Posts

Showing posts from April, 2009

Mai kenal kampong halaman ku...

Image
Assalamualaikum,apa khabaq para pedagang sume...sihat dok?Mesti hangpa sume pikiq noh..awat cek(bahasa utara maksudnya saya) yang biasa nyer sembang bab bisnes ,dakwah dan jihad tetiba plak kali ni keluar satu post yang lebih bersifat personal...hehehe.. Dalam kesibukan cek belajaq dan berbisnes,jauh di lubuk hati cek,terkenang kaum keluarga dinun utara...yela dah banyak bulan x balik rumah...ish..ish..ish.. Disebabkan adanya teknologi internet ni,cek pun cari lah gambar-gambar kampung halaman cek di utara ..alhamdulillah banyak plak yang ditemui dan menambahkan rindu cek pada abah dan mak kat sana...Gambar di atas adalah bandar alor setar...kedudukan bandar ini memang pun ditengah-tengah sawah yang terbentang luas... Ni plak gunung Jerai,satu-satunya gunung yang tertinggi di Kedah,dari rumah cek,dah leh nampok jelas akan gunung ni...tapi gambar ni cek ambil dari blog beruangmadu.com,nanti kalau cek dah sampai rumah,cek akan ambil plak gambar gunung jerai dari posisi rumah cek noh.. Gu...

Dakwah itu umpama bisnes

Image
Topik :: article Kategori :: fikrah Kunjungan :: 413 hits Tarikh :: Ahad, 16 September, 2007 - 11:21 AM Kiriman :: Dr yusof Abbas Seorang penjual kereta mewah tentu sukar menjawab secara tepat kehebatan atau kekurangan kereta yang dijualnya itu kerana beliau sendiri jarang-jarang memandu kereta itu. Dia hanya tahu dari buku katalog yang ada atau sekadar mendapat respon dari pengguna lain yang sudah memiliki kereta tersebut sedangkan diri sendiri tidak berpengalaman memandunya pada setiap masa. Sebaliknya penjual barangan makanan tambahan, dia boleh menyakinkan pengguna kerana beliau sendiri mengamalkan produk yang dijualnya dan kesan positif pada kesihatannya, walaupun terstimoni dari pengguna lain dapat membantu meyakinkan pengguna tetapi testimoni sendiri lebih bermakna dan tentu lebih meyakinkan jika dia sekeluarga dan orang terdekat boleh memberi testimoni. Mesej dari dua penjual ini ialah: 1. Penjual mesti mahir tentang produk yang dijualnya 2. Produk yang dijual sepatutnya ’pr...

Minggu Amanah Saham 2009(MSAM09)

assalamualaikum wahai pedagang-pedagang yang sudi ada masa singgah di blog ni walaupun sekejap.Untuk pengetahuan semua,di angsana sekarang ,telah diadakan Minggu Amanah Saham 09 bermula 18-27 april,dan ana suggestkan antunna agar singgah sebentar sejam dua disana.Banyak ilmu yang boleh antum belajar..ana?of couse la..walaupun dah dua hari ana terlibat dengan salah satu agensi kewangan di sana,ana x lupa untuk menambah ilmu,cari-cari gak duit,tapi ilmu lagi mahal dari duit..nanti ana post kan apa yang ana dapat dari MSAM09 nanti..Rugi kalau x gi...Mungkin 14 thun lagi baru kita boleh jumpa MSAM di johor...Tahun depan maybe di utara..kalau sapa-sapa duk utara leh lar kot,atau maybe gak di Timur.Habis kita di selatan ni mcm mana.....hah duk tunggu apa lagi,g la kat angsana ,sementara dekat je nih...hehehe..nanti leh lar kongsi di kotak-kotak komen ana di bawah post ya....

Focus..

Image
Kak,macam mana dengan report ekonomi ana...ada apa-apa kemasukan oleh 'orang atasan'... anti..akak rasa anti perlu fokus dalam sesuatu bisnes ...kalau anti fokus..insyaallah..bisnes yang anti buat sekarang akan maju..percayalah.. tapi kak,ana sekarang masih 'terumbang ambing' dalam menentu bisnes apa yang ana nak ceburi.dan ana sekarang tengah 'mencari'...dan ana nak cari pengalaman... kak alwi hanya tersenyum dan kemudian mencicah pelam dengan rojak yang dibawa oleh roomate ku yang dari kedah lalu memasukan kedalam mulutnya.. perbualan kami berhenti setakat itu..tapi disambung dengan tajuk perbualan yang lain... Walaupun perbualan itu sekejab,tapi 'berkesan' di hati ku...oh aku telah diuji dengan apa yang aku pernah katakan dulu pada 'seseorang'...dan aku still lagi ingat akan word tue...focus dan pilih apa yang hendak di niagakan...apa fokus perniagaan korang..oh..aku btui-btui insaf...Ya Allah,sesungguhnya aku hamba mu yang lemah...dan s...

Umat islam perlu kaya

Image
Bismillah..aku mulakan dengan nama Allah moga-moga niat pedagang macam aku dan hangpa sume tidak lari dari niat untuk mendapat keredhaan Allah.Even ape pun misi,visi maupun cita-cita aku iaitu nak jadi jutawan muslimah dan cita-cita yang hangpa impikan,sume nyer mestilah berlandaskan pada-Nya..ini penting tau...kenapa penting?..hangpa tanyalah 'mak' or 'bapak' hangpa...yela setiap minggu gi 'discussion' kan...x pun 'prgram hujug minggu'...x pun jumpa 'pedagang-pedagang' di kolej or 'rumah' msing...hehehe.. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku kata umat islam perlu kaya,ni aku bagi hadis ... Hadis riwayat Saad bin Abi Waqqas: “Sesungguhnya Allah menyukai hamba-Nya yang bertaqwa dan yang kaya.” (Hadis riwayat Muslim dan Ibn Hibban). Cuba hangpa sume dan aku pikiq jauh kedepan...i mean 5 hingga 40 tahun kedepan,...oooo...ni mesti kat otak hangpa dan aku pikiq dah ada zauj,anak,atau rangkaian perniagaan yang meluas di serata pelusuk nega...

Akhirnya sistem ekonomi islam jadi pilihan

Image
Sejak akhir-akhir ini,aku mula berjinak-jinak membaca buku-buku,blog dan article mengenai isu-isu kegawatan ekonomi dan aku nampak yang akhirnya seluruh dunia mula mengagumi dan mengambil sistem ekonomi islam yang dahulunya di pinggirkan..tengok..Allah dah gitau dalam Al Quran dan ia merupakan buku manual sepanjang zaman..tapi hangpa tetap meminggirkannya...akhirnya..sapa yang susah..aku,hang,keluarga,masyarakat,negara dan dunia juga yang susah.. A pe sebenarnya Sistem Ekonomi Islam. Mungkin hang dan aku hendak tau kan...hehehe..Aku bukan lah 'economi consultant' tapi cita-cita ku memang nak jadi pun..so aku terang la skit-skit ilmu yang aku baru tahu.. Secara asasnya, ekonomi Islam adalah = perniagaan + zakat - riba’ . Ia disebut jelas dalam Quran: “Allah menghalalkan perniagan dan mengharamkan riba’. (Al-Baqarah : 275) Bila disebut riba’ maka ketahuilah oleh aku yang terdapat 2 jenis riba’ . Riba’ an-Nasi’ah / jahiliyyah Riba’ al-fadl. Ape kebendanya riba-riba tue....

Jihad Bisnes Makmurkan JCorp

Ini aku ambil dari portal usahawan.Seorang pedagang macam korang dan aku perlu gak belajar dari pengalaman orang lain..mereka dah try and error n kemudian success...kita dah tahu error..x perlu lah nak error lagi..teruslah success..hehe..insyallah kemesetan ekonomi yang sedang melanda dunia telah menimbulkan pelbagai reaksi terutamanya di kalangan para usahawan. Pada saat ini, usahawan sebagai pemimpin organisasi harus bijak menerajui bahtera perniagaan dalam menangani taufan krisis ekonomi. Salah satu aspek yang boleh dihalusi pada saat ini adalah kemuafakatan di dalam organisasi. Sebagaimana peribahasa, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kemuafakatan boleh memberi kekuatan dalaman kepada usahawan menangani saat sukar. Kemuafakatan inilah yang diamalkan oleh Kumpulan Johor Corporation (JCorp). Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Haji Hashim, Ketua Eksekutif, Kumpulan Johor Cor- poration (JCorp) ketika ditemui USAHAWAN SUKSES, memberitahu, bagi menyemai jiwa organis...

Bisnes itu adalah satu jihad

Image
Baru-baru ini,aku menyertai satu seminar keusahawanan sehari yang dianjurkan oleh universitiku.Itu pun aku mengetahui sehari sebelum seminarnya ini dari seorang pedagang macam aku juga... sehari sebelum seminar... "tok..tok..tok..assalamualaikum,oh anti,huh penatnya...ana cari celcom center tadi sampai ke kempas hari ni...hujan lebat plak..hbs basah.."sebelum sempat aku habiskan ayat-ayat aku...sahabatku yang lepak kat bilik ku sambil membuat assigment terus mencelah..."tadi haz cari anti,dia suruh ke 'kubu pertahanan' nya...ada perkara urgent.." huh..nak tak nak..(bercampur malas n terpaksa)...dengan baju yang lenjun dengan air hujan..ku gagahi menuruni tangga yang licin dengan perlahan-lahan....akhirnya sampai la aku kubunya... belum sempat aku tanya..."hah,anti.ana nak g tau ni..ada seminar keusahawanan esok.anti nak g tak?"ujarnya dengan penuh excited...oh ingat ape la tadi... "nak,nak...kat ne ,bile..?nak dijadikan cite..maka sampai la ...