Sunday, November 28, 2010

Monolog Gadis Berjilbab Merah Episod 5


Assalamualaikum,uhti ila..
Waalaikumsalam,..oh uhti nur…apa khabar dirimu dan imanmu?kata sahabatku yang lembut selembut wajahnya.
Alhamdulillah..semakin hari semakin baik jiwa ini ,anti…dan insyaallah seperti mana kata anti..jika kita selalu mengingati Allah ,insyaallah Allah akan beri ketenangan dalam jiwa ini..
“Moga Allah merahmati dirimu,uhti nur…perubahan untuk menjadi seorang muslimah yang solehah memerlukan masa…berusaha dan istiqomah ya…”ujarnya lagi sambil memegang erat tangan ku..
“uhti ila,…emmm..sebenarnya ana terlalu bimbang dengan dosa-dosa silam…ana takut Allah tidak akan mengampunkan ana…dan ana bimbang..disebabkan dosa ana…orang disekeliling ana akan terima natijahnya…Jika Allah mahu menghukum..hukumlah pada ana…”air mata ku mulai mengalir …
“Uhti ku sayang…mahukah anti mendengar suatu kisah tentang seorang pembunuh yang membunuh 99 orang…”
Aku mengangguk-angguk sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi mulusku..
“Suatu ketika dahulu,ada seorang pembunuh yang sudah banyak membunuh.Pada suatu ketika ,timbul perasaan kesal dan mahu bertaubat..tapi dia tidak ketemui seseorang yang boleh membantunya bertaubat .Kemudian dia berjumpa dengan seorang pendeta lalu menceritakan kisah hidupnya yang suka membunuh serta keinginannya untuk bertaubat.Pendeta itu pun menyatakan pembunuh ini tidak mempunyai harapan untuk bertaubat kerana kesalahannya terlalu kejam.Pembunuh itu berang lalu membunuh pendita tersebut.Maka genaplah 100 orang yang dibunuhnya.

Pembunuh yang kejam itu terus mencari seseorang yang boleh membantunya.Akhirnya dia bertemu dengan seorang ulama disebuah negeri.Tanpa berfikir panjang,dia terus menyatakan niatnya utk berubah serta perbuatan kejamnya.
Jawab si ulama itu
“Lalu siapakah yang menghalang-halangi antara kamu dengan taubat dan siapakah yang mencegahmu dari melakukan taubat? Pintu Allah terbuka lebar bagimu, maka bergembiralah dengan ampunan; bergembiralah dengan perkenan dari-Nya; dan bergembiralah dengan taubat yang mulus”
Sungguh mengembirakan apabila ulama itu menyatakan dosanya boleh diampunkan tapi dia dikehendaki berhijrah dari kampong halamannya yang penuh kejahatan ke negeri yang penuh kebaikan .Ini kerana,kampung halamannya tidak lagi sesuai untuknya .Dengan hati yang penuh rasa keinsafan,majulah dia menuju negeri yang digambarkan oleh ulama itu.Dalam perjalanan ,tidak semena-mena ,dia meninggal dunia.
Maka datanglah malaikat rahmat dan malaikat azab untuk mengambil dan menerima nyawanya dari malaikat maut yang mencabutnya. Mereka terlibat perselisihan yang sengit dalam memrebutkannya. Malaikat rahmat berkata: “Sesungguhnya dia datang untuk bertaubat dan menghadap kepada Allah menuju kepada kehidupan yang taat, kembali kepada Allah, dan dilahirkan kembali melalui taubatnya itu. Oleh kerana itu, dia adalah bahagian kami.”Malaikat azab berkata: “Sesungguhnya dia belum pernah melakukan suatu kebaikan pun. Dia tidak pernah sujud, Tidak pernah salat, tidak pernah zakat, dan tidak pernah bersedekah, maka dengan alasan apakah dia berhak mendapatkan rahmat? Bahkan dia termasuk bahagian kami.”Allah pun mengirimkan malaikat lain dari langit untuk melerai persengketaan mereka. Selanjutnya, malaikat yang baru diutus itu pun datang kepada mereka yang telah menjadi dua golongan yang bertengkar.Malaikat yang baru berkata kepada mereka”. Pada pandanganku ialah hendaklah kita sama-sama mengukur jarak antara lelaki ini dan tanah yang ia tinggalkan, yaitu kampung yang halaman, dan jarak antara dia dan negeri yang ditujunya.Ketika mereka sedang sama-sama mengukur, Allah memerin­tahkan kepada kampung yang jahat untuk menjauh dan kepada negeri yang baik untuk mendekat.”

“Subhanallah..Uhti..Allah Maha Pengampun dan sentiasa member kemudahan bagi orang yang mahu bertaubat..”ujarnya mengakhiri kisah.
Entah mengapa..jiwa yang resah ini mulai sirna ..Hati ini mulai teguh untuk sentiasa bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkan dosa hamba…Ya Allah terima kasih kerana mengurniakan seorang sahabat yang begitu ikhlas membantuku…alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...