Friday, May 8, 2009

Isu KFC

Alhamdulillah,selepas berkampung di MSAM09,ternyata membuahkan hasil pengetahuan yang tidak dapat dinilai dengan wang walaupun,saya sekadar mencari sedikit rezeki yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya.Banyak pengalaman yang ku dapat sebagai seorang usahawan starting dari marketing hinggalah terjual sesuatu produk.Dapat mengenali pelbagai karenah customer dan kaedah dan produk yang sesuai untuk client kita.Sememangnya tahapan ukhwah iaitu taaruf,tafahum,taawun,dan takaful ,ku gunakan semaksimum yang mungkin untuk memperkenalkan produk ku.

Dalam keadaan ku berjuang memperkenalkan produk islam dan disamping berjihad untuk menyedarkan akan customer ku khasnya orang melayu dan islam akan pentingnya membeli produk yang jauh dari unsur riba dan judi,ku bertanyalah pada sahabat semata pencarianku akan status KFC nih,sebab masa tue tergugat gak ku melihat harga runtuh produk-produk KFC nih...sahabat ku terus mencelah:eh..itu barangan Amerika,kena boikot..lepas itu dia keluarlah bukti-bukti yang biasa ku dengar...aku pun beritau la pasal kata-kata pengerusi JCorp tentang pembahagian keuntungannya dan kebaikan Jcorp dalam membantu Umat Islam...Dia terus menyatakan,itu sebagai cara untuk mengaburi mata umat islam...(Discussion ini x lama kerna ramai customer datang)...dalam keadaan itu,aku sekarang diambang kekonfiusan…dan segala tindak tanduk ku untuk memberitahu rakan-rakanku yang lain tentang status KFC ini memerlukan bukti yang mana kukuh dan neutral.Lalu ku mulakan penyiasatanku terhadap status KFC…

Title:Penyiasatan status KFC mengenai sumber keewangan yang menyumbang kepada Israel
Objectif:untuk mengetahui adakah KFC menyalurkan sumber keewangan ke Israel
Kaedah:Temuramah,dan internet
Penyiasatan bermula…

Aku terjumpa seorang excecutive bank,lalu aku bertanya padanya tentang perkara ini,dia berkata iya,KFc perlu diboikot kerana ia ada menyumbang kepada Israel.Lalu ku tanya akan buktinya,dia kata dunia kita dipegang oleh Yahudi dimana dua bank yang berkuasa besar adalah city Bank dan AIG (american international Group),dan kita boleh lihat syarikat-syarikat dibawah dua bank ini.Katanya lagi,sememangnya duit kita akan mengalir ke sana yang bezanya berapa banyak peratusannya ...Dia keluarkan satu perumpamaan yang biasa kita dengar iaitu:

"Bagi Yahudi,dunia ini ibarat ladang ternakan yang mana dia boleh sembelih ternakan bila-bila masa je dengan kaedah penyembelihan yang dia boleh pilih sama ada secara halus atau kejam.

Orang islam pulak mengangap dunia ini ibarat tempat bertani,yang mana hasilnya akan dituai diakhirat"

Aku pun beritahu yang Pengerusi Jcorp iaitu syarikat bumiputera berjaya 'menakluki' KFC Malaysia,Singapore,Brunei dan Cambodia..Aimnya untuk menakluki KFC US..kerna Jepun telah berjaya menakluki 7ELEVEN yang dahulunya milik US ..

Executive bank itu membalas:even Jepun menaklukinya,'Datuk atau moyang' still lagi 'menakluki secara tak langsung..

Hangpa sume nih faham x statement 'datuk n moyang nih'?

Macam ini lah,ada seorang bayi yang dilahirkan oleh maknya dan diberikan nama oleh bapaknya, minah binti abu.Tak lama kemudian,kedua ibubapanya meninggal,maka minah ini 'diambilalih' oleh satu pasangan suami isteri yang x ada anak..?So nama bapak bayi ini tukar x?...Anak ini 'dipimpin dengan maju' mengikut acuan pasangan ini.Maka pahala dan dosa yang anak ini buat akan mengalir juga ke ibubapa kandung dia walaupun ibubapa kandung dia x membela anak ini cuma peratusannya hanya Allah yang mengetahui.


Hasil dari pertemuanku,dia menyuruh aku membuka web AIG dan Citi Bank kerna dia kata kita akan lihat syarikat –syarikat dibawah nya dan katanya syarikat KFC ada.Selepas aku membeleknya beberapa kali sehingga sekarang=negative..
Aku masih tidak puas hati,lalu beberapa hari selepas aku berjumpa dengan Executive bank, ku bertanya pada seorang perancang keewangan yang mana aku terjumpa secara x sengaja di pustaka Indon.Aku call beliau bagi mendapatkan jawapan yang pasti pasal status KFC ini lalu aku diberi tahu,buktinya TIADA..Ya Allah ,apa sebenarnya yang Engkau mahu tunjukkan padaku…apa sebenarnya hikmah dari rentetan isu ini pada ku….

Habis pakcik,boleh ke kita makan KFC ni…Beliau mengeluarkan satu analogy:
"Kita makan nasi,tengah-tengah sedap makan,tetiba taik cicak jatuh dalam nasi kita,apa pedagang akan buat"

dengan selambernyer aku kata:pedagang buang lah nasik disekitar taik cicak itu dalam diameter dua inci dari taik cicak itu.

Beliau:kalu cam itu,nanti pedagang buat practical depan pakcik ye...pakcik nak tengok betui ke pedagang leh buat cam itu..

hehehe...sebenarnya pakcik,tengok keadaan kalau tetiba rasa x lalu,saya terus berhenti makan.

Macam itu lah produk-produk israel,even ia nampak kecil sahaja sumbangannya,tapi effectnya buat kita x lalu makan.

Sememangnya bukti yang KFC menyalurkan keuntungannya ke Israel memang tiada.Tapi,terpulang pada diri dan kefahaman kita mengenai sesuatu isu tersebut.Islam itu Mudah,ambil yang halal,buang yang haram,tinggalkan yang syubhah..(hadis 6:menjaga Agama)

Aku meluangkan sedikit masaku untuk melayari internet dan mencari bukti yang boleh mengukuhkan mana-mana temubual .
Hasilnya….
Baru-baru ini ku telah menjumpai satu laman web yang boikot KFC tapi bukan sebab ia menyumbangkan kepada Israel tapi lebih kepada isu pembelaan nasib ayam KFC…masa bukak laman web ini,mau ‘lompat’ aku apabila tengok web ini kerna ada skit ‘horror’ …ni aku bagi pautannya…http://www.kentuckyfriedcruelty.com/KFC_Fried_chicken.asp
Aku cite la skit pasal laman web ini,ia lebih menceritakan tentang isu pembelaan nasib ayam KFC kerana ayam KFC seperti mana kita tahu ia mempunyai saiz yang ‘agak besar’ tapi tulangnya still lagi berupa macam ayam biasa.Maka kalu kita bayangkan ,bagaimana ayam ini menanggung beban berat badannya yang luar biasa.Di cerita juga dalam web ini,kebanyakkan ayam KFC mempunyai masalah kaki patah kerana x mampu menanggung berat badannya…kata mereka ini satu penganiayaan terhadap ayam…aku malas nak komen pasal ini…kerna ia langsung x da kena mengena dengan objectif penyiasatan aku iaitu adakah KFC menyumbang kepada Israel .
Aku meneruskan penyiasatan ku,hasilnya negative,KFC tidak meyumbang kepada Israel…kerna aku terjumpa laman web http://www.zaharuddin.net/content/view/572/#comment81402
Kesimpulannya
KFC tidak menyumbangkan sumber keewangan kepada Israel ,akan tetapi menyumbang kepada Amerika.
p/s: aku mahu minta maaf pada sume pedagang jika semasa penyiasatan ku berjalan,ku mengeluarkan statement tertentu,dan ku hanya bercakap pada bukti yang ku dengar bukan bukti secara hitam dan putih .Namun tujuan penyiasatan aku ini hanya untuk menbuka hijab yang sebelum ini terhijab dari pandangan kita dan agar hadis 6:menjaga agama dapat kita amalkan.Maybe sedikit pencerahan buat diriku dan yang lain,bila sesuatu kekeliruan berlaku,maybe Allah mahu menguji kita,sama ada kita berusaha memecahkan kekeliruan itu atau tidak.Betul lah kata –kata dalam hadis 6,hanya sedikit sahaja yang mengetahui perkara syubhah..dan kita mungkin bukan golongan itu..Walaubagaimana pun,aku masih lagi boikot KFC walaupun ia tidak menyumbang kepada Israel,tapi kerana aku mahu menyokong pembelaan nasib ayam KFC ini…kwa..kwa..kwa..;-p

2 comments:

  1. Ana dah baca detail dalam artikel di atas, maka terserahlah pada masing-masing. Ana sendiri dah bertahun tak makan KFC, belum tentu ana tak makan bermakna ana boykot..jadi ana samada ana kan teruskan boykot atau tidak, itu bukan isunya kerana masing-masing ada pendapat masing-masing.

    Bermakna, masih tiada bukti yang jelas berkenaan saluran ke Yahudi, cuma mungkin ada yang masih boykot kerna menyangkut dengan amerika, terserahlah kpd yang boykot, mungkin boleh dijustifikasi penggunaan blogspot, laptop, handset kerana kebanyaknnya dari Amerika.

    Berkenaan isu ayam, tak boleh anti menyamakan ayam KFC diluar malaysia dengan malaysia. Ayam yang dalam gambar tu(yang sangat teruk) bukan suasana di Malaysia, di malaysia ayam disembelih dengan baik dan ayam yang diguna ayam ayamas(telah dijelaskan dalam ceramah Jcorp dulu).

    Artikel ustaz zaharuddin mengenai boykot elok dibuat pengajaran bagi kita semua.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. ana akui isu ini panas dan sering diperdebatkan tentang kesahihan nya,namun ana berpuas hati dengan hasil penyiasatan setakat ini.

    untuk imammuda,trima kasih atas pencerahan tentang isu ayam dalam web itu dengan ayam KFC di malaysia.Sememangnya ana akui ayam malaysia di sembelih dengan baik.Cuma ana x pernah lagi lihat proses pembelaan ayam KFC dan cara penjagaan nya..maybe in my next investigation,i will try to find the real situation .Just to understand and learn the knowledge...by the thanks for comment.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...