Posts

Showing posts from September, 2010

Jangan berhenti...

salam saya amat sayang dakwah...tarbiyah...akhwat .... ia dh jadi darah daging ku...susah untuk ku hidup tanpanya... ia lah mencorak dan menjadikan ku manusia yang baru ia lah membentukku jadi hamba yang mengasihani Allah dan menyintai diriku.. tidak...aku tidak akan berhenti ...meneruskan acuan yang membentukku sekarang... Datangla..apa pun ujian..diri ni masih beracuan..acuan tarbiyah dari akhwatku...dari dakwah.. Tiada hari tanpa dakwah...tiada hari tanpa tarbiyah... Moga Allah sentiasa menetapku dalam jiwa 'acuan' ini dari 17 march 2007 hingga akhir hayat..amin

Dia Takdirmu Di Syurga

Image
Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah. Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya. Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut. Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah ...

Monolog Gadis Berjilbab Merah episod 3

"Dia gadis berkerudung merah Hatiku tergoda tergugah Tak cuma parasnya yang indah Dia baik dia soleha Dia gadis berkerudung merah Bawalah diriku padanya Takkan habis ku berdoa Jadi kekasih halalnya" lancar sahaja rakan bilikku menyanyikan lagu kegemaranya... aku meneliti bait-bait lirik lagu tue...emm...doa..ya doa itu penting untuk dapatkan pasangan yang baik.. Tiba-tiba fikiran ku merewang akan peristiwa petang tadi... "kak..,apa itu cinta" tanya anak murid ku terkejut aku dibuatnya..yela mana tidaknya..ketika ku sibuk memeriksa kertas ujiannya,tetiba dia bertanya soalan yang lain dari topik asal iaitu pelajaran matematik.. Puas aku menyelongkar memori di kepalaku...iku buka segala folder atau zip file yang ada istilah cinta didalam komputer dikepalaku...dan akhirnya..jumpa! "adik,cinta itu perasaan kasih sayang yang lahir dari fitrah manusia...sejak kita mula dilahirkan ,kita sudahpun mengenal perasaan cinta ini..." "sejak lahir? berkeriut dahinya ...

Monolog gadis berjilbab merah episod 2

"Nur,nur.DR mahu jumpa kamu"kata aina ahh sudah..ape plak yang x kena nih... adakah tugasan ku tidak memuaskan hatinya. Ya Allah..Bantulah hamba mu ini,kuatkanlah hati ku utk berhadapan sebarang kemungkinan 'Masuk'ya Dr,apa perkara yang prof nak beritahu saya? oh,ini mengenai tugasan kamu ni,saya nak tunjukkan pada pelajar saya di kuliah akan datang..boleh ka? oh,ingat apa..hatiku berbisik insyaallah,boleh Dr.. Pelik,memang pelik betul lecturer aku sorang ni..tapi aku dan kawan-kawan aku sedikit kagum dengan percapaian lecturer muda ini..umurnya yang baru mencecah 28 sudah mendapat gelaran Doktor falsafah.. Teringin utk ku menjadi sperti dia..namun masalah kewangan yang menghimpit diri ku memaksaku utk menangguhkan dulu lanjutan pengajian ku selepas ini..biarlah aku grad dgn sarjana muda ini..itu sudah cukup membahagiakan ibubapaku..Insyaallah mak,nur akan grad x lama lagi...nanti nur pakaikan topi konvokesyen dikepala mak dan abah.Biar kita sam...

Monolog Gadis berjilbab merah (episod 1)

Image
Aku termenung melihat arora dilangit senja...sesekali hembusan bayu lembut menyapa dimukaku lalu membelai helaian jilbab merah ku..ku merenung akan pepohon hijau,burung2 y pulang ke sarang lalu disambut kegembiraan anak-anak burung yang merindui ibu bapanya.Sedikit sebanyak keletah anak-anak burung itu mencuit naluri indah di jiwaku..ku tersenyum bahagia Telintas difikiranku..betapa agungnya ciptaan tuhan kerna mencipta setiapnya berpasangan dengan begitu sempurnabagaikan langit dan bumi,malam dan siang,bulan dan matahari...semuanya bertasbih memuji ilahi akan keberkahan rahmat yang diberi setiap pasangannya..sesekali zikir menyertai alunan hembusan angin yang menyapa manusia y sibuk dgn hal dunia.. Alhamdulillah..aku masih boleh bernafas mensyukuri nikmat hidayah ,iman ,keluarga dan kawan-kawan yang begitu menyayangi ku..namun aku masih terasa satu kekosongan dijiwa ku...aku pun kurang pasti apakah perasaan itu sebenarnya.. Kring-Kring...telefonku berbunyi nada dering lagu tema nur ka...