Thursday, September 2, 2010

Monolog Gadis Berjilbab Merah episod 3

"Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya"

lancar sahaja rakan bilikku menyanyikan lagu kegemaranya...
aku meneliti bait-bait lirik lagu tue...emm...doa..ya doa itu penting untuk dapatkan pasangan yang baik..

Tiba-tiba fikiran ku merewang akan peristiwa petang tadi...
"kak..,apa itu cinta" tanya anak murid ku
terkejut aku dibuatnya..yela mana tidaknya..ketika ku sibuk memeriksa kertas ujiannya,tetiba dia bertanya soalan yang lain dari topik asal iaitu pelajaran matematik..

Puas aku menyelongkar memori di kepalaku...iku buka segala folder atau zip file yang ada istilah cinta didalam komputer dikepalaku...dan akhirnya..jumpa!

"adik,cinta itu perasaan kasih sayang yang lahir dari fitrah manusia...sejak kita mula dilahirkan ,kita sudahpun mengenal perasaan cinta ini..."

"sejak lahir? berkeriut dahinya

"Adik...apabila adik dilahirkan ,ibu adik menyayangi adik dengan sepenuhnya dan adik berasa sangat bahagia bila bersamanyai..itulah perasaan cinta..cinta pada ibubapa...kemudian apabila adik mulai mendengar kisah-kisah nabi dan para sahabat...tentang kehidupannya dan perjuangannya menegakkan agama islam..adik sudah mulai seronok untuk mengetahuinya,,nah,,itu sudah terbit bait-bait cinta pada nabi terutamanya nabi muhammad kita...Seterusnya apabila adik mulai mengenal solat,puasa dan berlajar membaca Alquran...dan adik mulai rasa seronok melakukanya..ni adalah permulaan cinta pada Allah..."

"tapi kak ,bagaimana dengan kawan..maksud adik ,emmm lelaki..."katanya terbata-bata malu...

bibirku mulai terukir senyuman...

"lelaki ek...emmm...bagaimana ya akak harus terangkan.."

"pada pendapat akak,perasaan yang hadir dalam diri adik ini adalah perasaan suka tapi bukan cinta,,"

"apa beza suka dengan cinta?"

"begini...akak ambil satu contoh...adik ada basikal..dan adik suka bermain basikal...satu hari basikal itu rosak...lalu adik tidak mahu menggunakanya sebab abah sudah berikan adik skuter...

disini ,akak nak jelaskan ..adik naik basikal sebab adik ada perasaan suka naik basikal..satu hari basikal dah rosak ...dan abah belikan adik skuter..dan adik terus menyukai skuter itu...

jIka adik ada perasaan cinta akan basikal itu..adik pasti akan cuba baiki dan terima akan kelemahan basikal itu berbanding skuter..dan adik akan cuba terus -menerus menggunakan basikal itu kerana adik cinta akan basikal itu..

perasaan yang adik alami ini hanyalah perasaan suka terhadap sesuatu perkara dari lelaki tersebut...jika adik menjumpai lelaki lainyang lebih baik dalam sesuatu perkara ,mesti adik menyukai lelaki yang lain itu..

Tambahan lagi..perassan suka bersifat sementara dan berubah mengikut hawa nafsu kita...
Manakala cinta akan mudah runtuh jika tiada sandaran yang tetap...

"sandaran yang tetap?"

ya..sandaran yang tetap...mcm basikal tadi...kalau kita x kunci dan tambat pada tiang yang kukuh..insyaallah ia tidak akan dicuri oleh orang yang jahat.

begitu juga cinta...sandaran yang tetap haruslah kekal dan abadi...tidak boleh menjadikan contoh-contoh sandaran yang bersifat sementara...contohnya kecantikan ,harta benda atau keturunan....Sandaran yang terbaik adalah satu je..Allah Taala..

Jika kita menjaga "SANDARAN YANG TETAP,KEKAL DAN ABADI ' ini dengan baik..insyaallah..ia akan menyuburkan lagi cinta kita pada seseorang yang bernama suami..

kak...bagaimana tue..

eh kamu ni...skrang kan masa belajar..kita ni dh jauh terpesong ni...dah..dah..sambung balik latihan yang akak bagi ni...

ala akak ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...