Saturday, July 25, 2009

Menguruskan Harta


Assalamualaikum pedagang-pedagang sekelian,Alhamdulillah kerana Allah masih memberi nikmat kepada kita untuk hidup sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah di muka bumi ini.Kali ini,inginku berkongsi ilmu mengenai cara menguruskan harta menurut Dr Abd Razak Abu chik di dalam sebuah akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 April 2008…huh dah lama juga…tapi baru skrang aku belajar dan berkongsi dengan hangpa semua…x terlambat rasanya..

Direct to the point,carta dibawah merupakan tingkat perancangan yang sepatutnya dilalukan oleh seorang warga Malaysia yang inginkan kejayaan didunia dan akhirat.Maybe ada pedagang di luar sana sudah expert dalam merancang perbelanjaan,penyimpanan dan juga pewarisan harta..tahniah ku ucapkan..tapi bagi pedagang-pedagang yang baru nak belajar cara pengurusan harta seperti aku memang patut pun kita cuba aplikasikan kaedah ini.

Halal

Haram

Langkah 7: Merancang untuk mengagihkan harta

menulis surat wasiat,hibah,wasiat,wakaf,dan seumpamanya
Membuat perjanjian untuk mengagihkan harta tidak mengikut faraid yang ditetapkan.

Langkah 6 : Melaburkan harta

Melaburkan wang di institusi yang bebas drpd riba,gharar,dan judi
Melaburkan wang di institusi yang mengamalkan riba,gharar dan judi.

Langkah 5 : Menyimpan harta

Menyimpan wang di institusi yang bebas daripada riba.

Menyimpan wang di institusi yang mengamalkan sistem riba.

Langkah 4 : Mengeluarkan zakat harta

Mengeluarkan zakat fitrah,perniagaan,kewangan,harta dan cukai pendapatan.
Mengelakkan diri dari membayar zakat dan cukai pendapatan.

Langkah 3 : Membelanjakan harta

Membelanjakan harta untuk diri sendiri,keluarga,masyarakat dan tanggungan
Membeli sesuatu yang diharamkan untuk ,keluarga dan tanggungan.

Langkah 2 : Melindungi harta

Menyertai skim takaful
Membeli polisi insurans konvensional

Langkah 1 : Mencari harta

Berkerja sama ada dengan kerajaan,swasta,berniaga atau bekerja sendiri
Mencuri,merompak,makan riba atau memperoleh rezeki dari sumber haram.

Disini aku ingin tekankan langkah kedua dalam carta ini.Langkah ini kadang-kadang or selalu dilupakan oleh kita .Selalunya kita terus ke langkah 3 atau 5 selepas langkah 1.Ada gak yang aku terjumpa seorang pedagang juga mcm aku ,dari langkah 1 terus lompat ke langkah 6…ish..ish…

Hadith riwayat Ibnu Majah

“sesungguhnya orang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan terhadap harta dan jiwaraga manusia”

Disini ku sertakan keratan akhbar mengenai seorang perasa kopi yang menginsurans lidahnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

Kemungkinan,kita x da la sampai nak insurans macam dia,tapi kita ambil pengajaran bahawa dalm kehidupan ini,risiko sentiasa berada disekeliling kita,risiko harta dicuri,harta musnah,kecederaan jasad dan kehilangan nyawa.Cuma kita yang masih tidak mahu ‘beringat sebelum kena’.

Bagi langkah 3,rasanya semua dah expert kot bab berbelanja,cuma ingin ku sertakan sedikit panduan /ilmu yang ku baru dapati dari seorang ustaz mengenai kaedah berbelanja menurut syariah.Pertama berbelanja mengikut Dharuriyat (jika tiada keperluan ini,maka kehidupan tidak dapat bergerak lancar,contohnya membeli keperluan asas seperti rumah),kemudian bila ada duit lebihan baru berbelanja mengikut Hajiyat (yang bertujuan menghilangkan kesulitan dan kesempitan yang membawa kepada kesusahan hidup,contoh membeli kenderaan untuk pergi kerja).Sekiranya perbelanjaan mengikut Tahsiniyat (yang bertujuan memperindahkan atau menambahkan kesempurnaanya seperti mencantikkan ‘body’ kereta)yang mana tanpa nya ia akan menyebabkan kehidupan buruk dari pandangan akal).

Bagi langkah 4 dan langkah 5,hangpa leh rujuk pada carta..untuk langkah 6 iaitu pelaburan.Pelaburan merupakan salah satu cara untuk mengandakan pendapatan,akan tetapi ini mempunyai risiko untung dan rugi.Seseorang yang ingin melakukan langkah ini biasanya mempunyai lebihan pendapatannya yang mana dia mahu mendapatkan keuntungan supaya dapat digunakan dimasa tua atau kecemasan.Mana-mana individu yang ingin melabur dimana-mana institusi atau perniagaan ,dinasihatkan melihat terlebih dahulu profil company yang boleh dilawati di www.sc.com.my/..

Bagi langkah terakhir,pewarisan harta ini agak panjang gak ceritanya…nanti aku ceritakan lain kali.tapi hangpa leh gak cari kat carian google…leh dapat banyak informasi tentangnya...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...