Thursday, August 13, 2009

Ku sangka kan hujan hingga ke petang,tapi panas ditengah hari

“mak,abah pergi mana?” ujar anakku yang bongsu.

“Abah pergi ke suatu tempat yang jauh,nak.Dia x kan kembali lagi pada kita”ujar ku sambil menahan sendu didada.Ku cuba menahan air mataku dari jatuh dihadapannya.Ku tahu anaku ini masih tidak memahami apa yang berlaku disekitarnya.

sebulan berlalu…

Ku akui sejak kehilangan suami ku ini,aku sedikit goyah dalam menjalani hidup ini.Dahulunya,dia adalah segala-galanya bagi kami sekeluarga,dialah ketua keluarga yang penyayang dan sangat bertanggungjawab atas amanah yang dipikulnya.Dan ku akui,dia sangat menyayangiku.Namun sejak kematiannya,aku terpaksa memikul segala amanah yang dipikulnya sebelum ini dan ku akui pada mulanya agak payah bagi ku.


Tok..tok..tok..

“mak,ada orang datang”

“oh,ya encik boleh saya bantu.”ujar ku dengan sedikit hairan akan kedatangan dua pemuda cina yang sedikit mengusar jiwaku.

“laki u nama fulan bin fulan kan,dia ar sudah 3 bulan tatak bayar hutang ini kereta,sekalang ,gua mau datang mintak hutang.”

“Arr encik, boleh tangguh lagi ka..sekarang saya x da duit,lagipun suami saya baru meninggal 3 bulan lepas.Tolong ya encik,kesian la sama saya”

“Mana boleh maa…bos gua sudah mala kalau gua x dapat kutip hutang sama lu,sama ada lu bayar atau gua mau talik ini kereta”

“encik bagi la masa pada saya ,saya akan cuba cari duit untuk bayar ,kalau encik tarik,susah la saya,tolong la pujuk bos encik”ujar ku terketar-ketar .

“wokeh,saya bagi lu masa bulan ini aja,kalau lu tatak boleh bayar,gua mau tarik ini kereta”

“terima kasih encik,terima kasih”

Pemergian kedua-dua lelaki cina itu telah menambah rasa resah dan pilu dihati ni.Kemana harus ku cari sumber kewangan sedangkan aku tidak pernah berkerja selama ini.Dahulu,aku pernah meminta kebenaran suamiku untuk bekerja,akan tetapi dia kata dia masih mampu menanggung perbelanjaan keluarga..Ya Allah,bantulah hambamu ini..

“Mak,tadi kat sekolah cikgu minta duit untuk beli buku latihan untuk peperiksaan PMR dan duit yuran peperiksaan”ujar anakku yang sulung yang baru sahaja menukarkan pakaian sekolahnya.

Aku yang sedang runsing dengan hutang kereta ,kini bertambah runsing.Duit peninggalan suami tinggal sedikit.Tidak cukup untuk belanja dapur.Hujung bulan ini aku perlu bayar sewa rumah,bil air,bil elektrik dan bil telefon.Aku makin buntu.

Ku cuba memintak bantuan pada keluarga ku dan keluarga mentua ku..Alhamdulillah,ku dapat kumpulkan RM 1000,cukup untuk aku bayar kereta dan duit rumah ,tapi macam mana dengan bulan seterusnya.Apa yang ku harus lakukan,x kan nak mintak pada mereka lagi.Mereka pun ada tanggungan .

Ku cuba mencari kerja,tapi kebanyakannya memerlukan pengalaman.Tambahan lagi siapa yang hendak menjaga anak-anakku.Ibu bapa ku sudah uzur,adik-adikku pula setakat sehari dua boleh la..nak upah pengasuh,aku x da duit..

Sebulan kemudian

“tok,tok,tok…hello ada olang ka,kami datang mau mintak hutang”

“mak ,ada orang datang”

“shh..senyap,nanti dia dengar”ujar ku berbisik

Aku x mampu menahan air mata ku ,aku sebak atas apa yang berlaku .Ujian datang bertimpa-timpa.Dan aku masih lagi x mampu nak hilangkan rasa kesedihan atas kehilangan suamiku dan kini makin bertambah dengan beberapa orang mintak aku bayar hutang mereka.Aku terpaksa berbuat begini kerana aku sudah kesempitan duit.Siang malam ku memikirkan nasib ku terutama anakku yang yang masih muda untuk memahami kehidupan yang serba mencabar,dan aku sendiri pun masih merangkak-rangka meneruskan hidup ini sejak kematian suami ku…

Namun,pada suatu hari..

Datang seorang anak muda yang berpakaian formal mengetuk pintu.Asalnya ku fikirkan dia pun nak mintak aku bayar hutang,tapi sangkaan ku meleset apabila jiran ku datang bersama-samanya.Rupanya macam ku kenal,tapi aku lupa dimana.

“assalamualaikum kak,kak ingat lagi x saya,dahulu,suami kak ada memohon pelan perlindungan diri di syarikat Takaful kami,tapi pada masa itu akak berusaha menegah suami akak untuk memohon pelan pelindungan.Namun,disebabkan rasa kasih dan cinta pada kak,suami akak senyap-senyap memohon pelan pelindungan dari syarikat kami.Dan kami datang nak bagi cek RM 100 000 ini seperti mana yang kami janjikan dalam kontrak pelan pelindungan suami kak ini.Maaf la,kerana terlambat.Kami baru sahaja menerima berita kematian suami kak.Saya harap,dengan cek ini sedikit sebanyak dapat membantu kak menjalani hidup ini buat sementara waktu akak nak pulihkan semangat balik.

Imbas kembali setahun yang lalu

“Bang,x payah la masuk pelan yang tah apa-apa tah,dapat duit ribu-ribu katanya kalau berlaku musibah.encik ni penipu”ujar ku tegas.

“sayang,encik ni x tipu.Betul apa yang dia cakap ni,malang tidak berbau,nanti berlaku apa-apa pada abang,sayang leh dapat duit”

“ape yang abang merepek ni,jangan sebut perkara musibah depan saya.Saya sayang kat abang .Lagi satu,mana cukup duit nak bayar tiap-tiap bulan,bang.Banyak perkara yang perlu bayar lagi,rumah,kereta,belanja dapur,bil telefon ,perbelanjaan anak-anak sekolah dan macam-macam lagi .”kata ku sambil menahan sebak.

Suami ku tersenyum sambil tangannya menyapu lembut air mataku di pipiku.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berderai air mataku,ku tidak menyangka,kerana kasih dan sayangnya akan diriku,dia telah menyediakan sumber kewangan yang cukup bila ketiadaannya nanti.Cuma aku yang terlalu mengikut perasaan.Alhamdulillah,Allah telah mengurniakan ku seorang suami yang baik,soleh lagi bertanggungjawab akan keluarga nya ketika dia ada dan ketika dia pergi…

-Tamat-

Director dan penulis skrip-pedagang
Pelakon-siti nurhaliz
Apek-lim ching wei
Jiran-Rosnah mat aras
Agen Takaful-Rosyim nur

p/s:cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.Tidak ada kena mengena dengan yang hidup maupun yang sudah meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...