Dengan kalimah Bismilah,aku melangkah...

Bismillah Aku ikuti perkembangan sebuah syarikat pengurusan kewangan,Hijrah Wealth Managers.Sedikit sebanyak impianku ingin membuka syarikat seperti ini sedikit demi sedikit membakar jiwaku.So aku kongsi sedikit tentang siapa sebenar salah seorang 'Pencetus semangat' pedagang kali ini,iaitu Pengerusi Eksekutif Hijrah Wealth Managers,Hajjah Rohani Mohd Shahir..(wanita plak tuh..hehe) Tajuk berita:Rohani Pelapor Dana Amanah Islam tarikh:4 Mei 2007 Sumber: Keratan Akhbar dari Utusan Malaysia Perancangan kewangan Islam amat perlu kerana setiap apa yang ada adalah milik Allah s.w.t dan akan disoal di akhirat kelak, bagaimana diperoleh dan bagaimana dibelanjakan. Justeru, umat Islam harus bersedia meneroka dunia kewangan Islam kini yang mengajak manusia untuk menjadi perancang kewangan yang terbaik. Semangat itulah yang diambil oleh Pengerusi Eksekutif Hijrah Wealth Managers, Rohani Mohd. Shahir yang merupakan perintis di dalam amanah saham Islam. Beliau adalah akauntan bertauliah da...