Sunday, July 25, 2010

Jurnal pedagang episod 1


assalamualaikum

ermm...dah lama x update blog..bukan ape..perasan sibuk...tapi dalam tempoh aku tidak 'berblog ni' byk sangat perkara yang berlaku dalam hidup ni....

Life is so meaningful
Dalam menempuh liku-liku kehidupan ni...tidak dapat dinafikan kadang-kadang aku tergelincir sedikit dr landasan atau prinsip...namun Allah Maha penyayang...Dia datang ,angkat dan pandukan semula ke landasan yang betul...Subhanallah...beberapa tahun ini...pelajaran dari ujian yang Allah tentukan untuk diriku dan hamba-hamba Allah disekelilingku amat memberi kesan dalam hidupku...dan Aku benar-benar menghayati lalu ku sedut ke ruang jiwaku...

Subhanallah...Astagfirullhalhzm,..Allahu akhbar sentiasa meniti dibibirku sepanjang itu...Alhamdulillah Allah masih memperkenan akan kalimah hebat itu meniti dibibirku walaupun ku akui sering terleka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memperbaiki dan mempertingkatkan amalanku..

Sepanjang itu juga..ku selami setiap hati dan jiwa hamba-hamba Allah disekelilingku yang berusaha memastikan niat tidak menghalalkan cara dan sentiasa berusaha mendekati Allah dengan cara mereka tersendiri....terdetik rasa kagum dihatiku...

Aku?...aku tidak mahu diletak atau dilabelkan sebagai manusia yang perfect dari segi agama mahupun akhlak...aku langsung tidak layak mengelaskan golongan-golongan manusia dihadapan ku untuk ku ukur akan tahap ketakwaannya pada Allah berdasarkan luaran semata-mata....Sesungguhnya aku yakin seperti mana keyakinan aku dahulu...dari dalam hatinya...tersimpan 'peti cahaya' yang mahu dibuka cuma tidak dijumpai akan 'kunci'nya.

Aku juga seperti mereka dahulu...namun ku menjumpai kuncinya awal umur dewasaku...alhamdulillah...sampai sekarang masih terbuka...walaupun kadang-kadang ada 'makhluk yang dengki' selalu berusaha mencuri kunci tersebut...

Masihkah ada peluang...(monolog)

Jatuh,bangun...jatuh...bangun...jatuh semula...

Masihkah ada peluang utk bangun kembali?....

jahat...then baik...jahat..baik...jahat...

Masihkah ada peluang utk jadi baik?

gagal...berjaya..gagal...berjaya....gagal...

Masihkah ada peluang untuk berjaya lagi?

Ya sahabatku....

Tapi bagaimana dengan..

jatuh...jatuh..n terus jatuh....
jahat...jahat..terus jahat....
gagal...gagal...gagal lagi..terus gagal...


Masihkah ada peluang lagi..?

Ya sahabat ku...

semua ni akan dapat peluang jika satu...yakin....ya...keyakinan untuk..berubah... carilah...mengikut caramu sendiri...dan berdoalah agar diberi peluang selagi nyawa masih dikerongkong..

Tapi walaupun ku dah dapat peluang...kisah lamaa akan jadi parut kekal dalam diri ni dan terukir di masyarakat disekelingku...aku malu..malu akan diriku...

Parut?kenapa patut takut akan parut...
Sepatutnya ia jadi satu kebanggaan bagi kita kerana kita sudah dapat 'menyembuhnya'...ini bermakna kita diangkat menjadi manusia di darjat yang baru dan malah lebih teguh dari sebelumnya...

Bagaikan parut di lutut memang berkekalan akibat jatuh dr basikal...tapi dengan parut itulah kita dah pandai menguasai kebolehan berbasikal...siap leh kona baring lagi...Inikan telah menaikan darjat kita dari dahulu tidak pandai berbasikal tapi kini sudah pandai berbasikal...

Dalam Quran pun Allah dah nyatakan...setiap ujian diuji mengikut kemampuannya...dan jika kita dapat menghadapinya kita akan dinaikan ke darjat yang lebih tinggi sebelumnya...

Subhanallah...setiap kelakuan dimuka bumi ini sememangnya tercatat sudah didalam Alquran...cuma kita tidak sedar...

wahai sahabatku...akal....ku yakin akan kemampuanmu untuk mencari peluang itu...dan aku sentiasa menemani mu setiap detik...inilah ikatan kasih dari ku,sahabatmu...hati


nukilan origanal -pedagang dibumi selatan-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...