Thursday, December 31, 2009

Haji di Usia Muda



Assalamualaikum wbt..selamat tahun baru pada para pedagang

Alhamdulillah,kita masih berkesempatan menjejakkan kaki di tahun yang ke 2010..apa perancangan anda semua dalam 10 tahun akan datang?

Disini saya nak berkongsi salah satu matlamat saya dan insyaallah korang juga...iaitu pergi haji diusia muda.

Kenapa ek saya katakan haji diusia muda bukan diusia tua...kita semua tahukan Allah suka akan pemuda beriman..maksud pemuda disini menurut kefahaman ku =hamba Allah yang masih kuat jasmani,kesihatan mental dan masih ada tenaga utk cari duit lebih utk pergi sana.

Bila kita tanam niat nak pergi haji diusia muda,insyaallah saya yakin,korang dan aku akan mula buat perkara baik dan meninggalkan perkara yang menjurus kepada maksiat dan kejahatan..kerna apa?takut di Tanah Haram..jadi macam2 pekara yang x baik...

Itu baru hukuman Allah didunia..kita dah gerun apatah lagi di akhirat sana..nauzubillah..Tapi ini x melemahkan semangat hangpa dan juga aku utk g sana...(degil juga ek manusia nih)

Insyaallah jika kita dah ada matlamat...maka mulalah membuat perancangan dan persiapan pelbagai aspek termasuklah aspek perancangan kewangan yang begitu memainkan peranan yang penting...sebab itu rukun islam yang kelima adalah pergi haji utk YANG MAMPU...!!!

Mulakan tabiat menabung dgn jumlah yang kecil tapi yang penting istiqomah ,dah jadi tabiat ..leh la tambah nilai tabungan...

Macam itu juga dgn ibadah..mulakan dengan perkara yang asas dan mudah difahami...bila dah istiqomah..insyaallah dengan sendirinya akan menambahkan amalannya...

Disini aku sertakan gambaq2 mekah dan madinah yang aku dapati di MR GOOGLE..moga2,jadi pencetus semangat utk merancang kewangan sekali gus meningkatkan amalan utk pergi Haji di Usia Muda.


Agar matlamat lebih tersemat dihati..hayati lirik lagu nih

Haji Menuju Allah
Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

p/s:Jangan lupa pergi dengan mahram ya..mahram yang terbaik adalah pasangan hidup kita

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...