Tuesday, July 28, 2009

Haram tetapkan untung pelaburan :Fuqaha sepakat beri jaminan laba kepada pemodal menyamai riba.


Assalamualaikum,ini adalah keratan akhbar Berita minggu (Ahad 25 januari 2009) di bahagian Persoalan agama bersama Jakim.Asalnya keratan ini sudah lama bersama saya cuma baru kali ini saya berkesempatan untuk post di blog ini…

Ini persoalan dari En.Zukefeli Yusof dari Kuantan ,Pahang.

“Ketika ini terlalu banyak pelaburan yang menyamai skim cepat kaya.Bezanya ada perniagaan itu membabitkan usaha seperti ternakan cacing,ikan keli serta sewa kereta yang menjanjikan KEUNTUNGAN TETAP SETIAP BULAN.Sebagai contoh pelaburan Rm 1000 boleh memberi keuntungan kira-kira RM 150 sebulan selama dua tahun.Saya musykil mengenai hukum pelaburan sedemikian.

Jawapan Jakim adalah:

“Hadis Rasullullah menyatakan bahawa al kharraj bi aldaman iaitu bagi mendapatkan keuntungan (hasil pelaburan) mesti menghadapi risiko yang bermaksud tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokan barang yang dijual jika membabitkan jual beli.Justeru,fuqaha sepakat jaminan untung dalam kontrak pelaburan adalah haram kerana ia RIBA.

Keuntungan dalam pelaburan mudarabah misalnya akan dikongsi bersama antara pemodal dan pengusaha berdasarkan nisbah yang dipersetujui,manakala kerugian ditanggung pemodal kecuali kerugian itu berpunca daripada kecuaian pengusaha.

Jika akad pelaburan mudarabah menetapkan jumlah keuntungan pada awal kontrak antara pengusaha dan pemodal ,maka akad itu tidak sah disisi hukum syarak kerana syaratnya sudah rosak.

Kontrak pelaburan yang MENJAMIN PULANGAN ATAU KEUNTUNGAN pada AWAL kontrak kepada individu TANPA MELIHAT HASIL SESUATU USAHA dikategorikan sebagai riba yang diharamkan Islam.

Majlis Penasihat Syariah ,Accounting & Auditing Organization For Islamic Instituation (AAOCFI) membuat keputusan sebarang pihak menetapkan baginya jumlah untung yang tetap dan pasti,maka rosak akad pelaburan itu.

Perlu ditegaskan disini keuntungan dalam pelaburan adalah perbezaan jumlah hasil dengan kos.Hasil diperoleh daripada kegiatan yang berdepan dengan risiko dalam perniagaan membabitkan gabungan pelaburan kewangan,tenaga dan usaha.Menurut Yusuf al Qaradawi pula dalam kitabnya al Halal wa al Haram fi al Islam ,penetapan kadar keuntungan atau kerugian dalam perniagaan menafikan keadilan yang jelas dan nyata.ia menggalakkan usaha mendapatkan jaminan pulangan tanpa bekerja dan nerusaha dan ini adalah roh riba yang keji.

Kesimpulannya,ulama berpendapat sebarang bentuk pelaburan dalam perniagaan yang dijamin keuntungannya haram dari segi hukum syarak kerana realitinya dalam sesuatu perniagaan ialah seseorang terdedah kepada aspek keuntungan dan kerugian berdasarkan kaedah fiqh al ghunmu bil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...