Saturday, September 25, 2010

Jangan berhenti...

salam

saya amat sayang dakwah...tarbiyah...akhwat ....

ia dh jadi darah daging ku...susah untuk ku hidup tanpanya...

ia lah mencorak dan menjadikan ku manusia yang baru

ia lah membentukku jadi hamba yang mengasihani Allah dan menyintai diriku..

tidak...aku tidak akan berhenti ...meneruskan acuan yang membentukku sekarang...

Datangla..apa pun ujian..diri ni masih beracuan..acuan tarbiyah dari akhwatku...dari dakwah..

Tiada hari tanpa dakwah...tiada hari tanpa tarbiyah...

Moga Allah sentiasa menetapku dalam jiwa 'acuan' ini dari 17 march 2007 hingga akhir hayat..amin

Friday, September 24, 2010

Dia Takdirmu Di Syurga


Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras.

Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu.

Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya.

Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.

Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan.

Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara.

Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi.

Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng.

Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-'at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

"Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah..." rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan.

Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa.

Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran.

Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain.

Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.

Sebelum Kahwin

Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik.

Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Allah Taala berfirman, bermaksud: "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.

Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)" an-Nur (24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..." an-Nisaa' (4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni.

Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.

Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.

Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga.

Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini.

Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.

Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu.

Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar.

Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?

Selepas Kahwin

Kehidupan adalah realiti yang memotretkan pelbagai palitan warna emosi, suka duka sebagai diari dibaca, dicermati pada hari muka, hal baik-baik sudah pasti diulang dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia.

Hati manusia ibarat sebuah sampan kecil yang dipaksa berlayar dalam lautan luas. Mahu atau tidak, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik sahaja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran.

Suri teladan para pelayar sudah ada di hadapan kalian, tinggal lagi kalian memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Pelayar terbaik, tidak lain dan bukan adalah baginda s.a.w.

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.

Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga.

Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh.

Ini bukan soal cinta atau suka.

Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan, Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga.

Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia.

Pohonlah kebaikan pada-Nya, serta terus menerus menjadi baik.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat.

Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda.

Dialah satu-satunya insan yang terbaik untuk diri kalian, bukan kedua, bukan ketiga.

Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing.

Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin.

Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.

Rumahtangga bahagia, bukan bahagia cukup material dan keperluan jasmani bahkan keperluan rohani.

Maka bercintalah kalian sepuas-puasnya, kerana kalian adalah halal bagi pasangan.

Setiap hembusan cinta kalian, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga nanti.

Bukankan ironi sangat aneh, bercinta sebelum kahwin lebih hebat berbanding bercinta selepas akad, jelas sekali kalian hipokrit.

Kenapa perlu mengembalikan cinta?

Saya merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia.

Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar.

Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu.

Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.

Selepas kahwin anda tetap sebagai nakhoda. Nakhoda kepada para kelasi di bawah tanggungan anda.

Baik buruk kesudahan perjalanan mereka berada di tangan kalian.

Prinsip dan paradigma utuh sahaja akan selamat mengemudi badai dunia.

Rujukan: Rezza Khanafiah

Dia Takdirmu Di Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, September 2, 2010

Monolog Gadis Berjilbab Merah episod 3

"Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya"

lancar sahaja rakan bilikku menyanyikan lagu kegemaranya...
aku meneliti bait-bait lirik lagu tue...emm...doa..ya doa itu penting untuk dapatkan pasangan yang baik..

Tiba-tiba fikiran ku merewang akan peristiwa petang tadi...
"kak..,apa itu cinta" tanya anak murid ku
terkejut aku dibuatnya..yela mana tidaknya..ketika ku sibuk memeriksa kertas ujiannya,tetiba dia bertanya soalan yang lain dari topik asal iaitu pelajaran matematik..

Puas aku menyelongkar memori di kepalaku...iku buka segala folder atau zip file yang ada istilah cinta didalam komputer dikepalaku...dan akhirnya..jumpa!

"adik,cinta itu perasaan kasih sayang yang lahir dari fitrah manusia...sejak kita mula dilahirkan ,kita sudahpun mengenal perasaan cinta ini..."

"sejak lahir? berkeriut dahinya

"Adik...apabila adik dilahirkan ,ibu adik menyayangi adik dengan sepenuhnya dan adik berasa sangat bahagia bila bersamanyai..itulah perasaan cinta..cinta pada ibubapa...kemudian apabila adik mulai mendengar kisah-kisah nabi dan para sahabat...tentang kehidupannya dan perjuangannya menegakkan agama islam..adik sudah mulai seronok untuk mengetahuinya,,nah,,itu sudah terbit bait-bait cinta pada nabi terutamanya nabi muhammad kita...Seterusnya apabila adik mulai mengenal solat,puasa dan berlajar membaca Alquran...dan adik mulai rasa seronok melakukanya..ni adalah permulaan cinta pada Allah..."

"tapi kak ,bagaimana dengan kawan..maksud adik ,emmm lelaki..."katanya terbata-bata malu...

bibirku mulai terukir senyuman...

"lelaki ek...emmm...bagaimana ya akak harus terangkan.."

"pada pendapat akak,perasaan yang hadir dalam diri adik ini adalah perasaan suka tapi bukan cinta,,"

"apa beza suka dengan cinta?"

"begini...akak ambil satu contoh...adik ada basikal..dan adik suka bermain basikal...satu hari basikal itu rosak...lalu adik tidak mahu menggunakanya sebab abah sudah berikan adik skuter...

disini ,akak nak jelaskan ..adik naik basikal sebab adik ada perasaan suka naik basikal..satu hari basikal dah rosak ...dan abah belikan adik skuter..dan adik terus menyukai skuter itu...

jIka adik ada perasaan cinta akan basikal itu..adik pasti akan cuba baiki dan terima akan kelemahan basikal itu berbanding skuter..dan adik akan cuba terus -menerus menggunakan basikal itu kerana adik cinta akan basikal itu..

perasaan yang adik alami ini hanyalah perasaan suka terhadap sesuatu perkara dari lelaki tersebut...jika adik menjumpai lelaki lainyang lebih baik dalam sesuatu perkara ,mesti adik menyukai lelaki yang lain itu..

Tambahan lagi..perassan suka bersifat sementara dan berubah mengikut hawa nafsu kita...
Manakala cinta akan mudah runtuh jika tiada sandaran yang tetap...

"sandaran yang tetap?"

ya..sandaran yang tetap...mcm basikal tadi...kalau kita x kunci dan tambat pada tiang yang kukuh..insyaallah ia tidak akan dicuri oleh orang yang jahat.

begitu juga cinta...sandaran yang tetap haruslah kekal dan abadi...tidak boleh menjadikan contoh-contoh sandaran yang bersifat sementara...contohnya kecantikan ,harta benda atau keturunan....Sandaran yang terbaik adalah satu je..Allah Taala..

Jika kita menjaga "SANDARAN YANG TETAP,KEKAL DAN ABADI ' ini dengan baik..insyaallah..ia akan menyuburkan lagi cinta kita pada seseorang yang bernama suami..

kak...bagaimana tue..

eh kamu ni...skrang kan masa belajar..kita ni dh jauh terpesong ni...dah..dah..sambung balik latihan yang akak bagi ni...

ala akak ni...

Monolog gadis berjilbab merah episod 2

"Nur,nur.DR mahu jumpa kamu"kata aina

ahh sudah..ape plak yang x kena nih...

adakah tugasan ku tidak memuaskan hatinya.

Ya Allah..Bantulah hamba mu ini,kuatkanlah hati ku utk berhadapan sebarang kemungkinan


'Masuk'ya

Dr,apa perkara yang prof nak beritahu saya?

oh,ini mengenai tugasan kamu ni,saya nak tunjukkan pada pelajar saya di kuliah akan datang..boleh ka?

oh,ingat apa..hatiku berbisik

insyaallah,boleh Dr..

Pelik,memang pelik betul lecturer aku sorang ni..tapi aku dan kawan-kawan aku sedikit kagum dengan percapaian lecturer muda ini..umurnya yang baru mencecah 28 sudah mendapat gelaran Doktor falsafah..

Teringin utk ku menjadi sperti dia..namun masalah kewangan yang menghimpit diri ku memaksaku utk menangguhkan dulu lanjutan pengajian ku selepas ini..biarlah aku grad dgn sarjana muda ini..itu sudah cukup membahagiakan ibubapaku..Insyaallah mak,nur akan grad x lama lagi...nanti nur pakaikan topi konvokesyen dikepala mak dan abah.Biar kita sama-sama merasai kehangatan kejayaan itu nanti...alamak,aku kena mengajar tuisyen ni..


BERSAMBUNG

Monolog Gadis berjilbab merah (episod 1)


Aku termenung melihat arora dilangit senja...sesekali hembusan bayu lembut menyapa dimukaku lalu membelai helaian jilbab merah ku..ku merenung akan pepohon hijau,burung2 y pulang ke sarang lalu disambut kegembiraan anak-anak burung yang merindui ibu bapanya.Sedikit sebanyak keletah anak-anak burung itu mencuit naluri indah di jiwaku..ku tersenyum bahagia


Telintas difikiranku..betapa agungnya ciptaan tuhan kerna mencipta setiapnya berpasangan dengan begitu sempurnabagaikan langit dan bumi,malam dan siang,bulan dan matahari...semuanya bertasbih memuji ilahi akan keberkahan rahmat yang diberi setiap pasangannya..sesekali zikir menyertai alunan hembusan angin yang menyapa manusia y sibuk dgn hal dunia..

Alhamdulillah..aku masih boleh bernafas mensyukuri nikmat hidayah ,iman ,keluarga dan kawan-kawan yang begitu menyayangi ku..namun aku masih terasa satu kekosongan dijiwa ku...aku pun kurang pasti apakah perasaan itu sebenarnya..


Kring-Kring...telefonku berbunyi nada dering lagu tema nur kasih..


assalamualaikum ,mak..ya ni nur ni...


ya mak...insyaallah raya cina ni nur balik..


pelajaran alhamdulillah..baik2 sahaja mak..


test semalam dapat jawab dgn baik..duit?


oh..masih ada lagi mak..mak jgn risau ya..nur ada mengajar tuisyen..jadi duit gaji tue nur buat belanja..


nikah?


emmm..(aku terkelu)


mak doakan ya apa yang terbaik utk nur ya...


bye2 mak...assalamualaikum..


talian terputus...namun talian di hatiku dengan keluarga ku makin teguh dan kukuh dari hari kehari...

kerinduan akan keluarga menyesakkan jiwaku kala ini..ahh..sabar ya nur..

x lama lagi kau pasti akan dapat ubati kerinduan ini...

nikah...kenapa mak suara kan pada waktu begini..

kala ku bergelumang dgn buku-buku dan tugasan universiti...

akhirnya ku tersenyum...naluri keibuan mak yang inginkan menantu agaknya..

alamak..tugasan ku belum siap lagi...esok adalah due date nyer..astaqfirullahzim


BERSAMBUNG...


original-pedagang DBS-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...