Monday, October 5, 2009

Dinar emas,penyelamat ekonomi pedagang dan dunia.



Assalamualaikum,sebelum ni aku ada post satu article mengenai duit kertas dan kesannya terhadap ekonomi diri kita,keluarga,masyarakat,Negara dan dunia kan?

Salah seorang pengomen dan juga seorang pedagang aktif sudah memberitahu jawapannya iaitu emas atau dinar emas secara ringkasnya sesuai dengan space yang telah disediakan disana…

So ,hangpa semua x perlu la terkejut atau buat-buat terkejut bila membaca posting aku ni ek…

Tanpa membuang masa,aku memulakan dengan…

Apa itu Dinar Emas dan Sejarahnya..

Secara ringkas nyer.. Dinar emas merupakan matawang berasaskan emas .Dinar emas udah lama diperkenalkan serta udah lama digunakan sejak zaman Murobbi terangung kita iaitu Nabi Muhammad saw..iaitu di Madinah..selepas tue,Saidina Umar telah menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Kebaikan dinar Emas nih..

  • Paling stabil…

Menurut Wikipedia,dan bacaan-bacaan atau khabar –khabar yang aku dengar,dinar emas atau perak ni merupakan wang paling stabil yang pernah digunakan oleh golongan umat manusia.Sebabnya,mengikut sejarah masyarakat yang menggunakan dinar emas ini dulu iaitu masyarakat madinah,kadar inflasi sepanjang penggunaannya hampir mencapai inflasi kosong…(teringat masa kegawatan ekonomi dulu,kat tv dan akhbar asyik ckap inflasi sifar,masa tuh Dr Mahadhir yang jd PM…masa tuh mana tau apa itu inflasi…yang tahu mintak duit kat mak,nak beli jajan ke n beli sticker untuk jual pd rakan-rakan )

Kenapa aku kata , HAMPIR MENCAPAI INFLASI KOSONG..ini kerana masa tuh ada gak matawang yang lain digunakan seperti kulit siput,mutiara dan mcm-mcm lagi…(rujuk sejarah tingkatan 1)..matawang sebegini bergantung pada nilai pasaran..so sedikit sebanyak mengangu nilai inflasi .

  • Nilainya maintan…

Katakanlah 1400 tahun dahulu,harga seekor ayam adalah 1 dirham,sekarang pun kalau basd on harga perak zaman sekarang pun ,cukup untuk beli seekor ayam…

  • X mudah dimanipulasi…

Para penyangak matawang antarabangsa seperti En Soros dan sekutunya akan mula rasa gundah bila matawang dinar emas mahu di gunakan..

  • Kaedah penyimpanan yang terbaik

Untuk pedagang yang mahu dan istiqomah menyimpan duit untuk naik haji ke,kahwin ke,simpanlah dalam bentuk emas..kat Malaysia ni ada dua bank yang menawarkan akaun emas yang mana iaitu Maybank dan Bank Rakyat..

Masa balik raya hari tue…seminggu aku ambil masa nak yakinkan mak n bapak aku yang mempunyai simpanan di ASB dan tabung Haji supaya simpan dalam bentuk emas..Yela orang tua-tua,diorang kurang tahu sangat pasal ekonomi ni,diorang lebih mengambil tahu pasal akhirat dan amal ibadat ja..Ambil masa jugalah untuk aku menerangkan tentang ekonomi sekarang,kebaikan emas dan mcm2 lagi…akhirnya mereka setuju ..Cuma sebab bz raya,x sempat g maybank or bank rakyat…

Kalau x salah,10 tahun dahulu,harga 1 gram emas =RM 25,sekarang bersamaan RM 100++…nilai emas tetap sama dan maintan,yang menurunnya nilai matawang dunia…

Di Maybank,kalau hangpa sume nak menyimpan,paling minima yang perlu beli adalah 5 gram,kalau di Bank Rakyat,min 10 gram.

  • ini untuk pelaburan masa akan datang juga..

Kenyataan: Pak lah dan Dr M merupakan antara manusia yang menyimpan paling banyak emas di Malaysia! Dan Para Zionis sedang mengumpulkan rizab-rizab emas dari seluruh dunia untuk kegunaan di masa ‘sesak’…

  • Leh meningkatkan pelaburan kita di Akhirat

Dengan menyimpan emas,kita diwajibkan membayar zakat emas..

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak, dan tidak membelanjakannya pada Jalan Allah (mengeluarkan zakat), maka gembirakanlah mereka dengan azab yang pedih, pada hari mereka dibakar di dalam neraka jahanam dan dibakar muka mereka, rusuk dan belakang mereka seraya dikatakan kepadanya inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu.”

Surah Al-Taubah Ayat 34-35.

Syarat-syarat wajib zakat emas dan perak

  1. Islam
  2. Sempurna milik.
  3. Merdeka
  4. Memiliki tidak kurang daripada satu Tahun.
  5. Cukup nisab. Nisab Emas ialah 20 misqal iaitu bersamaan 25 mayam 2.7108 saga. Nisab Perak ialah 200 dirham bersamaan 176 mayam 6.9732 saga.

Catatan
Emas atau Perak yang dijadikan barang-barang kemas (perhiasan perempuan) tidak diwajibkan zakat kecuali barangan tersebut berlebihan daripada yang sepatutnya.

Kadar zakat

  • Emas : Nisab Emas ialah seberat 20 misqal iaitu bersamaan 25 mayam 2.7108 saga emas. Kadar zakat emas yang cukup nisabnya ialah 2.5% atau 1/40.
  • Perak : Nisab Perak ialah 200 dirham iaitu bersamaan 176 mayam 6.9732 saga perak. Kadar zakat yang wajib dikeluarkannya sama seperti kadar emas iaitu 2.5% atau 1/40.

Catatan

Hasil galian/perlombongan emas atau perak yang cukup nisbahnya sebanyak 20 misqal atau lebih hendaklah dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5% tanpa menunggu cukup setahun sebagaimana harta simpanan emas dan perak.

Harta kekayaan yang dijumpai tertanam di dalam tanah dan dipercayai hasil simpanan orang-orang jahiliah dahulu (harta rikaz) wajib dikeluarkan zakatnya sebanyak 20% daripadanya tanpa menunggu cukup setahun dan nisabnya yang tertentu. Nisabnya ialah sebanyak mana bahan itu dijumpai.

Mengikut kadar sekarang: 20 misqal bersamaan dengan 85 gram emas atau nilai yang menyamai 85 gram emas, di mana nilai tersebut sentiasa berubah-ubah menikut harga pasaran emas semasa.

Rujukan

P/s: Akhirnya,sunnah Rasullullah jadi ikutan..

1 comment:

  1. pelaburan jenis ini sesuai untuk pelabur yang ingin wang simpanan atau asetnya tidak jatuh nilainya.Akan tetapi jika pelabur mahu mengandakan simpanan wang beberapa kali ganda adalah disyorkan untuk mengambil produk pelaburan yang ada di pasaran.Penulis akan post article akan datang tentang jenis pelaburan,fund,dan pelaburan yang sesuai dengan keperluan kita.Ingat sebelum ada keinginan melabur,kenali apa yang kita perlukan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...