Wednesday, July 29, 2009

Kisah Donald Trump


Assalamualaikum,para pedagang sekelian,mungkin hangpa pernah kot dengaq nama Donald Trump..bagi yang selalu ikuti dalam rancangan The Apprentice kat tv,mesti selalu dengar ayat power Encik Donald iaitu “You’re fire!!”..ish..ish…Kalau lar korang nak tahu,sebelum dia jadi sebegini billionair encik Donald ni sebenarnya pernah mengalami ‘zaman kegelapan’ nya …dalam erti kata dia pernah mengalami kerugian sebanyak USD900 juta semasa kegawatan ekonomi pada tahun 90an.…huh banyak tuh…kalau kita berada di situasi macam itu…kalau jiwa dan mental tidak kuat…tax tau la nak kata…tapi aku yakin,pedagang di luar sana selagi kita ada iman di dalam hati,insyaallah kita akan hadapi dengan baik…cukuplah Allah sebagai pelindung..

Aku bukan la nak cite pasal yang kurang iman menghadapi situasi macam itu,tapi nak cite yang x da iman pun boleh bangkit dari kegagalan hidup..ish..ish..malu kita sebagai orang Islam.. asalnya encik Donald ini memiliki aset kekayaan bernilai USD$1 billion melalui perniagaan hartanahnya. Apabila berlaku kegawatan ekonomi ,semua nilai hartanah jatuh,ramai para jutawan hartanah dan saham jatuh muflis. Mengikut ceritanya,Donald Trump juga tidak terkecuali. Tetiba isteri encik Donald Trump call..katanyan dia nak mintak cerai dan menuntut pampas an .,Agak-agak korang la…dah la sudah jatuh ditimpa tangga,tetiba plak isteri buat hal…apa korang akan buat masa itu?

Encik Donald ni x putus asa beb…walaupun dah hampir hilang segala harta dan wang serta isteri…dia terus berusaha dan bekerja dengan menggunakan ilmu,pengalaman,serta kemahiran yang dia miliki untuk membina semula empayar perniagaannya. Selepas 3 tahun beliau berjaya mendapat keuntungan lebih dari USD$3 billion. Bagi dia musibah yang melanda membuatkan beliau lebih bijak, kuat dan fokus berbanding sebelumnya..sesungguhnya ujian akan mematangkan kita…(mcm pernah dengar pepatah ini..tapi dimana ek)..

Maybe ada sesetengah yang kata:

Ahh..dia boleh la …dia bukan islam ,so leh amal kan riba,rasuah,judi and macam-macam..nabi dan sahabat pun x kaya macam Donald Trump…

Ini aku nak cite skit pada orang yang bersikap macam ini…tahukah korang..ape yang kita katakan yang dia leh amalkan amalan haram sebab itu dia kaya menunjukkan kita ni x yakin dengan rezeki yang Allah berikan serta larangan Allah terhadap sesuatu yang haram…kita x yakin dengan rukun iman yang pertama…kedua…tahu x bahawa Nabi Muhammad sebenarnya adalah orang yang sangat kaya dan para sahabat nabi pun begitu contoh nya Abdurahman bin Auf…(ini korang dh kenal kot)

Kalau x caya..buka terjemahan Al quran,surah Al-Anfal :1

Ayat menyatakan harta rampasan perang itu milik Allah dan Rasul…(menurut tafsir ibnu katsir) harta Rasul dalam ayat ini merujuk pada harta Nabi Muhammad …kalau dulu lah,kalau pihak musuh kalah,ia akan meninggalkan harta seperti pedang,baju besi,kuda,unta dan banyak lagi dan harta itu kalau menurut ayat 8:1 adalah milik rasul..dan bayangkan semua peperangan nabi ikut sehingga baginda wafat..dan bayangkan berapa banyak harta kekayaannya…Zaman dulu…nilai harta rampasan perang sangat tinggi…kalau x ,Allah x kan turunkan ayat ini yang menceritakan tentang pembahagian harta rampasan perang….

Cuba hangpa bayangkan ,jika nabi berperang di zaman ini,kalau pihak musuh kalah,antara harta rampasan perang zaman ini adalah kereta kebal,kereta selam,jet pejuang,bom nuclear,..kalau dihitung nilai nya..leh sampai berbilion-bilion…huh…dan harta itu milik Nabi…hah,macam itu lah anggapan nilai pada zaman dulu….

Tapi mesti korang pelik kan,nape dalam sirah,kita x dengar Nabi pakai baju mahal-mahal,rumah mewah dan makan makanan yang sedap-sedap…kata ustaz Azahari,Nabi dan para sahabat adalah orang yang PALING SUKA BERSEDEKAH…

Cuba kita semua bayangkan,bila nabi pulang dari berperang,bawa harta yang banyak…tiba-tiba tengah jalan,ada orang miskin,maka nabi pun bersedekah lah ..then jumpa plak janda kematian suami,pengemis,dan macam –macam orang..sampai dirumah Aisyah,tinggal sebiji kurma je….tengah-tengah nak makan,tetiba datang pengemis,katanya lapar sangat…maka Nabi pun kasi kurma itu..dan berkata pada si Aisyah..”kita berpuasa la hari ini”…ish..ish…insaf rasanya diri ini….betapa dahsyatnya keimanan nabi dan para sahabat dahulu…


Tuesday, July 28, 2009

Haram tetapkan untung pelaburan :Fuqaha sepakat beri jaminan laba kepada pemodal menyamai riba.


Assalamualaikum,ini adalah keratan akhbar Berita minggu (Ahad 25 januari 2009) di bahagian Persoalan agama bersama Jakim.Asalnya keratan ini sudah lama bersama saya cuma baru kali ini saya berkesempatan untuk post di blog ini…

Ini persoalan dari En.Zukefeli Yusof dari Kuantan ,Pahang.

“Ketika ini terlalu banyak pelaburan yang menyamai skim cepat kaya.Bezanya ada perniagaan itu membabitkan usaha seperti ternakan cacing,ikan keli serta sewa kereta yang menjanjikan KEUNTUNGAN TETAP SETIAP BULAN.Sebagai contoh pelaburan Rm 1000 boleh memberi keuntungan kira-kira RM 150 sebulan selama dua tahun.Saya musykil mengenai hukum pelaburan sedemikian.

Jawapan Jakim adalah:

“Hadis Rasullullah menyatakan bahawa al kharraj bi aldaman iaitu bagi mendapatkan keuntungan (hasil pelaburan) mesti menghadapi risiko yang bermaksud tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokan barang yang dijual jika membabitkan jual beli.Justeru,fuqaha sepakat jaminan untung dalam kontrak pelaburan adalah haram kerana ia RIBA.

Keuntungan dalam pelaburan mudarabah misalnya akan dikongsi bersama antara pemodal dan pengusaha berdasarkan nisbah yang dipersetujui,manakala kerugian ditanggung pemodal kecuali kerugian itu berpunca daripada kecuaian pengusaha.

Jika akad pelaburan mudarabah menetapkan jumlah keuntungan pada awal kontrak antara pengusaha dan pemodal ,maka akad itu tidak sah disisi hukum syarak kerana syaratnya sudah rosak.

Kontrak pelaburan yang MENJAMIN PULANGAN ATAU KEUNTUNGAN pada AWAL kontrak kepada individu TANPA MELIHAT HASIL SESUATU USAHA dikategorikan sebagai riba yang diharamkan Islam.

Majlis Penasihat Syariah ,Accounting & Auditing Organization For Islamic Instituation (AAOCFI) membuat keputusan sebarang pihak menetapkan baginya jumlah untung yang tetap dan pasti,maka rosak akad pelaburan itu.

Perlu ditegaskan disini keuntungan dalam pelaburan adalah perbezaan jumlah hasil dengan kos.Hasil diperoleh daripada kegiatan yang berdepan dengan risiko dalam perniagaan membabitkan gabungan pelaburan kewangan,tenaga dan usaha.Menurut Yusuf al Qaradawi pula dalam kitabnya al Halal wa al Haram fi al Islam ,penetapan kadar keuntungan atau kerugian dalam perniagaan menafikan keadilan yang jelas dan nyata.ia menggalakkan usaha mendapatkan jaminan pulangan tanpa bekerja dan nerusaha dan ini adalah roh riba yang keji.

Kesimpulannya,ulama berpendapat sebarang bentuk pelaburan dalam perniagaan yang dijamin keuntungannya haram dari segi hukum syarak kerana realitinya dalam sesuatu perniagaan ialah seseorang terdedah kepada aspek keuntungan dan kerugian berdasarkan kaedah fiqh al ghunmu bil

Monday, July 27, 2009

Awas kepada pengguna yang menghantar laptop or komputer untuk diperbaiki oleh pembaiki komputer ...



Assalamualaikum,pedagang-pedagang sekalian...baru-baru ni aku melawati laman web ustaz zaharuddin,dan salah satu article yang bertajuk 'penipuan Jurutera komputer ' amat mengejutkan diriku...

ini article yang aku copy and paste ...

"Dunia memang penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia.

Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat muda untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.

Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahaja page yang ditekan oleh technician tersebut.

Keputusan yang diperolehi amat mengejutkan iaitu :-

  • 1. Hanya satu kedai yang jujur terus terang memberitahu hanya kerosakan kecil dan ia dibaiki tanpa bayaran.

  • 2. Semua kedai lain (hampir 5 buah), didapati membuka fail peribadi pemilik computer, melihat gambar peribadi pemilik computer, malah lebih dahsyat mereka turut menyalin sebahagian gambar dan maklumat peribadi.

  • 3. Mereka juga cuba berkali-kali untuk akses ke laman internet banking yang digunakan oleh pemilik komputer, tetapi gagal kerana di dalam kes ini komputer yang dihantar adalah dirancang dan pemilik sengaja memasukkan butiran palsu. Ini bermakna jika orang biasa yang kerap memasuki internet banking melalui komputer kita yang rosak ini, maka dengan mudah pihak technician komputer boleh mencuri segala maklumat, malah boleh mengakses akaun bank kita juga.

  • 4. Mereka juga boleh mengakses segala akaun email dan sebagainya kerana password kita yang boleh diperolehi dari komputer kita.

  • 5. Mereka juga didapati menipu pelanggan apabila mengatakan kerosakan serius, ada yang mencadangkan pelanggan agar menukar motherboard computer yang berniali GBP 130 (RM750), sedangkan pihak penyiasat sengaja melonggar satu memori cip sahaja. Bayangkan bagaiamana penipuan sebegini dengan mudah berlaku dalam industry pembaikpulihan computer. Dalam kes ini, dua pihak telah membayar ‘refund' kepada pihak penyiasatan apabila penipuan mereka dibongkarkan sejurus selepas itu. Malangnya, syarikat yang menipu bukan hanya syarikat kecil tetapi termasuk syarikat gergasi seperti PC World!.

Berdasarkan laporan di atas, saya suka menasihatkan orang ramai agar berifkir panjang dan membuat pilihan sebaik-baiknya sebelum menghantar lap top atau desktop anda untuk pemulihan.

Anda mungkin tiada gambar peribadi sexy yang ingin dirisaukan, tetapi bagaimana dengan maklumat perbankan internet, email, facebook dan sebagainya.

Jika ada peniaga, mekanik atau technichan computer yang membaca tulisan ini, sedarlah segala tindakan tersebut adalah haram di sisi Islam, dan segala keuntungan hasil penipuan juga haram.

Seseorang peniaga mungkin dengan mudah boleh memperolehi keuntungan ganda hasil menukar benda yang tidak perlu, tetapi ia merupakan satu penipuan yang hanya melayakkan seseorang untuk berada di neraka Allah swt. Hal yang sama juga mungkin berlaku semasa kita membaiki kereta, ditukarnya benda yang tidak rosak atau sengaja dirosakkan bahagian yang tidak rosak agar boleh mendapat caj yang lebih.

Beringat-ingatlah..

p/s:nampaknya kita perlu menambahkan pengetahuan kita tentang ilmu membaiki komputer..maybe bagi pengguna komputer yang biasa macam pelajar,x banyak perkara rahsia yang di simpan olehnya di komputer...paling dasyat pun gambar or video yang tidak menutup aurat...tapi bagi pedagang ,segala transaksi duit,akaun bank,password,atau rahsia syarikat kalu terjatuh ketangan yang salah...huh..bahaya...

so kalau ada kursus cara format komputer...jangan malas-malas nak join ye...

Jalani hidup ini sekadar ABC


Assalamualaikum,para pedagang sekelian..terima kasih kerana sudi lagi jenguk blog ini..Kali ini aku dapat satu kaedah psikologi dari Ustaz Azahari.Dia kata kita jalani lah hidup ini dengan mudah seperti ABC...huh..aku terpikir,macam mana dia kata mcm itu ek...sedangkan kehidupan ini sangat komplek...ye la ,manusia yang menjadikannya komplek....

Dia ambil contoh begini...
situasi 1:
A bli barang dari si B,dan B terima duit dari Si A..kemudian si B menggunakan duit itu untuk beli arak atau benda haram (perkara C) la katakan...Masa itu A x tahu pun kemana duit yang si B nak belanjakan...A bersangka baik yang Si B ini akan guna duit itu untuk perkara yang halal..Adakah A bersalah?


jwpannya: tidak..sebab A x tahu duit itu akan dibelanjakan ke mana..Dari sisi syariah,A hanya berurusan dengan B,tetapi perkara C iaitu pembelian benda haram tidak diketahui oleh A,maka urusan B dengan C x perlu lah diselidik oleh A..kerana perkara c itu adalah perkara yang tidak pasti atau pengetahuan A tentang C itu tidak terjangkau oleh akal fikiran.

Situasi 2:Akhirnya si A tahu yang si B guna duit untuk ke jalan yang haram..tapi si A masih lagi membeli barang dari si B..Adakah A salah?

Jawapannya:Ya ..kerana A secara x langsung 'membantu ' si B untuk membeli perkara C..

Contoh yang lain...

situasi 3 : Si A membuat pelaburan ke atas syarikat B,dan syarikat B menyatakan syarikat ini mengamalkan sistem kewangan Islam dimana tiada riba,judi or gharar(tidak pasti)..Dalam diam-diam, syarikat B ada berniaga dengan syarikat C yang merupakan syarikat menjual babi..adakah si A salah?

jawapan: tidak ...kerana syarikat B sudah menyatakan yang syarikat ini mengamalkan sistem kewangan islam..maka urusan A dan B adalah sah disisi syariah tapi urusan B dengan C ,x perlu lah ditanggung dosanya oleh Si A..melainkan si A tahu akan urusan B dengan C.

Situasi 4: Si A bercakap-cakap dengan si B dan berkata bahawa perbincangan ini adalah antara si A dan B je...x perlu diketahui oleh si C or D or seterusnya...So Si A x perlu lah risau akan kemungkinan ya atau tidak si B akan menceritakan pada si C or seterusnya kerana ia diluar bidang kemampuannya...melainkan si A tahu bahawa si B seorang yang x boleh dipercayai..


Dalam situasi di atas,perkara yang tidak diketahui oleh kita,dan kita x da kemampuan untuk mengetahuinya,x perlu lah kita sibuk-sibuk memeningkan kepala untuk memikirnya...

So kata ustaz ini,kalau lah kita jalani kehidupan ini semudah ABC,hidup kita akan semudah itu...kalau halal atau haq ,kita ambil,kalau haram atau batil,kita tinggalkan,perkara syubhah atau was-was,kalau kita x ketahui maka lebih baik tinggalkan ...islam itu mudah,tapi jangan permudahkan...

p/s:teringat hadis 6 (menjaga agama)

Saturday, July 25, 2009

Perniagaan yang ku sangka halal rupanya tidak halal.

Aku telah mengikuti satu kursus Wasilah 1 anjuran Takaful Ikhlas Sdn Bhd (TISB) yang mana penceramahnya adalah ustaz Azahari lulusan undang-undang syariah dan menjadi tenaga pengajar di TISB.Setiap butir perkataannya ku amati jelas..sampai satu ketika dia memberi satu contoh perniagaan...

Ustaz:saudara,sekarang ini ustaz ingin membeli nasi lemak yang lauknya ikan keli,sotong dan kangkung yang berharga Rm 4 dari kamu ,penjual nasi lemak..dan ustaz kata "saya beli" dan kamu kata "saya jual" Adakah perniagaan ini sah disisi syarak?

pedagang(dalam hati):Menurut konsep jual beli (muawadha),kita kena ada penjual,pembeli ,kontrak(akad) dan barang...maka sah la...

ustaz:ya...bagaimana pula dengan mesin minuman di pasaraya yang mana kita masuk kan syiling dan kita dapatkan minuman itu?

pedagang(dalam hati):eh ini kontrak(akad ) x da...mcm mana ek?

ustaz:Mengikut mazhab syafii,kena ada akad baru sah,tapi kalau kita ikut mazhab maliki or hanafi,sesuatu keadaan dalam masyarakat yang mengangap lafaz akad yang terlahir secara 'x rasmi' seperti kita beli air minuman dari mesin minuman sudah memadai...x kan nak cakap depan mesin tu,"saya beli"...inilah ijtihad ulama kontemporari...

ustaz:salah satu budaya niaga masyarakat kita yang sebenarnya x sah disisi syariah adalah seperti begini situasinya...hah pedagang,ustaz ni menjual keronsang rm 8 dan mintak kamu TOLONG jual,komisen sebanyak rm 2 kamu,saya bagi....perniagaan ini sah disisi syarat....tapi jika kamu menjual dengan harga rm 9 ringgit ,means that,kamu dapat komisen rm 2 dan kamu untung rm 1 ...adakah perniagaan ini sah disisi syariat....?

pedagang:sah la kot..

ustaz:x ...perniagaan ini x sah disisi syariah,dan rm 1 itu adalah RIBA kerana,saya mintak kamu Tolong jual,means that barang itu MASIH KEPUNYAAN SAYA.Untuk membolehkan kamu menjual rm 9,kamu perlu menukarkan STATUS MILIKAN KERONSANG ITU MENJADI MILIK KAMU,mcm mana?iaitu dengan kamu menyatakan kamu ingin membeli keronsang dari saya sama ada secara kreadit atau cash dan kemudian kamu menjual nya mengikut harga kamu sendiri...kerugian atau keuntungan adalah hak kamu,bukan saya.Kalau kamu lihat,perbezaan dua situasi ini hanyalah AKAD..

pedagang:hah,biar betui...

ustaz:riba ini boleh muncul bermacam-macam keadaan,contoh kamu kata pada kawan kamu yang kamu nak beli megi dua bungkus darinya,dan kamu britau padanya MASA ITU JUGA,nanti kamu beri balik 3 megi,yang mana 1 magi sebagai hadiah suka-suka..maka 1 megi itu adalah riba...ini kerana ,hadiah x perlu dilafaz semasa pembelian itu,kalau berniat nak bagi 1 megi sebagai hadiah,simpan niat itu dalam hati masa itu ,biarlah semasa pembayaran balik megi itu nanti dan lafazkan kepada kawan kamu yang 1 megi ini sebagai hadiah...riba ini adalah dalam bentuk barang.

Dalam konsep jual beli,harga mestilah sama nilai dengan barang,tidak boleh kurang,dan tidak boleh tambah..melainkan harga tersebut mengikut pasaran...contohnya petrol..hari ini rm 1.70 seliter di pasaran,esok naik sekupang dalam harga pasaran..islam itu mudah tapi jangan permudahkannya...

Wah,bagaimana pedagang-pedagang sekalian,banyak yang kita x tahu kan....perkara yang sepele rupanya penting.....banyak sebenarnya yang ingin aku kongsi,tapi cukup la kot post kali ini...nanti aku kongsi di lain post ya..kalau ada pertanyaan,leh terus direct disini...bukan apa riba ini dosanya paling besar...dan Allah dh nyatakan dalam Al quran,surah albaqarah.278-279,pengamal riba diibaratkan berperang dengan Allah...nauzubillah min zalik...

p/s:untuk keterangan lanjut mengenai riba dalam bentuk barang..leh lawat di link ini
http://www.zaharuddin.net/content/view/855/72/

Banyak perkara yang kita kdg-kdg buat atas niat nak tolong,or simpati..tapi kalau x kena caranya leh jadi perkara yang salah disisi syariah...Suka dengan kata ustaz azahari,islam itu mudah tapi jangan permudahkan...

Menguruskan Harta


Assalamualaikum pedagang-pedagang sekelian,Alhamdulillah kerana Allah masih memberi nikmat kepada kita untuk hidup sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah di muka bumi ini.Kali ini,inginku berkongsi ilmu mengenai cara menguruskan harta menurut Dr Abd Razak Abu chik di dalam sebuah akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 April 2008…huh dah lama juga…tapi baru skrang aku belajar dan berkongsi dengan hangpa semua…x terlambat rasanya..

Direct to the point,carta dibawah merupakan tingkat perancangan yang sepatutnya dilalukan oleh seorang warga Malaysia yang inginkan kejayaan didunia dan akhirat.Maybe ada pedagang di luar sana sudah expert dalam merancang perbelanjaan,penyimpanan dan juga pewarisan harta..tahniah ku ucapkan..tapi bagi pedagang-pedagang yang baru nak belajar cara pengurusan harta seperti aku memang patut pun kita cuba aplikasikan kaedah ini.

Halal

Haram

Langkah 7: Merancang untuk mengagihkan harta

menulis surat wasiat,hibah,wasiat,wakaf,dan seumpamanya
Membuat perjanjian untuk mengagihkan harta tidak mengikut faraid yang ditetapkan.

Langkah 6 : Melaburkan harta

Melaburkan wang di institusi yang bebas drpd riba,gharar,dan judi
Melaburkan wang di institusi yang mengamalkan riba,gharar dan judi.

Langkah 5 : Menyimpan harta

Menyimpan wang di institusi yang bebas daripada riba.

Menyimpan wang di institusi yang mengamalkan sistem riba.

Langkah 4 : Mengeluarkan zakat harta

Mengeluarkan zakat fitrah,perniagaan,kewangan,harta dan cukai pendapatan.
Mengelakkan diri dari membayar zakat dan cukai pendapatan.

Langkah 3 : Membelanjakan harta

Membelanjakan harta untuk diri sendiri,keluarga,masyarakat dan tanggungan
Membeli sesuatu yang diharamkan untuk ,keluarga dan tanggungan.

Langkah 2 : Melindungi harta

Menyertai skim takaful
Membeli polisi insurans konvensional

Langkah 1 : Mencari harta

Berkerja sama ada dengan kerajaan,swasta,berniaga atau bekerja sendiri
Mencuri,merompak,makan riba atau memperoleh rezeki dari sumber haram.

Disini aku ingin tekankan langkah kedua dalam carta ini.Langkah ini kadang-kadang or selalu dilupakan oleh kita .Selalunya kita terus ke langkah 3 atau 5 selepas langkah 1.Ada gak yang aku terjumpa seorang pedagang juga mcm aku ,dari langkah 1 terus lompat ke langkah 6…ish..ish…

Hadith riwayat Ibnu Majah

“sesungguhnya orang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan terhadap harta dan jiwaraga manusia”

Disini ku sertakan keratan akhbar mengenai seorang perasa kopi yang menginsurans lidahnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

Kemungkinan,kita x da la sampai nak insurans macam dia,tapi kita ambil pengajaran bahawa dalm kehidupan ini,risiko sentiasa berada disekeliling kita,risiko harta dicuri,harta musnah,kecederaan jasad dan kehilangan nyawa.Cuma kita yang masih tidak mahu ‘beringat sebelum kena’.

Bagi langkah 3,rasanya semua dah expert kot bab berbelanja,cuma ingin ku sertakan sedikit panduan /ilmu yang ku baru dapati dari seorang ustaz mengenai kaedah berbelanja menurut syariah.Pertama berbelanja mengikut Dharuriyat (jika tiada keperluan ini,maka kehidupan tidak dapat bergerak lancar,contohnya membeli keperluan asas seperti rumah),kemudian bila ada duit lebihan baru berbelanja mengikut Hajiyat (yang bertujuan menghilangkan kesulitan dan kesempitan yang membawa kepada kesusahan hidup,contoh membeli kenderaan untuk pergi kerja).Sekiranya perbelanjaan mengikut Tahsiniyat (yang bertujuan memperindahkan atau menambahkan kesempurnaanya seperti mencantikkan ‘body’ kereta)yang mana tanpa nya ia akan menyebabkan kehidupan buruk dari pandangan akal).

Bagi langkah 4 dan langkah 5,hangpa leh rujuk pada carta..untuk langkah 6 iaitu pelaburan.Pelaburan merupakan salah satu cara untuk mengandakan pendapatan,akan tetapi ini mempunyai risiko untung dan rugi.Seseorang yang ingin melakukan langkah ini biasanya mempunyai lebihan pendapatannya yang mana dia mahu mendapatkan keuntungan supaya dapat digunakan dimasa tua atau kecemasan.Mana-mana individu yang ingin melabur dimana-mana institusi atau perniagaan ,dinasihatkan melihat terlebih dahulu profil company yang boleh dilawati di www.sc.com.my/..

Bagi langkah terakhir,pewarisan harta ini agak panjang gak ceritanya…nanti aku ceritakan lain kali.tapi hangpa leh gak cari kat carian google…leh dapat banyak informasi tentangnya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...