Posts

Aku iri denganmu

Aku iri denganmu wahai mujahidah-mujahidah fi sabilillah kalian bisa bangkit menentang hatta dengan pena mahupun dengan pedang menegakKan kalimah Allah dibumi yang kian gersang aku cemburu denganmu wahai wanita-wanita solehah betapa mulianya akhlakmu betapa taatnya ibadahmu menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu aku iri padamu wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya kau korbankan permatamu demi agamamu tiada nilainya dunia di hatimu bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan buatmu meraih kehidupan aku cemburu padamu wahai para Syahidah syurga telah pasti buatmu 7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi kerna yang syahid takkan pernah mati Namun, aku sedih, aku marah dengan diriku sendiri jiwaku terlalu sepi nafsuku sering merajai adakah kernaku sering melupai Ilahi Rabbi?? Ya Ilahi…. tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku agar aku sentiasa dekat deganMu agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku menentang kemungkara...

MENCARI YANG TERLALU SEMPURNA....

Image
Jika kamu memancing ikan...Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu...Janganlah sesekali kamu LEPASKAN iasemula ke dalam air begitu saja...Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU ,hendaklah kamu MENJAGA hatinya...Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap iabegitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakanlagi...Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....

Jauhilah Sikap Sombong

Salah satu tujuan diutusnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam adalah untuk memperbaiki akhlak manusia. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang baik.” (HR. Ahmad 2/381. Syaikh Syu’aib Al Arnauth menyatakan bahwa hadits ini shahih) Islam adalah agama yang mengajarkan akhlak yang luhur dan mulia. Oleh karena itu, banyak dalil al Quran dan as Sunnah yang memerintahkan kita untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjauhi akhlak yang tercela. Demikian pula banyak dalil yang menunjukkan pujian bagi pemilik akhlak baik dan celaan bagi pemilik akhlak yang buruk. Salah satu akhlak buruk yang harus dihindari oleh setiap muslim adalah sikap sombong. Sikap sombong adalah memandang dirinya berada di atas kebenaran dan merasa lebih di atas orang lain. Orang yang sombong merasa dirinya sempurna dan memandang dirinya berada di atas orang lain. (Bahjatun Nadzirin, I/664...

Monolog Gadis Berjilbab Merah Episod 5

Image
Assalamualaikum,uhti ila.. Waalaikumsalam,..oh uhti nur…apa khabar dirimu dan imanmu?kata sahabatku yang lembut selembut wajahnya. Alhamdulillah..semakin hari semakin baik jiwa ini ,anti…dan insyaallah seperti mana kata anti..jika kita selalu mengingati Allah ,insyaallah Allah akan beri ketenangan dalam jiwa ini.. “Moga Allah merahmati dirimu,uhti nur…perubahan untuk menjadi seorang muslimah yang solehah memerlukan masa…berusaha dan istiqomah ya…”ujarnya lagi sambil memegang erat tangan ku.. “uhti ila,…emmm..sebenarnya ana terlalu bimbang dengan dosa-dosa silam…ana takut Allah tidak akan mengampunkan ana…dan ana bimbang..disebabkan dosa ana…orang disekeliling ana akan terima natijahnya…Jika Allah mahu menghukum..hukumlah pada ana…”air mata ku mulai mengalir … “Uhti ku sayang…mahukah anti mendengar suatu kisah tentang seorang pembunuh yang membunuh 99 orang…” Aku mengangguk-angguk sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi mulusku.. “Suatu ketika dahulu,ada seorang pembunuh yang...

Perempuan Yang Kalau Boleh Jangan Kahwin Dengannya

Image
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.” Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. p/s: takutnya kalau tergolong dalam salah satu perkara ...

Monolog Gadis berjilbab merah (episod 4)

Image
Entah mengapa hatku berdebar-debar hari ni... adakah disebabkan mimpi malam tadi...mimpi yang sedikit menganggu jiwa dan nurani ku... Buat pertama kali dalam hidupku berminpi sedemikian... Didalam mimpiku ,ku dapat rasakan aku berada disebuah kawasan taman yang indah... Gambaran taman itu terukir jelas diminda ku... pohon-pohon hijau merimbun... Burung-burung berkicau riang.. ada air sungai yang mengalir tenang...dan aku dapat melihat jelas akan anak-anak ikan berenang bebas... tiba-tiba aku mendengar seseorang memanggil namaku... Atonansi suara yang menyebut nama ku amat berlainan... lembut dan penuh kasih sayang.... entah tiba-tiba aku merasa bahagia bila dipanggil dengan nada sedemikian... Ku mulai mencari arah suara itu... dan aku ternampak dari jauh...susuk badan yang kabur.. ku mulai berjalan kearahnya dan...berhenti.. berhenti dibelakangnya...apabila dia menoleh... serta merta aku terjaga dari mimpi... Astaqfirulllahalazim..ucapku..dan ku mulai terdengar sayup-sayup suara az...

Bunuh diri dan memeluk Islam. Allah Maha Penyayang

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama. Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat. Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”. Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?” Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya...