalam segenap kehidupan.



Keberkatan bermaksud mendapat restu, keredaan atau rahmat dari Allah SWT. Bagi mendapat keberkatan dan rahmat tersebut, sewajarnya kita mematuhi serta mentaati setiap perintah Allah.



Namun keberkatan boleh hilang jika melakukan perkara yang menyalahi apa yang digariskan oleh Allah SWT seperti terlibat dengan riba dan melakukan dosa serta mengabaikan solat.



Kesimpulannya, untuk menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia kita perlulah mempunyai perancangan kewangan yang sempurna.

Utusan Malaysia--11 nov 2009

Tuesday, November 3, 2009

Keperluan vs tujuan




Bismillah
Kali ni aku nak berkongsi ilmu tentang rahsia ikhlas dalam bekerja,karangan Pahrol Mohamad Juoi dalam Solusi isu ke 11 dan aku terjemah point yang aku faham in my way .Bagi yang x sempat beli atau x sempat nak belek majalah tue tapi ada plak masa nak belek blog aku ni…heheheh..terima kasih aku ucapkan…

Straight to point

Ikhlas dalam berkerja maksudnya bila buat kerja tue..hati bersih dari bertuhankan yang lain..iaitu hanya bertuhankan Allah semata-mata.Apa yang diharapkan hanyalah keredhaan –Nya semata-mata.


Habis kalu mcm itu ..boleh ke orang yang ikhlas menuntut gaji dari kerjanya… pekerja yang mogok kat jalan tue coz pasal gaji..maka diorang tue x ikhlas la ek…


Pergh..soalan mencabar gak untuk dijawab..tapi sebab aku rujuk buku..maka buku ni yang jawab..eeh..encik Pahrol yang jawabla..hahaha


Soklan ni kena back to base yang mana dua persoalan yang timbul…iaitu tujuan hidup dan keperluan hidup.

Keperluan seperti yang kita tahu..rumah ,pakaian,makanan,…

Tujuan hidup plak dalam konteks islam,ialah beribadah (menjadi hamba kepada Allah).Ibadah ada 3 iaitu ibadah asas,ibadah sunat dan ibadah umum..

Islam tidak mengajarkan kita memburu keperluan hidup sambil meminggirkan tujuan hidup,tapi seperti mana yang kita selalu tengok masyarakat kita skrang termasuk kau dan aku, yang berbuat demikian..memang kita x dapat lari dari buat kesilapan,tapi selagi kita masih bernafas,kita masih berpeluang reprogram kehidupan kita ni ikut landasan sebenar..

Kata encik Pahrol,tujuan hidup dan keperluan hidup ini diibaratkan seperti galah dan buah.Galah tue penting untuk kait buah,tapi buah lebih penting kerana yang kita nak makan ialah buah bukan galah.

“Senang” itu penting,tetapi “tenang’ jauh lebih penting.Apa gunanya kita ni hidup mewah ,leh beli rumah berhantu eh…rumah besar ,kereta BMW ,leh melancong ke Paris –London,Bangkok tapi hati x tenang…pernah x satu ketika Korang tengah makan ayam gorang KFC,atau chicken chop atau makanan mahal kat hotel,tapi hati rasa x tenang..mcm ada yang x kena..larrrr rupanya lupa baca bismillah…tudia…dasyat btui….hehehe

Contoh lain..kita ada rumah,rumah tue dah perfect ..ruang tamu ,bilik tidur,dapur semuanya besar dan lengkap dgn aksesorinya ,siap dgn air terjun lagi…tapi kita rasa x tenang..sebab apa..rupa-rupanya rumah tue tidak dibina dgn kasih saying,kemesraan,dan persefahaman.Rumah tue dibina atas keperluan hidup bukan tujuan hidup.

Mcm tue juga dengan berkerja,berkerja lah atas dasar ibadah (tujuan hidup) bukan mendapat gaji sahaja (keperluan hidup)

So mcm mana nak berkerja atas dasar beribadah?

Ada 3 kondisi iaitu sebelum,semasa dan selepas

Sebelum
-niat melakukan yang baik
-pastikan perkara @ aktiviti yang dilakukan itu sah disisi syariat

Semasa
-Laksana dengan betui(bukan ikut suka hati ja)
-dilakukan dengan optimum (buat dgn sehabis baik)
-tidak meninggalkan ibadah asas.(contohnya solat yang selalu jadi mangsa..betui x pedagang-pedagang?hehehe)

Selepas
-Natijah/penghabisan yang baik


Ok,saya dah faham..yang kerja itu ibadah dan saya perlu ikhlas melakukannya…habis saya kena ‘tunggu’ la ikhlas itu datang baru la saya leh berkerja then seterusnya menjadikan kerja itu ibadah..betuikan pedagang…hehehe

Amboi-amboi….baguih tui hang cari alasan ek..ikhlas itu x perlu ditunggu cik oii..ia perlu dibina..mcm kawan-kawan aku kata,keikhlasan memerlukan keterpaksaan..


Eh pedagang…kena paksa plak..awat berbelit-belit mcm ulaq sawa nih…x faham aku..

Hang nak dengaq satu cerita x?


Nak..nak…besh nyer cerita..

Kisahnya bermula di suatu tempat…

“Mari ku ajarkan kamu tentang ikhlas,”kata seorang guru kepada muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”

“X payah,bawa karung guni ja.”

“Karung guni?”soal anak muridnya seperti tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan berbatu-batu .

“Kutip batu-batu besar dan masukkan kedalam guni yang kau bawa itu,”kata gurunya itu member arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu –batu besar i yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum,isi sampai penuh karung guni itu.”

Sampai di pasar,mereka keduanya tidak membeli apa-apa.Berlegar-legar,melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

“Tuan guru,kita tidak membeli apa-apa?”

“Tidak.Bukankah karung gunimu telah penuh?”

“ya,ya..”kata si murid,agak kelelahan.

“Banyak beli barang,”tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan berat itu.

“wah ,tentu mereka berdua ini orang kaya!Banyak betui barang yang mereka beli,”kata seseorang.

“Agaknya,mereka nak buat kenduri kot,”kata yang lain plak.

Sebaik sampai dirumah,si murid tadi pun meletakkan guni yang berisi batu .”Oh letihnya..apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni tuan guru?”

“buat bodoh…eh ! x payah buat apa2,hehehe”

“Eh,letih la ini mcm…”

“letih,memang letih,tapi kamu dah belajar tentang ikhlas.”

“ikhlas?x da teori pun..”Tanya si murid kehairanan.

“Ya,kita blajar practical terus,tadi kamu dah belajar apa akibat tidak ikhlas dalam beramal.”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya.Batu-batu itu umpama amalan yang riyak.Tidak ikhlas.Orang yang memujinya seperti orang –orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.Tapi kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tapi batu.”

“Amal yang x ikhlas umpama batu ini?”

“ya,hanya berat sahaja yang ditanggung.Dipuji orang,tetapi tidak ada nilai disisi Allah.Yang kamu dapat hanya penat.

“Ya,akhirnya saya faham apa akibat jika beramal tapi x ikhlas,tok guru”

THE END

Owhhh…tapi apa kena mengena dengan keikhlasan perlukan keterpaksaan…

Eh..budak nih..kan si murid tadi lalui kepayahan dan kelelahan mengangkat batu untuk mempelajari erti keikhlasan…

Hehehe..sowe…saje je tanya,nak uji pedagang ja...

Hahahahaha…aku tahu..


p/s:Sebenarnya banyak point yang aku nak tulih..tapi kalu aku tulih semua,nanti korang x beli plak majalah tue...Aku dalam sengkek pun aku paksa diri aku beli,inikan pula masa ada duit..ilmu punya pasal..duit sanggup ku korbankan...Oh ya solusi ke 12 aku x beli lagi..dengar kata pasal hidayah iaitu petunjuk jadi isu...hah..esok nak cari la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...