Tuesday, September 1, 2009

Kenapa nilai duit sekarang x sama nilai duit sedekad yang lalu?



Bismillah

Kenapa nilai duit sekarang x sama nilai duit sedekad yang lalu?

Aku mulakan perbincangan kali ini dengan satu persoalan yang sering gak bermain-main di minda para pedagang ketika berdagang.. aku mulakan penyiasatan ku kali ini bukan bersandarkan politik atau nak menuduh pihak tertentu yang menyebabkan perkara ini berlaku ,akan tetapi berdasarkan logic dan fakta yang mungkin ada dikalangan kita yang tahu tapi buat-buat x tahu.

Persoalan pertama: nilai duit makin jatuh..

Sebelum aku nak mulakan ni,kalau ada mana-mana pakar ekonomi yang baca tulisan aku,dan rasa perlu ditegur,dialu-alukan sangat-sangat kerna aku ni masih belajar nak memahami suasana ekonomi dunia ini.\

Berbalik pada persoalan tadi…nilai duit ini jatuh adalah disebabkan duit itu sendiri..huh cam mana tuh..

Aku merujuk kepada duit kertas kita hari ini…cuba hangpa renung duit kat tangan korang lama-lama…(eh bukan suruh baca tulisan kat duit kertas tue) disebalik duit yang hangpa tengok tue sebenarnya adalah kertas yang harganya x senilai dengan nilai sebenar duit tuh…nama pun duit kertas..kertas asalnya dari pulpa kayu (ni korang dah tau kan)..Cuma kertas yang digunakan adalah berkualiti tinggi la skit…

Cuba hangpa Fikir dalam dalam skit…kenapa duit kertas dicipta…mestilah untuk dijadikan perantaraan untuk jual beli kan..yela hangpa dan aku dah pun belajar pasal system barter kat sekolah menengah dahulu…tapi aku rasa ada maklumat yang hangpa dan aku tertinggal…

Pada tahun 1941,persidangan Bretton Wood telah diadakan untuk berbincang tentang kaedah yang terbaik untuk membangunkan ekonomi yang jatuh meleset masa tue akibat peperangan.Akhirnya mereka bersetuju dengan keputusan mewujudkan Bank Dunia dan International Monetary Fund(IMF) serta menetapkan nilai matawang kertas ini yang mempunyai nilai tukaran yang tetap (fixed exchange rate). Nilai United States Dollar telah diikat dengan 1/35 dari troy ounce bersamaan dengan 888.671 milligram emas, kemudian matawang dari negara-negara lain pula diikat dengan nilai US Dollar. Masa tue pihak kerajaan As telah berjanji membolehkan tebus tuntut (redeemable) setiap USD yang ada di tangan mana-mana pihak kepada emas sebenar.

Ini namanya gold backed paper money, yang mana duit dalam bentuk kertas yang disandarkan pada nilai matawang emas.Tapi, bila wujudnya masalah seperti perlambakan wang kertas tidak menepati simpanan emas yang ada…(dalam erti kata,terlalu banyak sangat hasilkan wang kertas tanpa hiraukan samaada quatiti emas yang ada).Lepas tue,datang Negara seperti Perancis bawa lambakan duit kertas USD untuk ditukarkan ke nilai matawang emas..sedangkan US tidak mengandungi emas yang mencukupi…Kerna bimbang Negara lain akan meniru ‘tindakan’ Negara Perancis ini maka Persidangan Bretton Wood DIBATALKAN.

Habis,duit kertas yang ada sekarang ni datang dari mana?..x kan datang dari bulan..(aku melawak)..hahaha..

Sebelum aku nak cite dengan lebih dalam lagi,kita kena tahu beberapa istilah iaitu:

Fractional reserves banking

Fractional Reserves Requirement

money multiplier

Dalam investopidia,(ala-ala Wikipedia tapi lebih best coz khusus kepada financial) berkata..

Fractional reserves banking : A banking system in which only a fraction of bank deposits are backed by actual cash-on-hand and are available for withdrawal. This is done to expand the economy by freeing up capital that can be loaned out to other parties. Most countries operate under this type of system.

Kata ustaz zaharuddin: Fractional reserves banking adalah satu sistem ini menetapkan pihak bank untuk MENGEKALKAN sebahagian dari jumlah wang yang disimpan oleh pendeposit dan menggunakan bakinya untuk memberi pinjaman kepada pelanggan lain. (dalam erti kata, sistem yang membenarkan pihak bank menyimpan sebahagian dan meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkan perkembangan ekonomi, manakala Fractional Reserves Requirement adalah jumlah minima despoit (wang simpanan) yang WAJIB DISIMPAN.)

Kat Malaysia ni,hanya 4 % dari jumlah simpanan seorang pendeposit yang DISIMPAN dan berbeza peratusan nya di setiap Negara lain.

CONTOH nyer

Kat Negara xyz,dia punya Fractional reserves requirement sebanyak 20 %,lalu

Roberto Carlos menyimpan sebanyak seribu ringgit dari bank A milik Negara xyz.Bank A menerimanya dan WAJIB menyimpan sebanyak 20%(rm200),maka baki rm 800 bolehla digunakan oleh bank A untuk aktivitinya.Satu hari En Mawi nak pinjam RM 800 dari bank x ini untuk bayar hutang En. Ulam raja..Maka Bank ini mengenakan interest(riba) sebanyak *** dalam tempoh 10 tahun.Dengan cara ini ,Bank leh menambah asetnya.

Sebaik sahaja En Ulam raja menerima duit hutang itu,terus dia bank in dalam bank B dan bank B akan menyimpan 20%(RM160),akan kemudian bakinya(rm 640) dipinjam oleh si H dan di kenakan interest dan pusingan wang ini berlaku di semua bank-bank dan peminjam.So,setiap kali kita simpan duit di bank,setiapkali wang akan dicipta melalui interest,dan jumlah wang didalam pasaran akan bertambah maka berlakulah kesan inflasi..ni lah dikatakan money multipier..

Owh…aku baru tahu,nape pemberita kat TV selalu kata word-word inflasi..nak inflasi zero..tapi x mungkin sekiranya system konvensional ini digunakan..

Bagaimana simpanan RM 1000 menjadi RM 4000 dalam pasaran

Nama Bank

Jumlah disimpan

Jumlah pinjaman diberikan

Reserves

A

1000

800

200

B

800

640

160

C

640

510.2

120.8

D

510.2

400.96

100.24

E

400.96

320.77

80.19

F

320.77

260.21

60.55

G

260.21

200.97

50.24

H

200.97

160.78

40.19

I

160.78

130.42

30.36

J

130.42

100.74

20.68

K

100.74






Total Reserves:




890.26


Jumlah Keseluruhan Simpanan

Keseluruhan yang dipinjamkan

Total Reserves + Last Amount Deposited:


4570.05

3570.05

1000


Bayangkan dengan simpanan RM 1000 itu, menyebabkan wang itu berlegar dalam sistem perbankan sesebuah sehingga boleh menyebabkan penciptaan wang sebanyak RM 4570.05 dalam pasaran. Padahal, wang tunai yang sebenarnya hanyalah RM 1000. Inilah hasil fractional reserve banking system.

Based on this graf money multipier, semakin tinggi Fractional reserve banking ,semakin tinggi graf,maka semakin tinggi proses money multipier

Ia menjelaskan bagaimana fractional reserve requirement yang ditentukan oleh kerajaan atau bank negara memberikan kesan kepada maksimum pergandaan wang dalam pasaran.

Inilah juga yang sedang berlaku di bank-bank komersial di seluruh dunia termasuk Malaysia.Cuma di Malaysia, pergandaannya tentulah lebih dahsyat kerana peratusan fractional reserve di Malaysia adalah 4 % sahaja. Justeru grafnya akan menaik ke atas dengan lebih tinggi.

So..ape yang hangpa rase bila tau perkara ini…kalau rasa kepala dah ‘jam’..leh la g ambil angin jap kat luar..

Berbalik pada persoalan nape duit kita sekarang x sama nilai dengan duit dahulu?

Ini kerana duit yang kita gunakan ini adalah duit fiat (fiat money)namanya.Duit yang bersandarkan kepada kepercayaan dan kehendak orang ramai terhadap nilainya.

Jika orang ramai kat dunia ni leh tetiba jek x mau mengakui USD dalam transaksi mereka,maka nilai ni akan jatuh merudum …

So duit kertas yang ada sekarang ditentukan oleh keyakinan manusia kepada Kerajaan yang mengeluarkannya..tapi kerajaan x leh sewenang-wenangnya mencetak wang kertas ni sebanyak-banyaknya,kerana ia x kan buat kerajaan kaya tapi ia akan menyebabkan nilai matawang Negara semakin jatuh…hasilnya…

1.Inflasi.

2. Kuasa beli rakyat berkurangan.

3. Harga rumah menjadi terlalu tinggi. Saiz rumah makin kecil.

4. Semua orang terpaksa berhutang dengan bank sepanjang hayat dan mewariskan hutang itu kepada anak cucu.

5. Ketidakseimbangan ekonomi.

6. Kerajaan terpaksa mengawal harga sektor pertanian lalu menyukarkan kehidupan para petani.

7. Kerajaan terpaksa mengawal harga makanan import terutama makanan ruji seperti beras.

Tetiba teringat matawang rupiah..agak2nya apa puncanya ia jatuh ek…ini maybe my next investigation…

Dr M ada menyatakan di WAWANCARA KHAS RTM PROGRAM BERSAMA PERDANA MENTERI pada 14 julai 1998 di Saluran RTM,

“… keadaan ekonomi kita begitu sekali dikuasai oleh pedagang matawang dan juga mereka yang meniagakan saham-saham kita.Mereka boleh dengan mudahnya menurunkan lagi nilai matawang kita, mereka boleh menjatuhkan lagi nilai saham kita mengikut sesuka hati mereka, jadi dengan kerana itu kita tidak boleh membuat ramalan apa yang mereka akan buat. Jadi saya berpendapat bahawa mereka akan terus menekan (saham dan matawang) jika ini menguntungkan mereka..”

Petikan kata-kata Tun DR M ini menunjukan nilai matawang bila-bila masa sahaja leh jatuh..dan kita boleh lihat bila nilainya makin lama makin berubah…leh katakana RM 50 sekarang senilai dengan rm 10..

Kesimpulannya,duit yang korang ada sekarang ini akan susut nilainya sampai satu masa leh jadi pembalut gula-gula..

Rujukan:

Zaharuddin Abd Rahman,Penciptaan Duit Kertas Moden,Hukum & Forex

http://www.zaharuddin.net/content/view/767/#comment80790

WAWANCARA KHAS RTM PROGRAM BERSAMA PERDANA MENTERI, DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD,RTM,14-07-1998

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1750


p/s:nantikan tentang perbincangan seterusnya tentang cara menjaga nilai asset hangpa supaya x susut…

1 comment:

  1. Salam...,
    mata wang sekarang memang sampai bile2 takkan same dgn sedekad yg lalu kerana ia

    diperdagangkan gune index commodity yg selalu mengalami fluctuation, dan inflasi akan berlaku terus menerus kalo kite masih gunekan wang kertas n that's y riba dikenakan oleh bank utk maintain 'nilai' wang yg diberi pinjam, ade logiknye di disitu...

    dan pasaran komoditi spt yg sedia maklum dikuasai oleh syarikat2 gergasi milik yahudi..kalo kite ikan bilisan yg baru nak join saham..jgn harap la bleh conquer saham komoditi...

    maka marilah kite kembali menggunakan dinar emas dan yang pasti index emas adalah yang paling stabil walaupun berlaku peperangan..

    WA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...