Wednesday, December 30, 2009

Penyata kewanganku berakhir pada 31 dec 2009…


Assalamualaikum,para pedagang yang ku sayangi..

Tahun 2009 bakal berakhir esok,bagaimana kedudukan liability dan Aset hangpa yang terkumpul,atau hangpa masih terawang-awang ,x tahu apa yang aku katakan ini..

Mcm biasa la sebuah syarikat akan sibuk menjelang penghujung tahun,masa ini nak kira segala perbelanjaan ,simpanan,modal atau asset yang masih ada..dan masa ini lah,pekerja akan memikirkan berapa banyak bonus yang diorang dapat hasil ‘hempas pulas’ berkerja sepanjang tahun..

Mesti hangpa Tanya aku,apa kaitannya penyata kewangan syarikat dengan kehidupan hangpa dan aku…Hello!..hangpa kan pedagang yang akan buka syarikat nanti..at least syarikat yang semua orang wajib bukak iaitu syarikat keluarga hangpa yang pekerjanya terdiri suami isteri,dan anak-anak….

So ,start dari sekarang,kita kena pandai menguruskan kewangan kita yang masih bujang serta kurang hutang atau tangungan yang berat lagi…

Ok la…mesti hangpa dan aku sendiri pun dah lupa apa perbelanjaan selama setahun ini..tapi yang pasti hutang dah bertambah disamping simpanan dalam bank masih bawah Rm10..(ini pun bank yg x kasi kuar)hua..hua..hua..

Menurut Perdana Menteri kita,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat harus didahulukan ,percapaian harus diutamakan…sangat sesuailah dgn cara kita mencorak kewangan kita..

Eh mcm mana tuh?

Rakyat didahulukan dalam erti kata kamus yang aku reka..

Mendahului keperluan rakyat bagi diri kita dulu..contohnya deria dan anggota badan kita memerlukan keperluan asas seperti

-makanan

-pakaian

-tempat tinggal

-henpon

-komputer

-pengangkutan(bas awam,atau tmpang moto or kete kwn)

-masa berkualiti utk beribadah

Percapaian diutamakan

Menetapkan matlamat yang hendak kita capai dalam jangka masa tertentu seperti-

-memiliki sebuah kereta

-memiliki sebuah rumah

-berkahwin

-bisnes sendiri

-bersedekah,infak atau zakat

-pergi Haji diusia muda..

Kita sebagai salah seorang anggota masyarakat yang sangat cintakan Negara dan tanah air,seharusnya mendengar dan mematuhi perkara yang baik yang diwar-warkan oleh Pemimpin kita yang sangat berkebolehan..(huh..cakap cm ahli politik aku nih) dan kita mesti dapat membezakan keperluan dan kehendak kita.

Contoh kehendak

-memiliki kereta mewah cm Mercedes

-memiliki rumah banglo siap dengan air terjun dan swimming pool sekali

-pakaian yang mahal bangat sih

-henpon canggih siap dgn gprs,3g,DAN screen sentuh

-komputer yang canggih dan ter’update’

-pakej Haji yang termahal sekali

-berkahwin 4 dengan hantaran berpuluh ribu..(ish..ish..ish)

Maka dengan ini,dapatla kita bezakan kehendak dan juga keperluan kita…Menurut hadis ke mutiara kata…kalu di ikutkan nafsu(kehendak),seluruh langit dan bumi serta isinya pun x cukup utk memenuhi kehendak atau nafsu kita....beb..(maaf kalau salah)

Mengapa aku perlu ada bajet?

Sesiapa yang rasanya ada pendapatan x kira dari PaMa ke,gaji ke dan ada perbelanjaan PERLU ada bajet(perancangan kewangan).

Baru-baru ni,aku ada lah jumpa pak guard Universiti aku,low profile beb..kete kenari ja..tapi rupa-rupanya dalam simpanan dia ada nak dekat RM100K…ada bisnes ladang tebu 10 hektar…setiap satu hektar untung dalam 44 ribu..huh…

Dia tanya aku..pedagang,ape ko nak buat jika ko ada RM2 Juta…pergh (kata ku dlm hati)…

Aku kata aku nak g haji dulu..then lepas balik ,baru nak setup bisnes or ape ke…

Dia kata..aku dah banyak dh dengar orang kata nak gi haji la ape la…tapi last-last x dapat pergi pun,sebab duit dah habis…

Aku pun pelik dan terpukul sekali akan kata-kata pak guard sowing nih…cis..

Dia kata,apa –apa pun,planning dulu atau dalam erti kata buat Belanjawan dalam bentuk hitam putih…then baru kita Nampak aliran duit tuh akan kemana…

Dia baru ja umur dalam 30 an,isteri sowing,anak dua…tapi kete satu,rumah 2 tingkat satu,bisnes ada,kerja tetap ada,simpanan utk diri dan anak2 ada…THE END

So mcm,mana nak mula buat Bajet?

-Buat satu perancangan kewangan dalam sebulan dalam buku 555 ke atau guna Excel spreadsheet

-senaraikan Pendapatan TETAP (gaji),perbelanjaan TETAP(sewa rumah,yuran,premium takaful,ansuran moto or kete)

-senaraikan perbelanjaan yang PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS…(berubah-ubah) spt bil air or electric,top up,makanan,hiburan)

(Ingat tulis ape pun pendapatan dan perbelanjaan dari sekecil-kecil hngga sebesar-besar)

Di hujung bulan,analis penyata kewangan bulanan anda..masa tuh la anda mungkin terkezut..tapi relax..atleast anda terkejut dan sedar sekarang…

Bagaimana aku hendak memutuskan dimana untuk berbelanja

Dengan berpandukan penyata kewangan yang korang dah buat,then jawab soalan dibawah:

-Perbelanjaan manakah yang x boleh dipotong

-berapa perbelanjaan yang boleh diminimumkan

-perbelanjaan yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak

-Apakah yang berlaku jika aku menangguh beberapa perbelanjaan

-Bolehkah aku membeli barangan pengganti yang lebih murah.

Seterusnya,buat target perbelanjaan bulan seterusnya..contohnya makanan rm300,top rm50,pengangkutan rm100 dan akhirnya mesti ada lebihan duit untuk disimpan.=)

Bagaimana aku dapat istiqomah dalam mematuhi bajet?

Ini part y selalu kita fail..tapi kata kawan aku,umat islam x kan jatuh dalam lubang najis buat kali kedua,melainkan dia buat-buat jatuh…hehehehe

Disini ada la skit cadangan yang boleh bantu kita mematuhi bajet kita:-

-Bayar bil atau hutang terlebih dulu.Kalau boleh,jangan dibayar serentak pada hari yang sama ..maybe leh ansur-ansuran..

-Simpan duit setiap bulan ,x kira berapa jumlahnya..Kite just mahukan ia menjadi part of tabiat kita

-Buat satu senarai sebelum pergi beli belah,(INGAT BEZAKAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK)

-Buat perancangan terlebih dahulu dan beli barang masa jualan murah atau harga runtuh di kedai diskaun atau pasar lambak.Kalau leh kongsi brg dgn kawan2 atau keluarga..

-Jauhi dari kedai atau tempat yang membazirkan duit korang..(cth :pusat permainan)

-Pelajari cara-cara menyimpan duit dari keluarga or rakan-rakan..(jgn malu bertanya k)

-Jgn lupa ek..REKOD segala perbelanjaaan korang..maybe buku 555 leh digunakan

-Bandingkan rekod dgn perancangan kewngn korang…

Bilakah perlu aku ubah bajet aku?

Aku tahu,mula-mula kita mesti panic =kecewa+sedih+putus asa kerna x dapat patuhi bajet korang…aku pun dah rasainya..tapi kita kena practice selalu supaya perfect nanti..Ubah la perancgan anda mengikut keperluan korang…yang penting..kita dah ada penyata kewangan kita bila tahun dah berakhir…

p/s:Seiring dgn Maal hijrah dan tahun baru ,Mulakan dengan azam yang baru,moga2 kehidupan kita lebih baik dari tahun lepas..

“RAKYAT DIDAHULUKAN,PERCAPAIAN DIUTAMAKAN”

2 comments:

  1. Marilah kita memulakan tekad dan azam untuk memperkemaskan sistem kewangan kita dan berazam untuk membantu ekonomi umat Islam.

    ReplyDelete
  2. Ya..zikr pengurusan kewangan yang baik..dapat membantu kita melaksanakan sistem kehidupan dgn teratur dan insyallah ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...