Wednesday, September 30, 2009

Kisah sekeping tiket bas

Kisah ni sepatutnya aku post sebelum pulang ke kampung,tapi internet tergendala la plak…hayati dan ambil pengajaran…


Kisah sekeping tiket bas


“eh,mana tiket bas nih..ahh habis la aku…”puas aku cari satu bilik,dompet ku selongkar dan bilik ku bersepah kerana sekeping tiket balik kampung…

Aku dah start berfikir..mcm mana aku nak balik kampung ni…tiket tue aku usahakan untuk beli awal tapi skrang tiket tue dah hilang…lagi beberapa hari lagi nak raya,kalau beli tiket skrag ..comfirm dah habis punya…


Fikir punya fikir…aku nekad naik motor EX5 kepunyaan ayah aku yang berumur hampir 22 tahun untuk balik kampung punya pasal…tapi kawan-kawan sekerja menegahku terutamanya bos aku,kak syarifah dan suaminya..kata mereka :

-aku dah la perempuan,naik motor bahaya..

Alasan ku:ala aku pakaila jaket,cermin mata hitam,mask..dan seluar mcm lelaki…(kira nampak cm lelaki bila dari jauh tapi dalam,perempuan muslimah..hehehe)

-jarak nya bukan nya dekat,dari skudai ke Sg Petani tuh…bahaya

Alasanku: aku dah biasa bawa motor lebih dari 100km naik highway dan pernah naik highway ke pusat Bandar dan Pasir Gudang yang mencabar.

-kena bawa tayar spare,tiub,pam tayar,palam pencucuh,dan segala alat kelengkapan mekanik..(aku g tau diorang,kalau aku bawa pun bukanya aku reti nak pomen-pomen motor aku ni)

Alasanku :kalau jadi apa-apa..aku call pakcik PLUS..

-kalau tengah hari ,jalan jadi panas…takut pitam,..bahaya..

Alasanku: aku start bertolak malam,dalam pkui 8 mlm…so sejuk skit…

Then,sebab diorang dh x da modal lagi..lalu mula lah diorang cuba menakut-nakutkan aku dengan pengalaman seram diorang,saudara diorang..yang kelakarnya..bos aku turut keluarkan pengalaman seram nya di jalan raya..lepas tuh pengalaman seram di jalan raya tue x berhenti …diorang sambung sampai cerita kat kampung la ,rumah la..pokok itu la,universiti ini la..kalau boleh sume cerita nak ‘keluar’…


ish..ish..ish..(aku mengelengkan kepala lalu berkata,hangpa sume nih memang nak menakut-nakutkan aku la ni ek)

YA LAH..SUPAYA HANG X P KEDAH NAIK MOTOR ,PEDAGANG OIIII!

Habis ,korang g tau aku apa solusion yang terbaik…

Diorang kata:

-g kaunter britau tiket hilang
-beli tiket baru
-bagi duit kopi kat pemandu supaya bagi naik..(ni aku x setuju)
-naik je kapal terbang(huh aku dah check rm 141 pergi,balik rm 80,itu pun turun di penang)
-raya je kat sini…(huhu…dah la aku dh beli present untuk abah aku,nangis aku di pagi raya)


Tapi sebelum cadangan diatas keluar..aku sudah diceramah oleh ‘mereka’ atas sikap kecuaian aku ni…ditambahkan pula ceramah adik aku kat umah…(nasib baik dia x g tau mak dan ayah,nanti bertambah risau plak nanti)


Akhirnya ,seorang kenalan yang merangkap teman kepada kawan sekerja aku yang juga pemandu bas cuba meminta pertolongan dari kawan-kawannya…dan malam selasa ni,iaitu hari ini..aku berdoa agar Allah memudahkan perjalanan ku nanti..pedagang harap hangpa semua yang sudi menjeguk blog ni berdoalah moga,pemandu bas yang bakal aku naiki seorang yang lembut hatinya…


Terima kasih juga pada bos aku yang mengajar aku banyak doa untuk diaplikasikan nanti..
Pengajaran dari kisah ni,Ya adik-adik..kita seharusnya..

-merancang perjalanan kita..siapkan persiapan dari segi jasmani dan rohani.(membaca doa dan rehat secukupnya)

-bawa barang yang perlu sahaja ,supaya tidak tercicir dimana-mana

-telefon ibu bapa mengenai kepulangan kita

-dan akhir sekali,jaga dan letakkan tiket bas berasingan dengan dompet…letak ditempat yang boleh Nampak atau ingat…kalau leh..frame tiket tu kat board di bilik kita supaya x jadi macam aku di dalam sebuah kisah sekeping tiket bas ….


p/s:Sempena syawal yang bakal menjelma,pedagang ingin memohon ampun dan maaf pada semua yang mengenali diri ini dan sebarang article pedagang yang telah menguris hati kalian..Semoga Allah mengampunkan dosa ku dan hangpa semua…malam ni aku akan naik bas…harap dapat naik,dan dapat sampai di Kedah keesokan hari dengan selamat…
update:pedagang sudah selamat pulang ke utara atas bantuan kakak dan abang pemandu bus yang baik hati..syukur pada Allah kerana mentakdirkan diriku pulang ke kampung halaman yang tercinta..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...