Friday, August 20, 2010

Surat Kepada Calon Suamiku [ila Mujahieedn fie kulli makan]




Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu.
Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

cinta syurga.....


"pedagang,mak rasa lelaki itu sesuai dengan kamu..abah kamu pun dh setuju..."

"...lagipun susah nak jumpa lelaki yang baik,soleh lagi bertanggungjawab mcm dia kat dunia ni.."

"keluarga dia pun dh setuju...mereka ingin datang melihat mu cuti semester ni"

"mak dan abah merestui hubungan ni,pedagang..terima la ye.."

inilah kata-kata beberapa bulan yang lepas...dan ku istiharah....dan inilah hasilnya..aku sudah dirisik orang...

pelbagai-bagai persoalan dimindaku...

betulkah ini jodohku..?

aku cuba mencari jawapan bagi persoalan ini dan kutemui...

Apabila datang laki-laki (untuk meminang) yang kamu ridhoi agamanya dan akhlaknya maka kawinkanlah dia, dan bila tidak kamu lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang meluas. (HR. Tirmidzi dan Ahmad)

adakah cara lamarannya mengikut syariat?

Dia menemui ibuku lalu menyatakan hasratnya...dan setelah beberapa ketika..dibawa ibu dan bapanya untuk merisikku....dan dia sangat menghormati pendirian ku untuk tidak 'berdating' ,bersms yang boleh mengoyahkan iman ku dan juga imannya..

Aku teringat kata-kata rakan-rakan usrahku akan adab bergaul dgn lelaki kerana wanita adalah fitnah bagi kaum adam...

setahuku,kalau diuniversiti,bila berhadapan dgn ikhwah atau lelaki,suara dikeraskan,(supaya tidak melalaikan kaum adam),cakap biar direct,pandangan mata amat dijaga..

tapi bagaimana dengan bakal suami?...

ku tahu..banyak perkara yang penting perlu dibincangkan tapi apa adab yang sebaiknya?
sesungguhnya aku takut berbuat maksiat ...takut membuat kaum adam lalai dengan panahan ku,dan bimbang dia mendapat dosa kerana ku...

perkara ini telah sedikit sebanyak mengusarkan hatiku...lya aku akui...ini kali pertama aku melalui detik ini dan aku akui aku agak 'buta' dgn cara pergaulan dgn sebaiknya ..aku tanya adikku,katanya dia suruh aku tengok cite syurga cinta..waduh..waduh..budak ni..

lalu ku bertanya pada seorang kakak angkat yang merupakan seorang ustazah yang amat aku segani...dan dia meyatakan,x salah kalau si bakal menelefon kita,asalkan perkara yang dibualkan menjurus kepada perkara penting sahaja..pabila berjumpa,bawalah bersama mahram kita..sebaik-baiknya ibubapa...

owh...(ish..ish..kenapa aku x terpk...sdgkan aku tahu sebenarnya..hehehe)

Mesti anda terfikir..kenapa aku bersikap mcm ni...mcm perempuan yang x reti bab cinta ...

ya aku akui...diri ini agak buta dalam bab-bab cinta dengan manusia berlainan jenis...kerana aku hanya pernah mengalami cinta kepada Allah,Rasul,ibubapa,rakan-rakan seagama dan islam...

Bagiku,cinta sesama manusia yang berlainan jenis hanya wujud pabila sudah diijabkabulkan ..dalam erti kata..cinta selepas nikah..

Sebelum ini aku akui,aku pandai berkata-kata dalam perbincangan tentang hubungan dengan manusia yang berlainan jenis...tapi sekadar teori...dan pabila aku mengalaminya sendiri..subhanallah...hanya iman sahaja yang boleh mengawalnya...jika tidak hawa nafsu yang ambil alih...

ku mula terfikir akan sebab berlakunya berleluasanya perhubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak ada batas...sebab utamanya tiada iman yang kukuh untuk mengawalnya..
ku mula mengingati bait-baik kata hadis..

"orang akan melakukan kejahatan atau maksiat apabila tiada iman dalam hatinya..:

subhanallah..maha suci Allah ..jadikanlah hati ini sentiasa dalam naunganmu...janganlah dibiarkan hati ini tandus akan imanMu...


Sekuntum bunga cinta
adalah kurnia ilahi
menjadi fitrah setiap insani
harum sesegar kasturi

Cinta itu indah
membelah sungai impian
tak terucap jernih bicara
terlekat di jala perkasihan

ku simpul ikatan cinta
ke dasar sanubari
menjadi semanis kenangan
menuju puncak abadi

ku tidak lupa
menilai erti cinta sesama manusia
Namun,cintaku yang utama
adalah buat Tuhan yang Esa

gapailah cinta-Nya
dan dengan izinNya
cintaku dapat diraih bersama...

kita hanya merancang..tapi biarlah Allah menentukan...Ajal,jodoh,dan rezeki ditangan tuhan...Sesungguhnya takdirku hanyalah didalam gengamanNya...namun ku ingin sekadar ingin meraih cinta syurga dihati manusia...jika tidak didunia...insyaallah di akhirat sana..amin...


p/s: Insyaallah...selepas raya ini aku akan ditunangkan...dan ku amat memerlukan doa kalian agar dapat ditetapkan akan imanku serta dapat disuburkan lagi cintaku pd Ilahi supaya dapat ku melalui cobaan syaitan yang cuba menyesatkan anak-anak adam ini...

Tuesday, August 10, 2010

Prince Charles -follow the islam way to save the world


'Follow the Islamic way to save the world,' Prince Charles urges environmentalists

By Rebecca English

Prince Charles yesterday urged the world to follow Islamic 'spiritual principles' in order to protect the environment.

In an hour-long speech, the heir to the throne argued that man's destruction of the world was contrary to the scriptures of all religions - but particularly those of Islam.

He said the current 'division' between man and nature had been caused not just by industrialisation, but also by our attitude to the environment - which goes against the grain of 'sacred traditions'.

Charles, who is a practising Christian and will become the head of the Church of England when he succeeds to the throne, spoke in depth about his own study of the Koran which, he said, tells its followers that there is 'no separation between man and nature' and says we must always live within our environment's limits.

The prince was speaking to an audience of scholars at the Oxford Centre for Islamic Studies - which attempts to encourage a better understanding of the culture and civilisation of the religion.

His speech, merging religion with his other favourite subject, the environment, marked the 25th anniversary of the organisation, of which he is patron.

He added: 'The inconvenient truth is that we share this planet with the rest of creation for a very good reason - and that is, we cannot exist on our own without the intricately balanced web of life around us.

'Islam has always taught this and to ignore that lesson is to default on our contract with creation.'


http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/06/ikut-cara-islam-putera-charles.html

look from inside...


Ku akui dunia kini makin lama makin banyak pancaroba dan cubaan dari pelbagai aspek.Aspek yang utamanya mengenai persoalan hati dan jiwa ini.Kerana ini memainkan peranan utama dalam menungkah arus kehidupan ini.

Ku mahu bertanya pada dirimu dan diriku...

apa yang kamu mahukan dalam hidup ini?


apa yang kamu cari sebenarnya...

perlukah jawapan ENTAH LA...KESERONOKAN ...HIDUP SERBA KEMEWAHAN...yang didambakan?

tidak...sahabatku...KETENANGAN JIWA DAN MINDA yang kita cari selama ini..

sekuat mana kerja kita mencari harta dan keseronokan...kadang2 terlintas difikiran ini mahu pergi bercuti di tempat-tempat peranginan untuk menenangkan fikiran...nah...MENENANGKAN FIKIRAN !..yang dicari..

Tapi bila pulang dr bercuti...kepala masih serabut,jiwa mula kacau dengan masalah...


Wahai sahabatku dan juga diriku...mahukah kamu mendapat ketenangan yang kekal sepanjang masa?yang mana...x perlulah nk menghabiskan duit beribu utk memenuhi keperluan jiwa dan minda ini...


ia hanyalah satu sahaja solusinya...

MENGINGATI ALLAH...


Jiwa dan mental ini perlukan ini sahaja ubat yang mujarab...tiada yang lain..sahabatku...ini je..

ingatilah Allah kala berdiri,duduk dan baring...


Yakinlah..dia lah sebenarnya ubat jiwa yang penuh dgn maksiat dan noda hitam...



Jika kita mendatangi Allah dengan merangkak..Dia akan datang kepadamu dgn Berjalan


Jika kita mendatang Allah dengan berjalan...Dia akan datang kepadamu dengan Berlari..

Allah maha pengasih dan maha penyayang terhadap kamu,wahai sahabatku JIWA dan AKAL
..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...