Friday, August 20, 2010

cinta syurga.....


"pedagang,mak rasa lelaki itu sesuai dengan kamu..abah kamu pun dh setuju..."

"...lagipun susah nak jumpa lelaki yang baik,soleh lagi bertanggungjawab mcm dia kat dunia ni.."

"keluarga dia pun dh setuju...mereka ingin datang melihat mu cuti semester ni"

"mak dan abah merestui hubungan ni,pedagang..terima la ye.."

inilah kata-kata beberapa bulan yang lepas...dan ku istiharah....dan inilah hasilnya..aku sudah dirisik orang...

pelbagai-bagai persoalan dimindaku...

betulkah ini jodohku..?

aku cuba mencari jawapan bagi persoalan ini dan kutemui...

Apabila datang laki-laki (untuk meminang) yang kamu ridhoi agamanya dan akhlaknya maka kawinkanlah dia, dan bila tidak kamu lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang meluas. (HR. Tirmidzi dan Ahmad)

adakah cara lamarannya mengikut syariat?

Dia menemui ibuku lalu menyatakan hasratnya...dan setelah beberapa ketika..dibawa ibu dan bapanya untuk merisikku....dan dia sangat menghormati pendirian ku untuk tidak 'berdating' ,bersms yang boleh mengoyahkan iman ku dan juga imannya..

Aku teringat kata-kata rakan-rakan usrahku akan adab bergaul dgn lelaki kerana wanita adalah fitnah bagi kaum adam...

setahuku,kalau diuniversiti,bila berhadapan dgn ikhwah atau lelaki,suara dikeraskan,(supaya tidak melalaikan kaum adam),cakap biar direct,pandangan mata amat dijaga..

tapi bagaimana dengan bakal suami?...

ku tahu..banyak perkara yang penting perlu dibincangkan tapi apa adab yang sebaiknya?
sesungguhnya aku takut berbuat maksiat ...takut membuat kaum adam lalai dengan panahan ku,dan bimbang dia mendapat dosa kerana ku...

perkara ini telah sedikit sebanyak mengusarkan hatiku...lya aku akui...ini kali pertama aku melalui detik ini dan aku akui aku agak 'buta' dgn cara pergaulan dgn sebaiknya ..aku tanya adikku,katanya dia suruh aku tengok cite syurga cinta..waduh..waduh..budak ni..

lalu ku bertanya pada seorang kakak angkat yang merupakan seorang ustazah yang amat aku segani...dan dia meyatakan,x salah kalau si bakal menelefon kita,asalkan perkara yang dibualkan menjurus kepada perkara penting sahaja..pabila berjumpa,bawalah bersama mahram kita..sebaik-baiknya ibubapa...

owh...(ish..ish..kenapa aku x terpk...sdgkan aku tahu sebenarnya..hehehe)

Mesti anda terfikir..kenapa aku bersikap mcm ni...mcm perempuan yang x reti bab cinta ...

ya aku akui...diri ini agak buta dalam bab-bab cinta dengan manusia berlainan jenis...kerana aku hanya pernah mengalami cinta kepada Allah,Rasul,ibubapa,rakan-rakan seagama dan islam...

Bagiku,cinta sesama manusia yang berlainan jenis hanya wujud pabila sudah diijabkabulkan ..dalam erti kata..cinta selepas nikah..

Sebelum ini aku akui,aku pandai berkata-kata dalam perbincangan tentang hubungan dengan manusia yang berlainan jenis...tapi sekadar teori...dan pabila aku mengalaminya sendiri..subhanallah...hanya iman sahaja yang boleh mengawalnya...jika tidak hawa nafsu yang ambil alih...

ku mula terfikir akan sebab berlakunya berleluasanya perhubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak ada batas...sebab utamanya tiada iman yang kukuh untuk mengawalnya..
ku mula mengingati bait-baik kata hadis..

"orang akan melakukan kejahatan atau maksiat apabila tiada iman dalam hatinya..:

subhanallah..maha suci Allah ..jadikanlah hati ini sentiasa dalam naunganmu...janganlah dibiarkan hati ini tandus akan imanMu...


Sekuntum bunga cinta
adalah kurnia ilahi
menjadi fitrah setiap insani
harum sesegar kasturi

Cinta itu indah
membelah sungai impian
tak terucap jernih bicara
terlekat di jala perkasihan

ku simpul ikatan cinta
ke dasar sanubari
menjadi semanis kenangan
menuju puncak abadi

ku tidak lupa
menilai erti cinta sesama manusia
Namun,cintaku yang utama
adalah buat Tuhan yang Esa

gapailah cinta-Nya
dan dengan izinNya
cintaku dapat diraih bersama...

kita hanya merancang..tapi biarlah Allah menentukan...Ajal,jodoh,dan rezeki ditangan tuhan...Sesungguhnya takdirku hanyalah didalam gengamanNya...namun ku ingin sekadar ingin meraih cinta syurga dihati manusia...jika tidak didunia...insyaallah di akhirat sana..amin...


p/s: Insyaallah...selepas raya ini aku akan ditunangkan...dan ku amat memerlukan doa kalian agar dapat ditetapkan akan imanku serta dapat disuburkan lagi cintaku pd Ilahi supaya dapat ku melalui cobaan syaitan yang cuba menyesatkan anak-anak adam ini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...