Saturday, May 2, 2009

Dagang jangan x dagang…

Disini suka untuk ku mengingatkan pada diri sendiri dan hangpa semua tentang niat kita dalam berdagang x kira la dia berdagang makanan ke,minyak wangi ke,bunga atau ilmu atau perbankan islam sekalipun,niat kita perlulah kearah:

1:kerana Allah Taala(ini wajib kalu x pekerjaan kita x berupa ibadah)

2.menyiarkan fikrah islam (contohnya penampilan ,tutur kata,jujur dalam berbicara,berbudi bahasa )

3.memberi kesedaran akan bergunanya produk kita

4.kemampuan dan keperluan membeli produk

5.Terangkan secara detail produk kita dan beritahu pro dan kontra.

6.Jangan lupa follow up client kita..(kalu rasa Fikrah dia dengan kita serasi mane tahu leh jadi madu kita)

Ulasan

1)kerana Allah Taala

Rasa hangpa sume mesti dah expert bab niat dan kepentingan nya secara teorinya.Tapi secara realitinya,huh..payah tapi x mustahil.Ini kerana niat kita bergantung pada amalan kita,kalu amalan kita lebih menjurus kedunia atau nafsu,maka kita akan dapat apa yang kita niat kan..

Contoh,masa mula-mula nak berdagang,kita Tanya diri sendiri,aku ni berdagang ini untuk dapatkan apa…hah..kalu niat kita kerna Allah Taala,..x da masalah..Yang problem nyer niat yang selain-Nya..

Kalau tadabbur ayat seribu dinar ,Allah telah menyatakan Dia akan beri rezeki dari arah x disangka-sangka jikalau kita bertaqwa dan Dia akan mencukupkan keperluan kita jikalau kita bertawakal.So ape takut kalau customer lari atau jualan x memberangsangkan,maybe Allah nak selamat kan kita dari sesuatu musibah contohnya customer lari dengan produk kita tanpa berbayar,hah..maunya kita tanggung hutang secara x langsung…atau mungkin Allah nak uji tahap ketabahan kita dan mungkin dia nak gantikan denga lebih baik.(teringat cerita kun Faya kun).

2)menyiarkan fikrah islam

Bab ini aku refer dengan 4 tahapan ukhwah iaitu tahapan pertama ukhwah

-taaruf(saling mengenali)

Kita berkenalan lah dengan dia dulu…first kenalkan diri kita then jabat la tangan(ini kena ikut syariat islam ek..jangan mandai-mandai nak ramah terlebih sampai berjabat dengan yang bukan muhrim),nama,datang dari mana,umur,status pekerjaan(beri la tahu yang kita ni contohnya agen minyak wangi) atau apa yang rasa nya sesuai…jangan la dok gi tau yang apa makanan dan minuman kegemaran kita ,jenis telefon la,..ini dah mengarut..Hah,lagi best kalu tunjukan bisness card kita.So kita dah guna 3 deria dia,iaitu telinga,mata,dan tangan dia.

p/s untuk kaum hawa:jaga suara anda supaya x lemah lembut,cakap macam nak present final project depan lecturer…iaitu yakin dan jelas.

Dari segi penampilan,biar pakaian itu formal..

bagi lelaki =Nampak berkarisma dan berpewatakan bersih

bagi perempuan=Nampak sopan dan berpewatakan muslimah..(so,dia tahu yang kita ni perempuan yang terjaga maruah dan izzahnya)

3) memberi kesedaran akan bergunanya produk kita

Ini lebih mempromosikan tentang kesedaran akan perlu nya produk yang boleh menambahkan pengetahuan dan sekali gus keimanan kita.Kalu sesuai,keluar je dalil-dalil yang agak kena… Tapi jangan paksa lagi customer kita untuk membeli produk kita,

Contohnya:produk perbankan islam yang menawarkan produk bersih dari unsur riba dan judi sekaligus mengikut syarak .Then keluarlah dalil surah al baqarah ayat 275…dan terang kan akibat pengambilan riba,bagi dia gerun skit akan azab Allah..at least dia sedar tentang bahayanya riba…dah cukup!

4.kemampuan dan keperluannya akan produk ini

bila dah tahapan yang keempat,Tanya dia perlu atau mampu x nak mengambil produk ini,kalau dia kata nak,baru ke stage seterusnya,kalau dia x nak,beritahu lah yang kita just nak kongsi pengetahuan .At least dia dapat sesuatu,dan kita dapat pahala sebab mengikut sunnah nabi

“sebarlah walaupun sepotong ayat”

5)Then baru perkenalkan produk kita secara detail yang mana kita sendiri yakin akan nya.(ingat ya para pedagang,jangan jual produk hangpa sume rasa was-was akan sifatnya,rasanya atau baunya.. contohnya akan memudaratkan customer kita .Kalau mudarat,terangkan secara detail akan apa nama produk,harga,dan kegunaan yang secara spesifik,beritau mana yang x boleh dan boleh .

Contohnya:Ubat ni ada kesan ubat tidur,so tidak digalakkan memakan jika memandu atau membuat sesuatu kerja.

Beritahu secara jujurnya apa yang x boleh dan apa yang boleh.Ini melambangkan kita bukan nak duit dia semata-mata tapi kita nak dia faham betui-betui produk yang dia mahu beli dari kita.

6)follow up

Bila terjadinya jual beli,kalu rasa kita nak follow up untuk tahu tahap keberkesanan produk kita ke atasnya boleh la mintak no phone dan alamat surat menyurat.Iringilah customer kita dengan doa agar produk itu akan memberi manfaat pada diri,keluarga dan masyarakat di sekeliling dia…

Huh..mesti korang kata kat aku..huh jenuh la..nak ikut sume step yang pedagang bagi…hehehe..aku x kata aku suruh hampa ikut bulat-bulat,tapi ambil la yang bersesuaian..Aku just bercakap based on my experience aku sebelum ini plus di MSAM09…itu yang habis makcik-makcik ambil no phone aku dan suruh aku datang makan nasi kat rumah dia..kita ni duduk U,maybe x nampak lagi suasana masyarakat kita,at least bila aku ikut step ini,aku dah sedikit sebanyak nampak la gak view masyarakat kita….So pengalaman dan pengetahuan sememangnya mahal untuk di nilai dengan wang euro…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...