Saturday, August 29, 2009

5 tahun selepas ‘liberalisasi ekonomi’ Malaysia




Salam,article ni aku ambil di laman web Zainulfaqar.Ia merupakan article yang menarik untuk di perbincangkan dan membuka minda kita tentang view ekonomi kita sekarang,dan masa depan.

By zainulfaqar
Categories: My View
Tags: 5 tahun selepas liberalisasi ekonomi Malaysia, FESKUM 2009, Liberalisasi Ekonomi, Universiti Malaya, Zainulfaqar Yaacob

Prolog

WALAUPUN peringkat awalnya saya menolak untuk menjadi moderator suatu forum ekonomi sempena perayaan Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM), setelah saya diberitahu bahawa forum tersebut akan 5 Tahun Selepas Liberalisasi Ekonomi Malaysia, saya mula berfikir dua kali untuk menolak jemputan itu. Apabila saya diberitahu bahawa forum itu akan diraikan juga oleh panelis Datuk Paduka Hj. Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan) serta 2 Co-Moderator lain iaitu Sdr. Mohd Hilmi Ramli (Presiden PKPiM) dan Wan Fadzrul Wan Bahrum (Intern MTT); menjadikan saya tidak ada alasan lagi untuk tidak berpartisipasi dengan forum unik itu. Jujur saya katakan, saya sendiri tidak dapat membayangkan apa akan berlaku di Malaysia 5 tahun akan datang selepas Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan dasar liberalisasi ekonomi. Untuk pergi ke dunia futuristik itu, maka saya tidak boleh terlalu banyak bergantung pada soal falsafah serta inti liberalisasi ekonomi itu sendiri. Sebaliknya, saya harus berfikir untung dan rugi dasar itu pada rakyat dan negara secara realistik micro-macro.

Pro-Konsumer vs Pro-Pemodal

Pro liberalisasi ekonomi percaya bahawa dasar itu lebih menguntungkan rakyat berbanding protektisme yang jelas menguntungkan kerajaan atau kaum pemodal semata-mata.

Contoh lazim adalah Toyota Cambry yang sepatutnya bernilai RM90K dalam pasaran global, apabila dibeli rakyat di Malaysia nilainya melonjak naik RM180K. Begitu juga dengan kereta keluaran domestik, lebih mahal harganya berbanding harga komersial dalam pasaran global.

Semua ini berlaku ekoran kenaikan duti import, cukai tarif yang menguntungkan kerajaan serta kaum pemodal.

Semua ini terpaksa dilakukan demi memelihara serta memulihara servival produktiviti Proton dalam pasaran domestik dan global.

Bagaimana pun jika dilihat secara objektif; contoh ini tidak tepat untuk menjelaskan apa akan berlaku 5 tahun lagi kepada konsumer (rakyat), negara (kerajaan) dan penggiat ekonomi (pemodal domestik-global).

Liberalisasi yang hendak dibuat Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya melibatkan 27 sub-sektor perkhidmatan serta perbankan Islam-perlaburan; tidak termasuk sektor automotif.

Contoh yang lebih hakiki adalah liberalisasi ekuiti sebanyak 70% dalam perbankan perlaburan (investment bank) hanya akan menguntungkan kaum pemodal-kerajaan; walhal keperluan konsumer seperti sewa beli kereta, rumah, komputer riba, iKS dll semuanya sama-sama menumpu pada perbankan konvensional (commercial bank).

Pokoknya, rakyat tidak mendapat untung pada liberalisasi ini.

Biarpun akan wujud kerancakan dalam putaran ekonomi domestik, tetapi tidak ada jaminan bahawa semua itu menjunjung kepentingan rakyat dan kerajaan sendiri.

Krisis ekonomi global yang melanda Amerika serta dunia tahun lalu hatta menyaksikan beberapa gergasi perbankan pelaburan seperti Bank of America, Merril Lynch, American International Group (AiG) dan Lehman Group yang goyah; seharusnya menjadi pedoman bagi kita yang mahu wajah pelaburan perbankan kita juga menuju pada polisi-polisi yang lebih liberal.

Ini kerana bank-bank pelaburan tersebut tidak mahu menjunjung kepentingan negara dan rakyat terutamanya ketika ekonomi global diramalkan menguncup; kerana para pelaburnya tidak mahu diikat dengan suatu polisi ke arah itu.

Akhirnya, 5 tahun lagi Malaysia akan menyaksikan rugi rakyat (konsumer) dan rugi juga kerajaan.

Yang sah untung adalah kaum pemodal (kapitalis) jika liberalisasi ekonomi ini dilaksanakan esok!

Untung Melayu vs Rugi Rakyat

Dengan liberalisasi ekonomi, bermakna mobilisasi perdagangan tidak lagi tergantung pada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dasar Bumiputranisme 30%. Semuanya berpijak atas sistem meritokrasi kerana inti liebralisasi ekonomi adalah kebebasan perdagangan secara mutlak.

Dikatakan etnik Melayu paling bimbang tentang kedudukan kedudukan ecopolcial (ekonomi-politik-sosial).

Semuanya selepas Kementerian Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhkan ekoran mahu melaksanakan dasar liberalisasi ini.

Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa MECD ini tidak juga menguntungkan etnik Melayu mahupun rakyat dari bangsa-bangsa lain.

Yang untung adalah ahli-ahli Umno sendiri yang sudah terlazim dengan budaya kronisme dan rasuah.

Di mana untung Melayu? Di Mana untung rakyat? Dan di mana untung kroni-kroni Umno?

Jenama Baru vs Dasar Lama

Dari sisi pandang yang lain, dikatakan liberalisasi ekonomi ini tidak juga mutlak, tetapi bersifat selektif.

Jika begitu, bermakna dasar ini tidaklah baru. Sama seperti beberapa dasar ekonomi yang pernah dipopularkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad dulu.

Tun ada memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur. Tun selalu melaung-laungkan dogma Buy British Last.

Dasar itu juga dipercayai sebagai Serampang Dua Mata – (1)menggalakkan perkembangan industri inovatif domestik; dan (2)mengimport teknologi dari negara-negara terbabit.

Tun pernah menjalinkan hubungan dengan Mitshubishi Corp. (Jepun) sehingga lahirnya industri outomotif Proton pada tahun 1993.

Hasilnya, produktiviti proton berlaku dalam dalam skala yang kecil disebabkan faktor; namun sehingga kini teknologi Jepun khususnya dalam hal enjin dan transmisi masih gagal dipindahan ke Malaysia.

Akhirnya, Tun beralih pandang ke Eropah jua dengan membneli teknologi automotif Lotus.

Begitu juga dalam urusan pemindahakan teknologi kejuruteraan binaan. Tun telah berunding dengan Syarikat Takenaka Kumagai (Jepun) untuk membina bangunan Dayabumi.

Tun sanggup menghabiskan RM313 juta atau lebih RM71 juta dari sebut harga yang ditawarkan oleh sebuah syarikat anak tempatan pada waktu itu, pada hal hanya 20 hingga 40 buruh tempatan terlibat dalam kerja-kerja teknikal waktu pembinaan itu berlangsung.

Untuk lari dari kapitalis Eropah, Tun berpaling kepada Jepun.

Walhal, tidak banyak teknologi Jepun diwariskan kepada Malaysia kerana Jepun juga akrab dengan nilai kapitalisme. Kaum kapitalis selalunya tidak liberal dalam soal keuntungan serta servival perdagangan.

5 tahun lagi, adakah produktiviti tempatan yang agak berjaya merampas pasaran konsumerisme global; atau negara kita sebenarnya menjadi lubuk pasaran produktiviti negara-negara maju yang jelasnya tinggi mutu pembuatannya berbanding produk domestik.

Jenama baru atau lama; dasar lama atau baru tidak penting. Yang penting, mampukah liberalisasi ekonomi itu tidak mengulangi kegagalan yang lalu?

Buruh vs Majikan

Pro liberalisasi ekonomi juga percaya dengan penggalakkan pelaburan asing dalam negara, bermakna akan tumbuhlah kilang-kilang, firma-firma, bank-bank dan industri perkhidmatan.

Maka, ruang pekerjaan juga akan melebar.

Namun, perlu diingatkan bahawa liberalisasi ini juga majikan bebas menguruskan guna tenaga buruh secara fleksibal.

Sekarang, buruh datangan Indonesia, Vietnam, Filipina, Bangladesh serta beberapa negara lain bukan sahaj menumpu dalam profesyen ‘kasar’.

Kaum profesional dari sana juga sudah banyak diimport ke dalam negara sejak dasar buruh luar diperkenalkan di Malaysia.

Lebih baik menggajikan seorang akauntan atau jurutera komputer datangan Indonesia dengan RM1200 per bulan, berbanding anak tempat yang mahu gaji manimum RM1800 per bulan.

Itu tidak dikira lagi moral majikan yang sesuaka hati mengetepikan kaum buruh tanpa apa-apa jaminan hayat, apabila syarikatnya diramalkan atau dirundung kerugian.

5 tahun lagi, Malaysia akan menyaksikan skala perindustrian mungkin akan mengembang dari apa yang ada, tetapi manfaatnya untuk rakyat mungkin kian menguncup kerana soal keuntungan majikan adalah segala-galanya dalam kamus liberalisasi ekonomi.

Beli Barang Malaysia vs Beli Barang Murah

Bukan Malaysia sahaja mengamalkan dasar ‘Beli Barang Buatan Malaysia’; Amaerika Syarikat yang diwar-warkan mengamalkan ekonomi yang liberal juga mengembangkan kempen yang tidak jauh berbeza.

Dalam kepercayaan masing-masing, dengan berbuat demikian mungkin mendorong rakyat tanah air membeli barang-barang keluaran tempatan.

Sesetengah ekonomis berpendapat kempen itu bukanlah manifestasi pada proteksionisme perdagangan terancang peringkat negara, tetapi suatu strategi kempen perdagangan semata-mata.

Rakyat berkemampuan sudah tentu memilih barang yang berjenama. Kalau boleh, barang itu bukan buatan tempat kerana ia akan melambangkan status sosial Si Konsumer tersebut.

Rakyat marhaen akan membeli barang yang lebih murah, tanpa perlu melihat pada buatan Malaysia atau tidak.

Jika liberalisasi ekonomi dilaksanakan, cabaran paling getir 5 tahun lagi adalah industri kecil dan sederhana (iKS) khususnya yang berorientasikan teknologi dan perkhidmatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia sendiri terpaksa berputeh mata melihat peluang dan ruang perdagangan direbut-rebut oleh kaum pemodal yang lebih kompetatif dan progresif.

Mereka ini kalah bukan kerana tidak progresif dan kompetatif, tetapi lawan mereka adalah gergasi-gergasi ekonomi sedunia.

Mungkin kerana itulah Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditentang habis-habisan oleh banyak pihak.

Kaum ekonomis negara melihat penggiat ekonomi domesti masih belum bersedia berdepan cabaran serba getir di pentas global; walaupun AFTA hanya melibatkan 20% hingga 30% sektor perdagangan domestik.

Aras tanda perdagangan kita masih melihat dari jendela Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan iKS sendir, walhak ekonomi global sudah melihat kepentingan lain yang jauh lebih praktikal dan kompetatif – seperti isu kenaikan suhu global, sumber lestari, bahan berbahaya, kebersihat, gaji yang adil (setimpal) dan hak asasi manusia (konsumerisme).

Perlaksanaan liberalisasi ekonomi sekarang sebenarnya adalah proses ‘kebenaran tidak langsung’ AFTA walaupun ia terus dikritik sehingga sekarang.

Maka, kita tidak punya banyak pilihan. 5 tahun akan datang perlu ditempuh secara mandatori walaupun ada dalam kalangan kita masih dibelit perumpamaan kalau kail panjang, sejengkal jangan laut hendak diduga.

Liberalisasi Islam vs Liberalisasi Ekonomi

Pro Liberalisasi Ekonomi turut percaya bahawa perdagangan bebas secara mutlak menepati nilai serta tatacara Islam.

Kata mereka, cendekiawan Islam sejak dari awal lagi menolak sistem ekonomi terancang.

Malah, Islam menggalakkan kekuasaan politik atau pemerintah tidak campurtangan dalam sistem psaran itu.

Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri acapkali mahu komoditi ditentukan oleh pasaran.

Sejauh mana kebenaran dogma itu sejajar dengan Islam, mungkin perlu pada penjelasan Sarjana Ekonomi Islam.

Semalaman yang ada, tidak cukup untuk saya menekuni beberapa disiplin ilmu tersebut.

Bagaimanapun, di dalam al-Quran ada sepotang ayat al-Quran yang mungkin boleh menyuluh pemikiran kita.

Memang ada kebenarannya liberalisasi akan menghakis kuasa kapitalisme domestik yang sedia ada. Raja Gula Robert Keok tidak boleh lagi sewenang-wenangnya mengawal harga komoditi asasi itu lagi.

Namun, kebebasan ekonomi itu akan melahirkan ‘Raja Gula Baru’ yang mungkin kaum pemodal dari Amerika Syarikat, Australia atau beberapa negara pengeluar gula dunia.

Kita tidak perlu menbanding-bandingkan manfaat pada era ‘Raja Gula Lama’ dan ‘Raja Gula Baru’ lima tahun lagi, kerana manfaatnya tidak terus pergi kepada rakyat/konsumer dengan lebih adil.

Ini kerana dalam kamus liberalisasi ekonomi tidak ada konsep ‘komoditi keperluan’ dan ‘komoditi komersial’. Komoditi yang direbut-rebut dalam pasaran global sudah tentu dibelit oleh amalan monopoli yang lebih terancang dan senyap.

Berbeza dengan Islam. ‘Komoditi Keperluan’ tidak boleh diperdagang secara komersial, namun tidak boleh juga merugikan kaum pedagang yang mengusahakan perusahaan itu.

Zaman Nabi Muhammad s.a.w, beberapa ‘komoditi keperluan’ tidak boleh diperdagang secara komersial.



Antara hikmah prinsip ‘komoditi keperluan’ dan ‘komoditi komersial’ adalah:-

1. Agar kekayaan duniawi kurniaan Allah s.a.w boleh dimanfaatkan secara adil oleh semua; bukan oleh kelompok-kelompok tertentu sahaja (kaum kapitalisme).
2. Supaya golongan berwajib seperti kerajaan/pemerintah dan kelompok profesional (seperti PETRONAS) yang membangunkan potensi nikmat Allah ini benar-benar untuk tujuan kebajikan dan keperluan; bukan berorientasikan keuntungan dan capitalisme.
3. Supaya golongan marhaen yang miskin dan daif boleh terus berteduh dalam negara yang maju kerana harga barang asasi dan keperluan (seperti: petrol-diesel, makanan asasi) boleh didapati dengan harga yang paling minima/murah.

Ini keindahan ajaran dan amalan hidup Islam – menegakkan keadilan hak pada semua pihak yang tinggal dan hidup dalam sistem ekonomi Islam.

Konsumer tidak boleh dibebankan dengan pasaran harga yang tidak adil; manakala pemodal dan pemerintah tidak boleh juga menanggung kerugian demi menunaikan hak konsumer amnya.

Dengan liberalisasi ekonomi, bolehkah kesejahteraan seperti ini dinikmati 5 tahun mendatang?

Thursday, August 27, 2009

Adakah anda sudah merancang penyimpanan untuk pelajaran anak anda di menara gading?

Bismillah,kali ini aku ingin kongsi skit ilmu mengenai cara menabung yang effective untuk anak-anak atau bakal anak supaya leh tanggung pengajiannya di universiti nanti .Aku tahu la,hangpa sume pelik kan,ye la aku kan masih bujang tapi sudah fikir kearah menabung untuk anak-anak masuk universiti.Sepatutnya masa ini aku fikir untuk menabung bagi membayar PTPTN dan juga duit kawin…ish..ish..ish

Tapi aku berkeras nak juga fikir tentang ini (degil btui pedagang ni),at least ilmu ini berguna untuk orang di sekeliling aku sebelum berguna buat aku nanti…
Sebelum tue aku nak Tanya korang,kalau hangpa ingin memiliki sesuatu barang atau matlamat yang memerlukan perbelanjaan duit ,kaedah yang manakah jadi pilihan?

a)simpan dalam tabung buluh,bawah bantal,tilam dan sebagainya(macam orang dulu-dulu la katakan)
b)simpan di bank yang syariah atau konvensional.(bagi orang biasa)
c)simpan di ASB
d)main kutu..hehehe
e)pinjam ngan along ,kawan2,ptptn atau sebarang bentuk pinjaman
f)masuk pelaburan yang boleh gandakan duit yang sedia ada

kali ini pedagang nak menceritakan sedikit kaedah penyimpanan yang terbaru iaitu pelan insurans pendidikan…OH…disebabkan insurans adalah haram kerna mengandungi unsure maisir(judi),gharar(ketidak pastian) dan riba,maka kita olah word ‘insurans’ jadi TAKAFUL…

Pelan takaful pendidikan ini adalah produk takaful hayat yang direka khusus sebagai satu cara menabung bagi menyediakan sejumlah wang apabila anak kita ingin masuk ke universiti untuk belajar .

Kaedah penyimpanan ini effective kerana seperti kita tahu ,kalau mencarum dimana-mana syarikat takaful,tiap-tiap bulan kena mencarum sampai tempoh matang(tempoh untuk menuai hasil tabungan)…so sapa-sapa yang rasa diri x leh tengok duit banyak dalam akaun dimana malam mengigau-ngigau, siang tersasau-sasau ,jiwa memberontak,tangan mula gatal nak cucuk kad bank …leh ar guna cara yang BAGUS ini…hehehe

Berbalik akan topic asal kita, kaedah ini mengalakkan kita menabung sambil anak mendapat perlindungan takaful.

Disini aku bagi beberapa tips semasa membeli polisi takaful untuk anak hangpa dan aku nanti:

-Pastikan hangpa memilih rider manfaat pembayar.Pilih polisi yang mengecuali bayaran caruman jika ibu bapa atau penjaga yang sah tidak berupaya membuat caruman akibat kematian,lumpuh,dan mengidap penyakit y kritikal…dalam bahasa yang mudah,jika berlaku apa-apa kat korang,tiap-tiap bulan syrikat tlg bayar caruman untuk anak korang sampai tempoh matang..kira dia jadi anak angkat syarikat takaful.

-Lepas hangpa terima polisi,pastikan hangpa pantau apa yang hangpa patut dapat,yang x dapat dan berapa anggaran tabungan bila tempoh matang.Maybe dalam ilustrasi yang agen takaful tunjuk kat hangpa maybe sedikit berlainan dengan hasil yang akan kita dapat,sebab ia bergantung pada kekukuhan ekonomi masa nak ambil duit..tapi x lari banyak….

-Kemudian,hangpa jangan lupa plak Tanya dan semak samaada polisi pendidikan yang hangpa ambil ini mendapat insentif cukai…sebab dengan manfaat bebas cukai ini ,hangpa dapat diberi pelepasan membayar cukai cukai tahunan yang nilainya paling maximum pun RM3000..huh banyak tu..leh beli laptop atau bayar deposit kereta my vi..hehehe

-Untuk peringatan hangpa dan aku sekali, untuk dapatkan manfaat ini,pelan pendidikan perlu dibeli oleh IBU BAPA DAN PENJAGA YANG SAH dan mesti matang apabila anak mencapai umur 13 hingga 25 tahun..so masuk la awal-awal lagi ek…kalau leh selepas bayi berumur 30 hari,dah start g jumpa agent takaful yang berdekatan…

-Pastikan hangpa mampu MENCARUM!
Ini penting kerana,seperti yang pedagang katakan dari awal tadi,kita perlu kosistant mencarum tiap-2 bulan sampai tempoh matang bagi mengelakan kita tidak tergolong di kalangan orang yang tidak mendapat manfaat yang dijanjikan jika x kosistant.
So Hangpa kena la realistic nak letak jumlah berapa hangpa nak mencarum tiap-tiap bulan.Bila pendapatan dah meningkat,leh la tambah .
Jangan tambah perlindungan yang terlalu banyak ,sebab ia akan MENGURANGKAN amaun simpanan.

-Kalau korang rasa ada problem atau persoalan,leh la email atau tulis di komen dibawah …sebab kalau korang Tanya dalam shout box,bukan pedagang x mau jawab akan tetapi space dlam shoutbox sangat limited so melimitkan (bahasa apa ni) apa yang ingin pedagang sampaikan…

p/s: aku akan pastikan generasi aku seterusnya tidak menangung hutang PTPTN untuk melanjutkan pelajaran di Menara Gading.

Ramadhan ,Berkah buat pedagang

Assalamualaikum,rasanya x terlambat kot untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa.

Imbas kembali kenangan ketika kecil


Pedagang ,hari ini puasa x?”ujar mak
“Puasa” kata ku bersungguh-sungguh.Adikku memandang ku sambil tersenyum makna..jgn dia pecahkan rahsia ku cukup la..ujarku dalam hati.

Bila waktu berbuka,aku akan makan ayam goreng kegemaran ku..hehehe macm upin dan ipin plak…hehehe…Bila dah cukup bulan,abah beri RM 10 coz aku puasa penuh…tapi sebenarnya x penuh…

Namun bila sudah insaf iaitu selepas masuk universiti,aku member itahu ibubapaku segala perbuatan jahatku termasuk aku kelentong masa bulan puasa ketika kecil dulu.Ternyata,aku terkejut dgn jawapannya…katanya…

“memang mak dah tau dah kamu memang x puasa,masa dalam kereta…masa mak x da..tapi mak yakin pedagang pasti akan puasa penuh kelak”..huhu..nak nangis aku bila mak aku cakap cam itu.

Bila teringat akan kisah –kisah nakal pedagang dulu masa bulan puasa ketika zaman kanak-kanak,mengamit perasaan untuk bertemu keluarga.Tapi tiket x beli lagi,duit tabungan untuk beli tiket x cukup lagi,so terpaksa pinjam kat adik jap,(ala adikku yang memandangku sambil tersenyum makna itu),duit gaji aku dapat masa time-time abis puasa plak…

Bulan ramadhan ini memang menyediakan pelbagai rahmat serta rezeki buat para pedagang antaranya rezeki melakukan ibadah dengan sebanyak-banyaknya dan rezeki pendapatan yang melimpah ruah.

Menurut DR. MUHAMMAD SHABRI ABD. MAJID , Pensyarah di Jabatan Ekonomi, Kulliyyah Ekonomi & Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM “Ramadan bukan sahaja ``bulan bonus'' yang menjanjikan penggandaan pahala, penghapusan dosa-dosa masa silam dan jaminan masuk syurga bagi sesiapa yang berpuasa mengikut syariat, tetapi Ramadan turut memberi kontribusi penting bagi pembangunan ekonomi umat. Berjaya tidaknya pembangunan ekonomi umat, sangat ditentukan oleh dunia perniagaan.”


Hangpa nak dengar cerita tak,

Aku telah berkenalan dengan seorang kakak yang berniaga di bazaar ramadhan,dia menjual baju raya.Kalau sekali pandang kakak ni macam peniaga lain yang mana,masing-masing berusaha mencari keuntungan di bulan ramadhan yang penuh berkah ini.Tapi bila ku teliti,kedai nya x putus-putus dikunjungi pembeli sedangkan kedai bersebelahan nya boleh dikatakan masih slow in motion .Aku terpandang satu kenyataan “JAWATAN KOSONG PENJUAL (BERTUDUNG)”..WAH..ini merupakan kali pertama aku terpandang iklan jawatan kosong macam ini.

Aku pun tanya la,kak ada kerja kosong ek sini?aa…oh adik nak mintak kerje ke?sebelum itu ,akak nak Tanya adik ni solat x?...huhu..soalan yang x pernah aku jumpa di mana-mana penemuduga pekerjaan…
Aku mula berkerja di waktu yang dipersetujui oleh kedua belah pihak…masa mula-mula aku membuka kedai,suaminya datang dan dudk di dalam kedai sambil membaca sesuatu di sebuah kitab lama,kemudian dia menadah tangan sampil menyebut ayat-ayat Al quran dan nama –nama Allah beberapa kali…agak panjang juga zikirnya….then selepas itu keajaiban bemula,kedai x putus-putus dikunjungi pembeli sedangkan harga pakaian di kedai ini leh membuat aku tertelan air liur beberapa kali tapi sesuai la dengan kualiti kain ..aku mula menyelidik,kata seorang pekerja lama,suami dia baca doa pelaris…tetiba aku teringat doa 1000 dinar…

Aku akui,kakak ini bertudung labuh dan suaminya selalu pakai pakaian cam raihan,dan pekerja memangil suaminya ustaz..
Aku mula meninjau-ninjau kedai pakaian bersebelahan,ada pekerja yang pakai tudung dan ada juga yang tidak..ada yang tidak menjaga solat,dan ada yang tidak menjaga adab pergaulan…majikan aku ini,bila masuk waktu je terus dia ingatkan pekerja dia supaya sembahyang tapi begilir-gilir coz takut x da orang nak jaga kedai..

Dalam kelembutan ,ada ketegasan,sememangnya manusia tidak dapat lari dari membuat kesalahan,kakak ni mempunyai cara tersendiri untuk mendidik pekerjanya..leh katakana dia mendidik macam mak bapak kita didik kita kat umah,kadang marah dalam sayang,kalau buat betul ,dipuji.Ini menjadikan hubungan pekerja dengan kakak ini macam mak dan anak ,begitu juga suaminya…sampai pekerja sebelah leh kata,hangpa ni dah macam anak dia dah…

Kakak ni x pernah mengeluh,setiap peluang yang ada dia grap…bila dapat tahu,kat tempat lain ada kosong,dia terus mohon dan Alhamdulillah,dapat…so dia terpaksa mendivide (bahasa apa plak ni) pekerjanya..
Sempena bulan ramadhan ini,dia dan suami nya x pernah miss untuk solat terawih secara berjemaah walaupun dia berniaga..

Aku berkenalan dengan seorang pekerja baru di kedai sebelah..seorang yang manis air mukanya akan tetapi x cukup menutup auratnya…rambutnya di warnakan dan bajunya agak ‘kureng longgar’..tapi yang aku terkejut sekali,kerana dia menjadi rapat bila berkawan dengan aku..tetiba dia tanya pada aku..

“kak,akak rasa saya ni dah tutup aurat ke?”

Huhu..biar btui soalanya ini…selidik punya selidik rupanya dia ni anak orang susah,so dia belajar sampai darjah 6 je…skrang umurnya 17 tahun…lepas tue dia tanya lagi ...

“kak,kita baru je putus dengan pakwe kita semalam”…aku pun x leh la nak terus keluarkan pasal couple itu haram…tapi aku lebih banyak mendengar kisah pakwe dia,mcm mana dia jumpa,mcm mana pakwe dia layan dia…

Lepas tue dia tanya..

“kak,akak mengaji al quran habis x?”

Ya Allah..aku hampir mahu menangis bila mendengar soalan-2nya…akhir dari perbualan,aku mintak alamat rumah..manala tahu..leh makan kuih raya dan berkenalan dengan keluarganya…kata ku..


surah As Saff :10-11
“Wahai orang-orang yang beriman!Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(yaitu ) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mu.Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”

Hadis Rasulullah s.a.w : “Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah esok kamu akan mati.”

p/s: kehidupan di dunia diredai. Kehidupan di akhirat dinikmati.-

Friday, August 14, 2009

Nikmat nya ujian…


Wah,seronok rasanya bila diri ini selalu ditimpa bermacam-macam ujian,betul la kata seorang sahabat nabi,kalau dalam satu hari,beliau x diuji oleh Allah ,dirasakannya Allah tidak kasih padanya.So ujian-ujian yang datang ,x kira la ujian harta,anak,kerja,dakwah atau ape-ape jela,menunjukkan Allah masih lagi ingat kat kita.Cuba ek fikir ,kalau kita asyik di zon selesa je..x da tekanan,x da kekecewaan,x da air mata…kita akan duk tahap tue je..x da peningkatan dari segi pengalaman,ilmu atau problem solving.Nama pun kehidupan di dunia,dalam Al quran pun Allah dah berfirman di surah al Baqarah:155

“Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan secebis rasa ketakutan,kelaparan,kekurangan harta benda ,kehilangan nyawa serta tanam-tanaman yang tidak menjadi.Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka berkata ;Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya jualah kami akan kembali.”

Sesungguhnya ujian ,cabaran serta musibah ini akan menganjar kita lebih banyak mengenai kehidupan berbanding belajar melalui buku (teori).Tapi aku x kata x leh baca buku,ilmu kat mana pun kita kena gali ,Cuma penghayatan akan ilmu tersebut lebih berkesan bila adanya cabaran serta ujian dari Allah.

Kenapa kita harus mempertikaikan akan ujian yang Allah berikan kepada kita,sedangkan kita tahu ujian itu tarbiah dari Allah,contohnya si A berusaha tanpa mengenal penat tapi x da hasil,tapi si B usaha ala kadar ,tapi dapat hasil,So mula lah si A berburuk sangka seperti si B menipu la,rasuah la,kalau setakat berburuk sangka sesame manusia tu,dah kira dasyat,apatah lagi berburuk sangka pada Allah.tidakkah kita percaya pada Allah(rukun iman yang pertama),tidakkah kita percaya pada Qadaq dan qadar Allah(rukun iman yang keenam).

Satu perumpamaan yang diberi oleh ‘si murabbi’ dalam filem Sang Murobbi

Andaikan seekor monyet memanjat hingga ke puncak pokok kelapa. Tiba-tiba datang angin taufan serta ribut yng kencang. Apa akan terjadi? Pastinya monyet tadi akan lebih kuat cengkamannya pada pokok tersebut. Jadi, monyet itu terselamat dan tidak jatuh dari pokok.

Tetapi, apabila angin bertiup dengan lembut dan nyaman sekali, monyet tadi terasa begitu asyik, sehingga terlena. Akhirnya dia terlepas genggaman pada pokok tersebut lalu jatuh ke tanah.

“Hakikatnya, semakin besar ujian yang dihadapi oleh seorang muslim, sepatutnya lebih kuat ’cengkaman’ dan ikatannya serta pengharapannya kepada tempat bergantung iaitu Allah. Dan apabia seseorang itu tidak diuji, kekadang akan menyebabkan dia terleka dan lalai akibat keadaan yang selesa, lalu dia terlupa kepada Allah”petikan dari seorang blogger.

Kadang-kadang kita ni terfikir adakah ujian-ujian yang menimpa kita ini menunjukan jalan yang kita pilih ini benar atau tidak.

We back to our history

Siapa tidak kenal nabi ayub ,hamba Allah yang diberi nikmat iman,keluarga serta kekayaan ,dan kemudian diuji oleh Allah dimana setiap nikmat yang dimiliki bermula dengan nikmat harta kemudian keluarga dan akhir sekali nikmat sihat.Namun kesabaran serta keteguhan iman nya menjadi bualan umat islam sehingga hari ini.

Allah s.w.t berfirman:

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Kisah nabi ayub boleh dilawati di http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/

Nabi Ayub yakin dengan jalan yang dipilihnya iaitu jalan untuk sentiasa mentaati Allah.

Dalam menjalani kehidupan seorang pedagang muslim,banyak ujian yang diberi oleh Allah,tapi kita anggap la umpama kita menguli tepung untuk dibuat roti canai,makin dilanyak,makin sedap rasanya…x caya ?cuba ar buat…tapi jangan jadi seperti besi buruk,makin lama di asak,makin berkarat ,makin berkurang isipadunya,makin x berguna.

So pedagang-pedagang bergembira la bila ditimpa ujian…


p/s: Teringat roti canai buatan abah…nyum..nyum..nyum

Thursday, August 13, 2009

Ku sangka kan hujan hingga ke petang,tapi panas ditengah hari

“mak,abah pergi mana?” ujar anakku yang bongsu.

“Abah pergi ke suatu tempat yang jauh,nak.Dia x kan kembali lagi pada kita”ujar ku sambil menahan sendu didada.Ku cuba menahan air mataku dari jatuh dihadapannya.Ku tahu anaku ini masih tidak memahami apa yang berlaku disekitarnya.

sebulan berlalu…

Ku akui sejak kehilangan suami ku ini,aku sedikit goyah dalam menjalani hidup ini.Dahulunya,dia adalah segala-galanya bagi kami sekeluarga,dialah ketua keluarga yang penyayang dan sangat bertanggungjawab atas amanah yang dipikulnya.Dan ku akui,dia sangat menyayangiku.Namun sejak kematiannya,aku terpaksa memikul segala amanah yang dipikulnya sebelum ini dan ku akui pada mulanya agak payah bagi ku.


Tok..tok..tok..

“mak,ada orang datang”

“oh,ya encik boleh saya bantu.”ujar ku dengan sedikit hairan akan kedatangan dua pemuda cina yang sedikit mengusar jiwaku.

“laki u nama fulan bin fulan kan,dia ar sudah 3 bulan tatak bayar hutang ini kereta,sekalang ,gua mau datang mintak hutang.”

“Arr encik, boleh tangguh lagi ka..sekarang saya x da duit,lagipun suami saya baru meninggal 3 bulan lepas.Tolong ya encik,kesian la sama saya”

“Mana boleh maa…bos gua sudah mala kalau gua x dapat kutip hutang sama lu,sama ada lu bayar atau gua mau talik ini kereta”

“encik bagi la masa pada saya ,saya akan cuba cari duit untuk bayar ,kalau encik tarik,susah la saya,tolong la pujuk bos encik”ujar ku terketar-ketar .

“wokeh,saya bagi lu masa bulan ini aja,kalau lu tatak boleh bayar,gua mau tarik ini kereta”

“terima kasih encik,terima kasih”

Pemergian kedua-dua lelaki cina itu telah menambah rasa resah dan pilu dihati ni.Kemana harus ku cari sumber kewangan sedangkan aku tidak pernah berkerja selama ini.Dahulu,aku pernah meminta kebenaran suamiku untuk bekerja,akan tetapi dia kata dia masih mampu menanggung perbelanjaan keluarga..Ya Allah,bantulah hambamu ini..

“Mak,tadi kat sekolah cikgu minta duit untuk beli buku latihan untuk peperiksaan PMR dan duit yuran peperiksaan”ujar anakku yang sulung yang baru sahaja menukarkan pakaian sekolahnya.

Aku yang sedang runsing dengan hutang kereta ,kini bertambah runsing.Duit peninggalan suami tinggal sedikit.Tidak cukup untuk belanja dapur.Hujung bulan ini aku perlu bayar sewa rumah,bil air,bil elektrik dan bil telefon.Aku makin buntu.

Ku cuba memintak bantuan pada keluarga ku dan keluarga mentua ku..Alhamdulillah,ku dapat kumpulkan RM 1000,cukup untuk aku bayar kereta dan duit rumah ,tapi macam mana dengan bulan seterusnya.Apa yang ku harus lakukan,x kan nak mintak pada mereka lagi.Mereka pun ada tanggungan .

Ku cuba mencari kerja,tapi kebanyakannya memerlukan pengalaman.Tambahan lagi siapa yang hendak menjaga anak-anakku.Ibu bapa ku sudah uzur,adik-adikku pula setakat sehari dua boleh la..nak upah pengasuh,aku x da duit..

Sebulan kemudian

“tok,tok,tok…hello ada olang ka,kami datang mau mintak hutang”

“mak ,ada orang datang”

“shh..senyap,nanti dia dengar”ujar ku berbisik

Aku x mampu menahan air mata ku ,aku sebak atas apa yang berlaku .Ujian datang bertimpa-timpa.Dan aku masih lagi x mampu nak hilangkan rasa kesedihan atas kehilangan suamiku dan kini makin bertambah dengan beberapa orang mintak aku bayar hutang mereka.Aku terpaksa berbuat begini kerana aku sudah kesempitan duit.Siang malam ku memikirkan nasib ku terutama anakku yang yang masih muda untuk memahami kehidupan yang serba mencabar,dan aku sendiri pun masih merangkak-rangka meneruskan hidup ini sejak kematian suami ku…

Namun,pada suatu hari..

Datang seorang anak muda yang berpakaian formal mengetuk pintu.Asalnya ku fikirkan dia pun nak mintak aku bayar hutang,tapi sangkaan ku meleset apabila jiran ku datang bersama-samanya.Rupanya macam ku kenal,tapi aku lupa dimana.

“assalamualaikum kak,kak ingat lagi x saya,dahulu,suami kak ada memohon pelan perlindungan diri di syarikat Takaful kami,tapi pada masa itu akak berusaha menegah suami akak untuk memohon pelan pelindungan.Namun,disebabkan rasa kasih dan cinta pada kak,suami akak senyap-senyap memohon pelan pelindungan dari syarikat kami.Dan kami datang nak bagi cek RM 100 000 ini seperti mana yang kami janjikan dalam kontrak pelan pelindungan suami kak ini.Maaf la,kerana terlambat.Kami baru sahaja menerima berita kematian suami kak.Saya harap,dengan cek ini sedikit sebanyak dapat membantu kak menjalani hidup ini buat sementara waktu akak nak pulihkan semangat balik.

Imbas kembali setahun yang lalu

“Bang,x payah la masuk pelan yang tah apa-apa tah,dapat duit ribu-ribu katanya kalau berlaku musibah.encik ni penipu”ujar ku tegas.

“sayang,encik ni x tipu.Betul apa yang dia cakap ni,malang tidak berbau,nanti berlaku apa-apa pada abang,sayang leh dapat duit”

“ape yang abang merepek ni,jangan sebut perkara musibah depan saya.Saya sayang kat abang .Lagi satu,mana cukup duit nak bayar tiap-tiap bulan,bang.Banyak perkara yang perlu bayar lagi,rumah,kereta,belanja dapur,bil telefon ,perbelanjaan anak-anak sekolah dan macam-macam lagi .”kata ku sambil menahan sebak.

Suami ku tersenyum sambil tangannya menyapu lembut air mataku di pipiku.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berderai air mataku,ku tidak menyangka,kerana kasih dan sayangnya akan diriku,dia telah menyediakan sumber kewangan yang cukup bila ketiadaannya nanti.Cuma aku yang terlalu mengikut perasaan.Alhamdulillah,Allah telah mengurniakan ku seorang suami yang baik,soleh lagi bertanggungjawab akan keluarga nya ketika dia ada dan ketika dia pergi…

-Tamat-

Director dan penulis skrip-pedagang
Pelakon-siti nurhaliz
Apek-lim ching wei
Jiran-Rosnah mat aras
Agen Takaful-Rosyim nur

p/s:cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.Tidak ada kena mengena dengan yang hidup maupun yang sudah meninggal dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...